Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Wednesday, May 18, 2016

PATI DIUSIR KE NEGARA ASAL



54,941 PATI DIUSIR KELUAR DARI SABAH
Dari tahun 2014 hingga 12 Mei tahun ini kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) telah mengusir seramai 54,941 pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah dan telah menghantar mereka pulang ke negara asal.
Kerajaan sedang memberi keutamaan dalam menangani isu keberadaan PATI di negeri Sabah dengan menggiatkan tindakan penguatkuasaan dan pengusiran mereka ke negara asal. Tindakkan seterusnya ialah meneruskan lagi usaha mengekang kemasukan PATI termasuklah meningkatkan tahap keselamatan di perairan Sabah.
baca seterusnya DISINI.

Tuesday, April 2, 2013

SAYA TETAP MAHU BERJUANG

Kejadian pertumpahan darah ketika menentang pengganas Kiram di Sabah pada Mac lalu masih lagi menghantui Inspektor Mohd. Hasnal Jamil, 31, yang ditetak enam kali dan terkena tiga das tembakan.

Mohd. Hasnal berkata, walaupun kejadian tersebut hampir sebulan berlalu, pengalaman ngeri setiap detik peristiwa tersebut yang hampir meragut nyawanya itu tetap bermain dalam ingatannya."Sehingga hari ini, peristiwa memerangi pengganas masih lagi singgah ketika waktu tidur dan sering terfikir rakan-rakan yang terkorban."Namun, saya tetap mahu berjuang bersama anggota pasukan keselamatan lain untuk memerangi pengganas bagi mempertahankan negara," katanya ketika ditemui di Pameran Darah dan Air Mata: Metafora Perjuangan Lahad Datu di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Beliau yang merupakan bekas pelajar UiTM menceritakan detik cemas itu ketika menghadapi serangan pengganas di Semporna pada 2 Mac lalu.Dalam peristiwa tersebut, Mohd. Hasnal yang cedera parah selepas ditetak di kepala dan tangan selain ditembak di perut dan tangan terpaksa berlindung lebih 21 jam di sebuah rumah air di Semporna."Tangan kanan saya terkulai akibat ditetak oleh pengganas Kiram yang sangat kejam. Mereka menetak menggunakan parang tajam dan menyasarkan leher tetapi saya menghalang tindakan pengganas tersebut dengan tangan."Saya tidak akan memaafkan mereka semua kerana telah meragut nyawa anggota pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara. Mereka juga nekad untuk membunuh walaupun kami mengalami kecederaan akibat ditembak,"

Sunday, March 24, 2013

DALANG DI BURU


KDN, agensi perisikan serantau siasat dalang

KLUANG 23 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bekerjasama dengan agensi perisikan serantau bagi menyiasat dan mengenal pasti dalang insiden pencerobohan kumpulan militan dari selatan Filipina di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, dalam menyiasat insiden itu, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menjalin kerjasama rapat dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) Filipina.

"National Intelligence Coordinating Agency, Filipina memang mempunyai kerjasama yang rapat dengan Cawangan Khas kita. Kita mendapatkan maklumat (perisikan) terkini berhubung kait dengan pembabitan pihak ketiga selain daripada maklumat tentang kumpulan (Jamalul) Kiram (pemimpin pengganas Sulu).
"Ia juga (maklumat perisikan) sama ada membabitkan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro), kumpulan Nur Misuari (bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), kepada pihak-pihak politikus atau pengganas-pengganas tertentu," katanya kepada pemberita hari ini.
Hishammuddin berkata demikian selepas majlis perasmian Pusat Giat Semberong di Dewan Taman Sri Lambak, di sini. - BERNAMA


SABAH HAK MALAYSIA : PBB


BAGAN DATOH 23 Mac - 
Malaysia tidak akan melayan hasrat ketua kumpulan pengganas, Jamalul Kiram III untuk membawa isu pencerobohan di Lahad Datu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana Sabah diakui sebahagian daripada Malaysia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menegaskan, perkara itu juga jelas termaktub dalam keputusan Suruhanjaya Cobbold 1963 yang menentukan majoriti rakyat Sabah bersetuju agar negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia.

"Oleh itu, Sabah merupakan negeri yang merdeka dalam Malaysia dan pihak dari luar yang menceroboh negeri merupakan musuh negara.

"Mereka tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong serta kedaulatan undang-undang Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian pingat kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta perasmian Dewan Hajjah Tuminah, Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.