Showing posts with label McDonald's Corporation. Show all posts
Showing posts with label McDonald's Corporation. Show all posts

Friday, April 15, 2016

#YangKlasik #YangHangat #YangGempak MEMANG YANG TERHEBAT





Sejak bertapak  pada tahun 1982 lagi McDonald's berjaya mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Sehingga kini McDonald's masih kekal menjadi pilihan utama rakyat tempatan. Dengan 69 juta pelanggan di lebih 100 negara McDonald's boleh dikatakan jenama yang paling terkenal didunia dengan lebih 36,000 lokasi di seluruh dunia. 

Bagi menarik lagi hati pelanggan McDonald's telah berusaha melakukan pelbagai aktiviti termasuklah mempekenalkan pelbagai konsep baru dan menarik di seluruh cawangan di seluruh dunia. 

Tentu anda tersenyum sendirian apabila mengingati kembali saat detik-detik indah bersama keluarga atau yang tersayang ketika kali pertama menikmati hidangan di McDonald's. Masih lagi teringat betapa rasa bangga dapat menikmati hidangan di restoran McDonald's. Besoknya akan menjadi tajuk perbualan utama dengan rakan-rakan disekolah. Kelakar apabila teringat kembali saat tersebut. 

Namun dengan konsep terbaru McDonald's yang lebih ceria akan memberikan keseronokan dan kepuasan yang tidak terhingga. Malangnya dahulu zaman remaja kita tak ada lagi telefon pintar. Kalau tak boleh lah berkongsi saat-saat mani dan indah bersama-sama. 

Justeru itu saya dan rakan-rakan rasa teramat istimewa McDonald's menjemput para pengamal media sosial dan bloggers untuk meraikan bersama-sama dengan promosi terbaru mereka #YangKlasik #YangHangat dan #YangGempak. Rasa amat seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan seangkatan yang sama citarasa dan minat..., emmm, saya minat #Yang Hangat !

Dengan bertemakan tiga warna putih, merah dan hitam yang melambangkan ketiga-tiga promosi makeover McDonald's bersama-sama model yang mengayakan ketiga-tiga kesemua koleksi burger ayam yang ada - McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan GCB. 

Yang Klasik

Burger McDonald's yang kita sudah biasa dengannya sejak dahulu lagi. McChicken diberi jolokan klasik kerana melambangkan jenama McDonald’s itu sendiri yang telah sekian lama bertapak di Malaysia. Antara menu burger paling awal diperkenalkan, ia sememangnya menjadi pilihan nombor satu pelanggan dengan keenakan daging ayam, roti ban yang lembut, ditambah pula salad dan juga mayonis.


Yang Hangat 

Antara koleksi burger ayam yang cukup popular di McDonald's tak lain tak bukan, semestinya Spicy Chicken McDeluxe! Rasa ayam yang pedas dan rangup, dengan hirisan sayur kobis dan salad pastinya membuka selera!

Yang Gempak 

Emm... ini yang menjadi pilihan hati saya. Burger istimewa, Grilled Chicken Burger atau lebih dikenali dengan nama manja, GCB? Peminat GCB jangan gusar lagi, GCB kini kembali dan telah dijadikan sebagai salah satu hidangan tetap di McDonald’s! Keunikan rasa ayam panggang, ditambah pula dengan sos lada hitam yang pekat serta salad segar sememangnya memberikan kenikmatan tidak terhingga!

Kepada rakyat Malaysia jangan lupa sertai keseronokan anda bersama ketiga-tiga burger kegemaran anda dan kongsikan 3 pengalaman dengan 3 gaya tersendiri bersama-sama YangKlasik!, !YangGempak atau YangHangat! di media-media sosial terutama di Instagram anda.

Gunakan hashtag  #YangKlasik, #YangGempak atau #YangHangat untuk memenangi hadiah yang menarik. . Tarikh akhir ialah pada 24 April 2016 dan 20 gaya yang terbaik akan dipilih. Untuk maklumat lanjut dan panduan dari McDonald's. http://mcdonalds.com.my/news/article/mcdonalds-chicken-burgers-yang-best




Saturday, February 13, 2016

SINAR SENYUMAN DARI RONALD MCDONALD HOUSE CHARITIES


Sejak penubuhan Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia 25 tahun yang  lalu telah banyak jasa dan bakti telah dicurahkan kepada rakyat Malaysia terutama kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesejahteraan kesihatan, pendidikan dan kebajikan mereka.

Apa yang menarik dengan RMHC ini, terdapat empat program teras yang menjadi keutamaannya iaitu :

1- Ronald McDonald House
2- Ronald McDonald Sensory Room
3- Ronald McDonald Gift of Smile
4- Ronald McDonald Scholarship Programme

Seperti yang saya jelaskan pada artikel yang lalu, Ronald McDonald House yang ditubuhkan pada tahun 1990 merupakan rumah penginapan sementara bagi pesakit kanak-kanak dan keluarga mereka yang pertama seumpamanya di Asean.

Istimewanya didalam Rumah RMHC ini terdapat 19 bilik tidur yang dihias cantik agar dapat memberikan keselesaan dan ketenangan mereka. Ruang tamunya juga luas, tempat makan yang selesa dan ruang dapur yang  luas dan selesa.

Bagi menambahkan kecerian RMHC juga menyediakan tempat permainan kanak-kanak yang sesuai dengan pelbagai usia termasuklah bilik komputer. Untuk pengetahuan lebih dari 600 keluarga telah menikmati manfaat dari rumah ini.

Sejak ia ditubuhkan sehingga kini lebih daripada RM4.5 juta telah disalurkan melalui pertubuhan ini.  Pada masa akan datang RMHC akan berusaha meningkatkan lebih kesedaran dalam memberi khidmat kepada kanak-kanak dan juga famili mereka.

Ronald McDonald Sensory Room pula menyediakan pelbagai peralatan deria bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan deria. Semua peralatan ini digunakan untuk membantu merangsang deria bau, deria sentuhan, penglihatan dan pendengaran mereka.

Terdapat 20 Ronald Sensory Room diseluruh dunia yang telah membantu lebih 5000 kanak-kanak yang mengalami masalah berkaitan dengan deria. Untuk Program ini sahaja, lebih RM1.7 juta wang telah dibelanjakan sejak tahun 1999.

Ini membuktikan yang program ini telah banyak memberi manfaat dan kebaikan rakyat Malaysia kanak-kanak yang mengalami masalah deria tersebut. Berdasarkan kepada keperluan McDonalds bercadang untuk membuka Ronald McDonald Sensory Room disetiap negeri diseluruh Malaysia.

Senyuman kanak-kanak merupakan senyuman yang terindah didunia. Bagi mengembalikan senyuman yang hilang dari bibir kanak-kanak yang sumbing Mcdonalds memperkenalkan Ronald McDonald Gift Smile. Program ini telah diperkenalkan sejak 2004.

Sejak dipekenalkan program ini telah membantu lebih  dari 350 kanak-kanak menjalani pembedahan bagi membetulkan kedudukan bibir mereka. Program ini telah menelan belanja lebih dari RM3 juta sejak ia diperkenalkan.

Untuk seterusnya McDonalds melalui Ronald McDonald Sensory Room telah mula membiayai pembedahan peringkat ke dua yang terdiri dari orthodontik dan prosuder pencantuman tulang.

RMHC juga merasakan adalah rugi dan cukup mendukacitakan andai kanak-kanak yang cemerlang didalam pelajaran terhalang kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka.

Merasakan nasib mereka ini perlu dibela dan diberi perhatian, RMHC dibawah program "Ronald McDonald Scholarship Programme" dengan kerjasama Kementerian Pelajaran sudi menghulur bantuan kewangan kepada pelajar cemerlang yang keluarga mereka berpendpatan rendah.

Sejak ia dilancarkan pada tahun 1997, "Ronald McDonald Scholarship Programme" telah memberi manfaat kepada lebih 500 pelajar menerusi program ini. Menerusi program ini juga lebih RM 2.6 juta telah dibelanjakan sejak ia dilancarkan 19 tahun yang lalu.

RMHC berhasrat akan meneruskan bantuan kewangan ini kepada lebih banyak lagi pelajar-pelajar yang layak.

Sepanjang penubuhannya selama 25 tahun yang lalu, RMHC telah menyumbangkan lebih RM 11 juta bagi membantu tidak kurang 20,000 kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Semua kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan beberapa individu penderma dan warga koperat yang cukup prihatin. RMHC sentiasa berharap akan ada terus sokongan dari warga Malaysia agar mereka dapat terus membantu lebih ramai kanak-kanak yang kurang bernasib baik dimasa akan datang.

Sekalung tahniah diucapkan kerana telah membuat kehidupan mereka  lebih bersinar dimasa hadapan.

Thursday, December 3, 2015

BOIKOT SATU KESILAPAN , McDONALD'S TIADA KAITAN DENGAN ISRAEL


Pembaca yang budiman, 

McDonalds merupakan satu rangkaian restoran makanan segera yang terkenal di dunia. McDonalds sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan dan merupakan pilihan utama mereka disemua peringkat umur, warna kulit, bangsa mahupun agama. Di Malaysia, McDonald's telah beroperasi selama lebih kurang 30 tahun. 

Di negara kita, Mc Donalds dikendalikan oleh Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai MDonald's Malaysia. Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. telah dianugerahkan lesen oleh Perbadanan MacDonald's Amerika Syarikat pada tahun 1980 bagi mengendalikan rangkaian restoran McDonald's di Malaysia. 

Restoran pertama McDonald's dibuka pada 29 April 1982 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kebanyakan restoran McDonald's dikendalikan oleh francaisi-francaisi tempatan. 

Namun setiap kali berlakunya konflik di Palestin, McDonald's Malaysia selalunya yang akan menjadi sasaran pelbagai fitnah termasuklah kempen boikot McDonald's oleh beberapa organisasi-organisasi tempatan. Antara sebab mereka memboikot McDonald's adalah kerana beberapa dakwaan yang cukup tidak berasas antaranya McDonald's dituduh dimiliki oleh seorang berbangsa Yahudi yang menyokong aktiviti kententeraan Israel di Palestin, seorang yang anti Islam dan anti Palestin. 

Sudah tentu tuduhan ini tidak benar kerana McDonald's bukanlah dimiliki oleh mana-mana individu. McDonald's corporation adalah sebuah syarikat  pegangan awam ( Public Traded Company atau PTC) yang disenaraikan dalam Bursa Saham New York dan mempunyai lebih 1.8 juta pemegang saham. Semua pemegang sahamnya terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan warganegara. Tidak ada seorang pun dari mana-mana individu yang memiliki lebih dari 10 peratus saham.

Bahasa mudahnya, sesiapa sahaja yang mempunyai wang atau dana serta berkelayakan dari segi peruntukan undang-undang boleh menjadi pemilik saham McDonald's. Oleh itu sesiapa sahaja boleh menjadi pemilik (saham) McDonald's samada dia Yahudi, Melayu, Cina atau siapa sahaja. 

Sebagai sebuah syarikat antarabangsa McDonald's telah beroperasi di 120 negara termasuklah negara Islam. McDonald's  mempunyai  pekerja dan pelanggan yang berbilang bangsa, agama dan warganegara sudah tentulah McDonald's sangat menghormati setiap daripada mereka, oleh itu tidak mungkin sama sekali McDonald's terlibat  atau memihak dalam sebarang konflik politik atau agama. 


Jika kita menyelusuri  kempen boikot ini, ianya langsung tidak berpaksikan apa-apa kebenaran. McDonald's Malaysia juga dituduh  memberi sumbangan  Royalty Fees sebanyak 5 % kepada McDonald's Corporation yang mana dari wang inilah kononnya McDonald's Corporation sumbangkan kepada kerajaan Israel.


Perlu kita ketahui dan faham konsep  berkenaan perniagaan francais ini barulah kita faham apa itu Royalty Fees. Secara ringkasnya ianya  merupakan satu hubungan kontrak antara francaisor dan francaisi. Francaisor wajib memberi penyeliaan, bimbingan dan sebagainya. Manakala francaisi pula berkewajipan membuat bayaran berupa laburan dalam jumlah tertentu bagi mendapat kebenaran menguna jenama, bentuk dan sebarang sistem francais dibawah kawalan francaisor. 

Dalam sistem perniagaan McDonald's, Royalty Fees ini dibayar oleh pengusaha dan pemilik (francaisi) cawangan McDonald's diseluruh dunia. Apa yang berlaku McDonald's Malaysia hanya  membayar Royalty Fees kepada McDonald's Corporation.Ini merupakan pekara yang biasa berlaku dalam perniagaan di seluruh dunia. Dan apa yang dikatakan Royalty Fees ini disumbangkan kepada negara Israel untuk membiayai aktiviti keganasan mereka di Palestin  adalah fitnah semata-mata. 




Sebahagian besar pendapatan McDonald's Malaysia digunakan bagi tujuan perbelanjaan dan pembangunan perniagaan. Dan jangan tergejut bahawa hampir 90% francaisi -francaisi McDonald's di Malaysia adalah Bumiputera Melayu Islam ? Jadi kenapa anda perlu memboikot perniagaan saudara anda sendiri ?

Perlu saya tekankan disini, selepas lebih 20 tahun McDonalds bertapak Malaysia, McDonald's mula diterajui oleh orang Melayu Islam. Bukankah itu sesuatu yang patut kita banggakan ? McDonalds juga telah melaksanakan kerja-kerja kebajikan serta melunaskan tanggungjawab sosial kepada rakyat Malaysia. Apa yang lebih patut kita bersyukur dan berterima kasih ialah McDonalds juga telah menyediakan pekerjaan kepada hampir 2000 orang dengan lebih 170 cawangan diseluruh negara. Oleh kerana ia merupakan sebuah perniagaan francais, McDonald's telah membayar cukai yang tinggi kepada kerajaan dalam masa yang sama telah melahirkan  usahawan bumiputera yang maju, bermotivasi dan berdaya saing.

Renung-renung dan fikir-fikirkan.......