Kementerian Pendidikan berhasrat mewujudkan Sekolah Sukan Malaysia di Kedah bagi kawasan utara bagi meningkatkan mutu sukan dan merealisasikan agenda pembentukan negara sukan.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setakat ini terdapat lima sekolah sukan nasional iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Johor; Terengganu; Pahang dan Sabah.
“Bagi kawasan utara, belum ada melainkan sekolah sukan negeri, justeru, kita bercadang mewujudkan sebuah sekolah sukan bertaraf nasional di kawasan utara...dicadangkan di Kedah.
“Cadangan ini bukan bermaksud membina sebuah sekolah baru sebaliknya menaik taraf sekolah sedia ada kepada sekolah sukan bertaraf nasional,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Sukan Tenis Negara 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Dr. Mehander Singh Nahar Singh.
Menurut Mahdzir, kementerian akan meneliti beberapa aspek dan menilai sekolah yang berpotensi sebelum melaksanakan cadangan itu.
“Kita belum tentukan sekolah mana, kita akan tunggu laporan, bajet, lokasi, kemudian baru tentukan mengenainya,” katanya.
Dalam pada itu, Mahdzir berkata, pelaksanaan program Satu Murid Satu Sukan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
“Ia berikutan penilaian pentaksiran berasaskan sekolah yang kini turut mengambil kira aspek kokurikulum dan sukan,” katanya.
Sementara itu, Mahdzir berharap Program Pembangunan Sukan Tenis Negara, yang merupakan jaringan kerjasama antara kementerian, Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN), dapat melahirkan lebih ramai atlet mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Program yang dimulakan di Kedah diikuti Melaka pada Jun ini, akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.- BERNAMA
Kelapa sawit merupakan satu perniagaan yang bersifat jangka panjang yang mempunyai kitaran naik dan turun. Oleh itu apabila berlaku kejatuhan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) dan kenaikan caj nilai saksama (LLA) dan tukaran matawang asing mengalami kerugian ianya antara sebab berlakunya dorongan kepada penurunan bagi keuntungan selepas cukai.
Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah, Presiden dan Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan menyatakan, harga MSM telah memberi kesan kepada semua pemain industri termasuklah FGV apabila harga komoditi tersebut jatuh ke paras terendah dalam tempoh enam tahun pada Ogos lalu.
Oleh itu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengunjurkan harga minyak sawit mentah bakal didagangkan antara sekitar RM2,300 hingga RM2,400 per tan metrik pada suku pertama 2016.
Keuntungan selepas cukai kumpulan juga terkesan dengan berlaku sedikit penurunan dari RM22.99 juta kepda RM20.19 juta bagi suku ketiga 2015 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Jika kita bandingkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2014, harga MSM turun 12 peratus kepada RM2,279 per tan metrik daripada RM2,584 perolehan tahun ke tahun merosot sebanyak 20 peratus daripada RM3,73 bilion.
Berbeza pula dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, FGV merekodkan keuntungan sebanyak RM152.9 juta keuntungan selepas cukai. Manakala bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2015, FGV berjaya mencatat peningkatan perolehan iaitu sebanyak RM4.5 bilion, meningkat 13.8 peratus berbanding suku sama pada tahun lalu.
Hasil dari sokongan jualan MSM pihak luar yang lebih tinggi, membolehkan perolehan naik dalam tempoh sembilan bulan tahun ini yang mana meyaksikan kenaikan RM11.4 bilion daripada RM11.34 bilion.
Saya yakin dengan data-data dan angka-angka yang saya nyatakan diatas akan menimbulkan reaksi yang kurang senang dari pihak pembangkang yang selama ini sering menyerang Felda dengan fitnah-fitnah mereka.