Showing posts with label Datuk Dr We Ka Siong. Show all posts
Showing posts with label Datuk Dr We Ka Siong. Show all posts

Monday, March 6, 2017

MCA TETAP SETIA BERSAMA BN


Kesetian MCA kepada Barisan Nasional tidak perlu di pertikaikan. Walaupun pelbagai badai melanda, walau pelbagai isu yang cuba mengoyahkan dan menguji kesetiaan, namun semuanya dapat diharungi bersama tanpa ada seguris keinginan meninggalkan Barisan Nasional.Oleh itu MCA akan tetap  berdiri teguh bersama Barisan Nasional (BN) sebagai salah sebuah parti komponen walaupun ada perkara dan isu-isu yang tidak sependapat seperti  dalam isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, meskipun setiap parti komponen BN berhak menyuarakan pendapat, namun perlu membuat keputusan secara bersama.

“Kita tidak perlu menghukum diri dan menjadi kambing hitam atas kesilapan pihak lain. Langkah untuk menarik diri daripada BN adalah tidak bermoral, me­nyalahi undang-undang dan meru­pakan strategi yang salah.



“Kita akan terus memainkan pe­ranan dalam BN. Kita adalah pertahanan kepada Perlembagaan Persekutuan dan penstabil dalam membetulkan yang salah serta menjawab kepada hegemoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ulang tahun ke-68 parti itu di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tiong Lai turut mengingatkan masyarakat Cina supaya memberi sokongan padu kepada MCA menjelang pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut menggalakkan ahli MCA menggunakan teknologi terkini termasuk medium media sosial bagi menarik pengundi baharu.

“Maklumat merebak dengan cepat dan MCA perlu menggunakan media sosial sebagai alat untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam pilihan raya akan datang.

“Parti sudah mempunyai strategi bagi publisiti dan semua ah­li MCA digesa menggunakan te­lefon mudah alih untuk membantu menarik pengundi,” katanya


Thursday, July 21, 2016

WAJIB PASANG ALAT KAWALAN HAD LAJU



Kebiasaan kemalangan yang berlaku di Malaysia berpunca daripada memandu melebihi hak laju yang dibenarkan. Pelbagai kempen kerajaan laksanakan bagi mengingatkan pemandu agar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi had kelajuan yang dibenarkan namun angka kematian yang berpunca dari kelalaian pemandu tidak cukup memuaskan. 

Begitu juga dengan kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan berat. Kerajaan menyediakan satu mekanisme bagi mengawal kenderaan tersebut dari dipandu laju melebihi had kawalan. 

Justeru itu kerajaan mewajibkan semua kenderaan berat yang diguna untuk membawa muatan barangan dan juga pengangkutan awam memasang alat khas kawalan had laju. 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tempoh masa selama dua tahun bagi setiap kenderaan yang tersebut mematuhi undang-undang tersebut. Kenderaan awam termasuk bas express perlu memasang alat kawalan had laju tersebut. 

Ini ditegaskan oleh Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron berkata pihaknya memberi tempoh dua tahun bagi kenderaan awam dan berat  memasang alat tersebut. 

Berikutan kekerapan kemalangan yang mebabitkan bas express ini makin menjadi-jadi, JPJ akan mengambil langkah awal dengan memberi amaran segera kepada kenderaan lama ang tidak memasang alat kawalan had laju. 

Kenderaan ini akan diingatkan oleh Puspakom apabila kenderaan tersebut membuat pemeriksaan pertama setiap enam bulan sekali. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga telah memberi arahan kepada JPJ dan Puspakom agar semua bas express baharu segera dipasang dengan alat penetapan had laju. Arahan ini perlu dilaksanakan serta merta dan tiada pengecualian. 

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Sani Express Sdn. Bhd. Abu Bakar Mohammad, alat kawalan had laju kenderaan tersebut  telah berjaya mengurangkan kadar kemalangan bas di  syarikatnya. Lebih 90 peratus perkhidmatan bas syarikat tersebut bebas kemalangan.  Jika ada yang memandu melebihi 90km/j, kami akan menerima khidmat pesanan ringkas.

Menurutnya lagi dengan arahan tegas daripada kerajaan berkenaan pemasangan kawalan had kelajuan dia kini boleh tidur dengan lena kerana tidak perlu memikirkan lagi  kerana keselamatan.




Friday, March 18, 2016

MALAYSIA MAHU TINGKAT PERHUBUNGAN PENGANGKUTAN UDARA DENGAN INDIA


Antara faktor yang meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan serantau adalah  dengan meningkatkan perhubungan pengangkutan antara negara. Justeru itu kerajaan tela  berusaha menjadikan Malaysia sebagai pasaran penerbangan ketiga terbesar menjelang 2020. Oleh itu langkah kerajaan mengadakan rundingan perjanjian pengangkutan udara ASEAN - India merupakan  landasan bagi  merealisasikan visi negara.

Rundingan perjanjian ini bertujuan menambah peruntukan tempat duduk dari 20,000 kepada 40,000 seminggu ke India dalam usaha meningkatkan operasi perkhidmatan udara  ke negara India. India kini berada di kedudukan kesembilan terbesar di dunia dalam pasaran penerbangan awam.  Dengan nilai anggaran US16 bilion , India dikatakan bakal menawarkan potensi pertumbuhan yang besar menjelang 2020.

Oleh itu Malaysia perlu mengambil peluang melalui rundingan ini untuk menambah 20,000 lagi peruntukan tempat duduk seminggu. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap Malaysia dapat meningkatkan lagi destinasi penerbangan ke seluruh destinasi di India dimana ketika ini syarikat penerbangan yang beroperasi selain Malaysia Airlines Berhad (MAS) adalah AirAsia X dan Malindo Air.

Ketika ini 24 penerbangan telah merentasi seluruh kota-kota besar di India antaranya New Delhi, Culcatta, Mumbai, Chennai, Bangalore, Hyderabad, Goa, Jaipur, Port Blair, Kochi, Ahmadabad dan Tiruchirappali. Melalui perjanjian dan rundingan ini Malaysia berharap sasaran untuk mendapat lagi 20,000 tempat berjaya. Masih ada lagi bandar-bandar yang mana syarikat penerbangan kita tidak lalui. Antara bandar yang belum kita lalui ialah Chandigarh, Coimbatore, Madurai, Pune, Vijay awanda, Manglore, dan Srinagar.

Liow juga melahirkan rasa berbesar hati kerana dapat mewakili Menteri Pengangkutan Asean dalam rundingan Perjanjian Pengangkutan Udara Asean -India dan berharap rundingan ini dapat meningkatkan lagi perhubungan pengangkutan udara di rantau Asean. 

Saturday, December 26, 2015

RAIKAN KEPELBAGAI ADAT RESAM DAN BUDAYA



Persefahaman dan penerimaan perbezaan nilai adat dan budaya antara kaum merupakan kunci kepada perpaduan kaum di Malaysia. 


Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan budaya telah berjaya dalam memastikan kestabilan dan perpaduan kaum terjaga sehingga kini. 


Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, "Penerimaan dan pemahaman mengenai kepercayaan, tradisi dan budaya yang berbeza dalam kalangan rakan warga kita adalah lebih diperlukan pada zaman ini", kata beliau dalam peratusan Hari Krismas.


Menurut beliau, kita sebagai rakyat Malaysia perlu meraikan kepelbagaian kaum dan Budaya serta mengambil peluang ini untuk merapatkan perpaduan kaum".


Beliau berharap rakyat Malaysia dapat berganding bahu bekerja sama sebagai satu keluarga besar serta mengetepikan perbezaan.


Harapan murni beliau agar rakyat Malaysia berusaha mencari titik persamaan dan meraikan perbezaan. 


Seharusnya kita berasa bersyukur kerana dapat hidup dalam negara yang aman dan harmoni bersama-sama walaupun berbeza dari segi agama, bahasa dan Budaya. 


 Walaupun ada pihak yang cuba mengugat kestabilan negara dengan menimbulkan salah faham antara kaum, namun kerajaan berjaya mengatasi dan membanteras anasir jahat mereka. 


Namun begitu kita tidak boleh leka dan alpa, kerana mereka ini tidak pernah berputus asa dalam usaha mengkucar kacirkanperpaduan


Persefaham yang sudah sedia terjalin ini hendaklah kita jaga dan kita semai dengan benih perpaduan agar keharmonian negara ini dapat dikekalkan selama-lamanya.