Showing posts with label CN alafgani. Show all posts
Showing posts with label CN alafgani. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

"Ke mana hilangnya wang Tabung Memali



BALING 2 April - Berikutan sikap pemimpin Pas terus membisu untuk menyatakan kebenaran, bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail mengulangi kenyataannya mencabar mereka berdebat tentang wang Tabung Memali.
Zainon atau nama penanya CN Al-Afghani berkata, Pas perlu menyahut cabaran dengan membuka gelanggang untuk membincangkan tentang penyelewengan wang tabung tersebut yang dianggarkan berjumlah berjuta-juta ringgit.
"Ke mana hilangnya wang Tabung Memali perlu dijawab oleh pemimpin Pas kerana rakyat khususnya mereka yang menderma dari seluruh negara mahu tahu," katanya ketika menyampaikan ceramah di sini malam tadi.


Thursday, March 28, 2013

BERANI MENGAKU KESALAHAN : CN ALAFGANI DI PUJI

Rupa-rupanya, bukan kita sahaja yang terkejut benar apabila kita dengar ada rancangan untuk membunuh ayahanda Dr Mahathir pada tahun 1988. Percaya atau tidak, Dr Mahathir sendiri terkejut apabila beliau mendengarnya, tetapi sepertimana yang kita tahu, beliau sedia memaafkan CN Afghani (penulis buku Kafirkah Aku? dan Air Mata di Bumi Memali).

Pendapat saya, CN Afghani sepatutnya lebih matang dalam hal ini. Beliau tidak patut terpengaruh dengan amanat sesat Presiden PAS, yang telah labelkan UMNO sebagai kafir. Kalau apa yang saya tahu itu benar, beliau telah berjuang di Afghanistan semasa Perang Soviet di Afghanistan, dan pada masa yang sama, kalau apa yang saya baca itu benar, beliau memiliki ilmu sehingga jet Soviet ‘tidak nampak’ bandar sasaran mereka.

Tetapi cukup spekulasi, pendapat saya kuat bahawa kita tidak boleh taksub kepada mana-mana pihak, termasuk Allah sekali. Kerana ketaksuban akan membawa kita ke jalan yang salah. Sayangi Allah, cintai Allah, ikut seruan Allah melalui ajaran Rasulullah SAW, tetapi jangan kita taksub sehingga kita mengabaikan ajaran sebenar
.


Tetapi, Alhamdulillah saya ingin mengucapkan tahniah kepada CN Afghani kerana mempunyai ‘kelelakian’ yang cukup untuk meminta maaf. Yang sudah itu sudah. Tahniah, CN Afghani.

Sepertimana yang Dr Mahathir kata, bukan budaya Malaysia untuk memilih jalan keganasan walaupun terlibatnya persengketaan atau perbezaan politik.

“Ini bukan budaya kita. Dalam negara kita, kita tidak bunuh membunuh kerana perbezaan pendapat politik. Saya benar-benar terkejut apabila say abaca kenyataan beliau dalam media.” – Tun Dr Mahathir.

Monday, March 25, 2013

SAYA MOHON MAAF


Rancang bunuh: CN Afghani mahu bertemu, mohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir



PASIR PUTEH 25 Mac - Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu. Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, BArancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kaman Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihaki tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh... dan untuk menggantikan keraja berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). - UTUSAN


Dan apa pula respon negarawan kita Tun Mahathir terhadap perkara ini?


Saya maafkan sesiapa sahaja - Tun M


KUALA LUMPUR 25 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau memaafkan sesiapa sahaja termasuk bekas ahli Pas seumur hidup yang pernah merancang membunuhnya pada 1988.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengetahui rancangan sedemikian ketika menjadi perdana menteri.

"Saya berjalan sana sini tapi baru sekarang saya tahu ada orang nak bunuh saya.

"Tapi saya tak rasa apa-apalah pada mereka yang merancang itu. Saya sentiasa memaafkan semua orang," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat C.N Al-Afghani yang mahu berjumpa dan meminta maaf kepadanya kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988 kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi. - UTUSAN