Wednesday, September 12, 2018

GUAN ENG PENING NAK JAWAB



Semalam, Lim Guan Eng berang dan kata saya tak jujur. Dia kata makanan ‘pau’ pun kena 6% GST dulu sama seperti 6% SST sekarang. Dia sangat suka marah saya. Dia demam.

Persoalan saya: jika sama, kenapa nak tukar sistem cukai sedangkan apabila GST dimansuhkan, harga barang tidak turun?

Bukankah Guan Eng pernah kata beberapa kali bahawa cukai SST hanya dikenakan pada pengilang sahaja dan bukan pengguna. Saya bukan pengilang, mengapa saya kena cukai 6% pula?

Dengan GST, peniaga yang mengelak cukai dan ekonomi gelap tidak dapat lari dari cukai tetapi BR1M semakin naik, bantuan lain semakin naik, gaji dan bonus pejawat awam semakin naik.

Dengan SST, BR1M semaikin turun sehingga dimansuhkan, bantuan lain disekat, gaji dan bonus penjawat awam tak naik atau dibatalkan.

Satu lagi. Jika Guan Eng memeriksa resit dari kedai "pau" ini, minuman pun kena cukai 6%.

Saya minum ice lemon tea di sana. Mengikut jadual SST yang terbaru, cukai jualan ke atas ‘ice lemon tea’ ialah 10% bermakna apabila kedai itu beli ice lemon tea dari pengilang, cukai 10% sudah termasuk secara tersembunyi dalam harganya.

Bermakna dengan tambahan 6% dikenakan kedai itu, saya membayar 10 + 6 peratus cukai, lebih tinggi dari GST 6%.












DS Najib Tun Razak 

RINGGIT JATUH KERANA SALAH NAJIB .........?




Antara serangan terhadap saya sebelum PRU14 adalah berkaitan nilai matawang Ringgit. PH berulangkali sebut nilai Ringgit lemah pada tahun sebelum ini adalah bukti Malaysia sudah mula bankrap.

Kita lihat carta 1 tunjukkan pergerakan Ringgit berbanding Dolar Amerika dengan harga minyak mentah dunia Brent dari tahun 2008 hingga kini.

Ia jelas tunjukkan bahawa naik turun Ringgit banyak bergantung kepada harga minyak dunia. Secara am, Ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik dan sebaliknya.

Ketika saya baru menjadi Menteri Kewangan, Ringgit juga lemah akibat krisis ekonomi dunia pada masa itu. Pada masa itu Ringgit turun sehingga RM3.75 berbanding US Dollar dan Tun Mahathir menggesa saya untuk tambatkan Ringgit seperti yang beliau lakukan pada tahun 1998.

Saya tak ambil langkah itu selepas ambil kira dan melihat pelaburan asing dan daya saing eksport negara turun ketika Ringgit ditambat Tun Mahathir pada 1998.

Lanjutan itu, pertumbuhan ekonomi pada tahun 2000 hingga Tun Mahathir bersara pada akhir 2003, kurang baik.

Saya tidak membuat demikian untuk menambatkan Ringgit pada masa tahun 2008/2009.

Kenaikan harga minyak dunia dan pemulihan ekonomi hasil pakej ransangan ekonomi terbesar dalam sejarah negara, Ringgit mengukuh sehingga di bawah paras RM3.00 berbanding Dolar Amerika pada 2010 hingga 2013, iaitu sebanyak 30 peratus.

Pakej ransangan ekonomi ini juga menaikkan hutang negara dan turut dibidas biarpun langkah itu berjaya menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Tak pernah dalam sejarah Malaysia, matawang Ringgit mengukuh setinggi itu namun jika diimbau kembali, saya tidak pun memuji diri sendiri lantaran Ringgit yang kukuh kerana harga minyak mentah tinggi pada masa itu dan bukan semua berpunca dari usaha kerajaan BN dan saya.

Namun pakej ransangan yang kita laksanakan selari dengan kenaikan harga minyak berjaya selamatkan ekonomi kita dari terjerumus dari kemeseletan.

Peliknya, pada PRU13, Pakatan mendakwa Malaysia akan bankrap biarpun Ringgit mengukuh di bawah RM3.00 pada masa itu dan pada PRU14, Pakatan turut membuat tuduhan yang sama pada ketika nilai Ringgit lebih rendah berbanding PRU13.

Kita lihat pada carta, apabila harga minyak dunia turun dengan teruk pada akhir 2014, nilai Ringgit juga turun dengan banyak.

Pada masa itu, saya sekali lagi terima tekanan politik yang hebat dan sebagai ahli politik, langkah paling mudah ialah menambat Ringgit sebagaimana dilakukan Tun Mahathir sebelum ini apabila Ringgit pernah jatuh sehingga RM4.85 pada permulaan tahun 1998.

Saya juga perhatikan bahawa banyak negara lain pada masa itu seperti Czech, Nigeria, Switzerland, Uzbekistan, Azerbaijan, Kazakhstan, Angola dan Morocco juga telah menolak sistem penambatan matawang kerana mereka mahu meningkatkan daya saing ekonomi masing-masing.

Tetapi sebagai Perdana Menteri yang utamakan kekuatan jangka panjang ekonomi dan masa depan negara, saya tidak ambil langkah itu kerana keputusan berdasarkan politik jangka pendek yang tidak betul akan memberi kesan negatif jangka panjang yang teruk kepada negara.

Sekali lagi, walaupun dikecam teruk saya memilih sekali lagi untuk tidak menambat Ringgit.

Keputusan saya terbukti betul apabila eksport negara melonjak naik berpuluh peratus setiap bulan dan pertumbuhan ekonomi sangat kukuh pada tahun 2017 sehingga awal tahun 2018.

Ringgit pula mula memulih dan menguat sehingga tahap RM3.85 pada bulan April 2018 sebelum pilihanraya.

Hakikatnya, tempoh saya sebagai menteri kewangan dan Perdana Menteri sehingga saya berhenti menyaksikan Ringgit turun dari sekitar RM3.75 ke RM3.85 (tidak ditambat) dan saya dianggap telah gagal oleh segelintir rakyat Malaysia.

PM yang ke-4 pula dikatakan berjaya apabila Ringgit menyusut dari RM2.20 berbanding Dolar Amerika kepada RM3.80 (ditambat) dari mula dia mentadbira sehingga tamat pada akhir tahun 2003.

Kebelakangan ini, saya ada sedikit kerisauan tentang nilai Ringgit.

Di atas, saya ada menyebut bahawa secara am, Ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik dan sebaliknya tetapi selepas PRU14 keadaannya agak menggusarkan.

Jika diperhatikan carta 2, trend ini sudah bercanggah. Walaupun harga minyak dulu semakin kuat sehingga US$78 satu tong sekarang, Ringgit tidak mengukuh tetapi tetap turun 30sen sehingga RM4.15 sekarang.

Kerisauan saya ialah jika harga minyak dunia turun dengan kuat, maka matawang ringgit akan menerima impak yang agak teruk.

Sebelum PRU14, pemimpin PH kata "Najib turun, Ringgit akan naik". Saya pelik kerana saya sudah turun 4 bulan tetapi Ringgit semakin turun juga.

Apapun, saya harap kerajaan PH akan mengambil kira kerisauan saya mengenai nilai Ringgit sekarang sebelum ia memudaratkan.














DS Najib Tun Razak 

MANA DATANG DUIT BERJUTA DI RUMAH NAJIB ?



DANA UMNO PRESIDEN YANG URUSKAN

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi presiden UMNO ditugaskan untuk mengendali semua aset parti termasuk menerima sumbangan politik dari ahli perniagaan, individu, NGO dan korporat.

Presiden UMNO juga ditugaskan untuk mengalih dan membuat pembayaran untuk keperluan parti pada masa pilihanraya.

Semua hak ini ada ditulis di dalam perlembagaan UMNO dan ialah satu kelaziman sejak zaman Tun Mahathir Mohamad.

Ada satu klip video tular yang merakamkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi pada 6 September 2015 selepas beliau digantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri bahawa beliau sendiri tidak mempersoal amalan dana khas presiden kerana ini ialah kebiasaan untuk diuruskan oleh presiden sejak dulu lagi.

Tun Mahathir juga pernah mengaku secara terbuka bahawa dia menyerah sebanyak RM1.4 bilion dalam bentuk wang tunai dan saham kepada Tun Abdullah Badawi apabila Pak Lah mengambil alih jawatan presiden parti dari Tun Mahathir.

Walaupun saya pernah sarankan untuk mewujudkan satu akta sumbangan politik, ia ditolak oleh Pakatan pada masa itu, justeru sumbangan dana politik tidak melanggar mana-mana undang-undang negara ini.

Pada masa pilihanraya umum, kebanyakan sumbangan dari ahli perniagaan dan individu adalah dalam bentuk wang tunai dan juga diagihkan secara tunai kepada seluruh 222 kawasan parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Semasa Tun Mahathir membina Pejabat Perdana Menteri dan Seri Perdana, beliau turut membina bilik kebal dan peti besi di kedua-dua tempat.

Inilah tempat di mana wang tunai yang diterima disimpan untuk tujuan kegunaan operasi politik dan pilihanraya termasuk bayaran bil selepas pilihanraya dan operasi cawangan-cawangan parti.

Selepas BN kalah tidak terjangka dalam pilihanraya lalu, wang tunai yang dikumpul ini telah dipindahkan oleh pegawai-pegawai kepada satu pangsapuri di Pavilion Kuala Lumpur sebagai langkah sementera.

Saya juga difahamkan baru-baru ini bahawa ketika wang ini di dalam permindahan, ada beberapa pegawai-pegawai yang ditugaskan telah mengambil RM3.5 juta untuk diri sendiri dan mereka telah ditahan oleh SPRM.

Sebelum kita sempat membuat keputusan bagaimana untuk mengendalikan wang tunai ini dan sementera menunggu keputusan pemilihan parti siapa akan mengambil alih jawatan presiden, pangsapuri Kuala Lumpur ini telah diserbu oleh PDRM dan wang tunai ini telah disita.

Tun Mahathir tahu tentang kewujudan wang tunai parti yang banyak di pejabat Perdana Menteri pada masa pilihanraya kerana beliau juga melakukan begini semasa beliau presiden UMNO dan Perdana Menteri.

PDRM juga tahu tentang wang ini ada di Pavilion kerana permindahan wang ini daripada Pejabat Perdana Menteri oleh pegawai-pegawai bukanlah satu rahsia.

Wang ini ialah wang parti. Oleh itu, UMNO telah menyediakan barisan peguam untuk berunding dengan pihak kuasa untuk menuntut kembali wang ini.

Memang tiada wang tunai begitu banyak di simpan dalam pangsapuri Pavilion ataupun rumah saya sebelum pilihanraya dan wang tunai yang disimpan dalam Pejabat Perdana Menteri juga tidak begitu banyak pada masa bukan pilihanraya.

Mengapa pula ada matawang dari 27 buah negara?

Selain dari pangsapuri Pavilion, PDRM juga menyerbu rumah dua anak saya yang berdekatan dan kediaman peribadi saya di Jalan Duta. Setiap sen dan setiap helai wang kertas sama ada dalam matawang tempatan atau asing telah dirampas.

Sesiapa yang sering melawat dan bertugas di luar negara, tentu ada baki wang matawang asing yang belum diguna di dalam kediaman mereka. Saya dan keluarga saya tidak berbeza.

Oleh itu sebahagian besar wang yang disita ialah dalam matawang Ringgit (termasuk ada satu jumlah ialah dalam wang Singapura kerana satu penyumbang tertentu memilih untuk menderma dalam bentuk ini). Yang dalam matawang asing merupakan jumlah yang kecil.

Walaupun saya pernah mengulas sedikit sebanyak tentang isu ini kepada beberapa media tempatan, saya pilih untuk membuat penjelasan dengan lebih panjang lebar sekarang kerana walaupun banyak usaha dan rundingan telah dilakukan tetapi PDRM masih tidak mahu kembalikan wang ini kepada parti.

Ia telah melangkaui tempoh 3 bulan mengikut undang-undang untuk dikembalikan jika tiada dakwaan dibuat mengenai aset yang disita.

Saya juga akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sitaan barang kemas dan beg tangan yang menjadi topik perbualan ramai.

DS Najib Tun Razak

Tuesday, September 4, 2018

JELASKAN MACAM MANA DIA BOLEH TERLEPAS ?



23 Dzulhijjah 1439H
Selasa 12.15p.m.

NURUL IZZAH SERANG MAHATHIR LAGI?

Kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi kuasa pendakwaan bakal mewujudkan konflik kepentingan.

Demikian ditegaskan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Mohamed Hanipa Maidin.

Menurut Hanipa, meski pun cadangan tersebut dianggap baik dari satu sudut, namun ia berpotensi besar mewujudkan konflik kepentingan dan bukanlah suatu amalan yang baik.

Nurul Izzah semalam mendesak agar Peguam Negara Tommy Thomas menjelaskan tindakan menarik balik dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Menteri Kewangan, JOSEPH Lim Guan Eng dan Phang Li Koon.

Saya melihat kenyataan Nurul Izzah tersebut sebagai suatu usaha halus menyerang menteri kewangan yang dilihat sebagai sekutu rapat YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Sebelum ini Nurul Izzah juga mengkritik perlantikan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor sebagai pemudahcara keamanan di Selatan Thailand.

Samada Nurul Izzah mengkritik Rahim Noor atau Tommy Thomas, kedua-duanya merupakan sekutu rapat kepada Mahathir.

Dalam isu ini, saya melihat Nurul Izzah dan/atau PKR tidak mempunyai keberanian mendesak Thomas meletakkan jawatan meski pun terdapatnya laporan polis mengenai kejanggalan tindakan beliau menarik dakwaan terhadap JOSEPH Lim.

Apakah kritikan Nurul Izzah sebahagian dari agenda terancang fraksi Anwar di dalam PKR yang semakin gusar dengan kepemimpinan Mahathir?
🌐 https://goo.gl/QBWuVr
🌐 https://goo.gl/QBWuVr
🌐 https://goo.gl/QBWuVr

ZAMZURI MOHAMED TAHIR

SAYA HANTAM SAJALAH

"Hantam"

Semalam saya membuat hantaran FB untuk mendedahkan bahawa cukai SST yang baru dilaksanakan juga dikenakan ke atas banyak baang-barang mentah dan basah termasuk kerang, lala, udang, ketam dan ikan masin.

Baru tadi, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjawab saya melalui satu sidang media.

Saya amat terkejut (trending hari ini memang untuk terkejut) dengan jawapan beliau.

Dia menjawab bahawa dia keliru dengan klasifikasi barang-barang basah ini, oleh itu beliau kata dia "hantam" sahaja (dia cakap, bukan saya cakap) supaya semua dikenakan cukai jualan 10%.

Oleh kerana beliau cincai "hantam" sahaja, maka orang miskin perlu bayar cukai 10% di atas semua makanan-makanan mentah ini.

Guan Eng mengaku bersalah dan berjanji akan mengeluarkan kerang, udang, ketam, lala dan sotong dari senarai barang yang dikenakan cukai.

Apapun, banyak lagi makanan mentah dan minimum seperti air tin dan air mineral lain masih dikenakan cukai jualan 5% ataupun 10% dan juga akan dikenakan cukai berganda jika dihidangkan di restoran.

Saya harap kementerian kewangan dapat meniliti dan menambah baik senarai SST agar makanan, minuman dan bahan asas orang B40 tidak dikenakan cukai seperti yang dikecualikan di bawah GST dahulu.

Kita harap tuduhan hutang negara tiba-tiba dinaikkan menjadi RM1 trillion ataupun tuduhan wang GST/LHDN RM35 bilion "dirompak" tidak dikeluarkan oleh beliau sekadar dengan main "hantam" sahaja juga.

Video kredit: MalaysiaKini / KiniTV