Tuesday, April 3, 2018

45 PERATUS KHAS UNTUK BUMIPUTERA




Sejak pentadbiran negara di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, banyak syarikat bumiputera diberi kepercayaan mengendalikan projek-projek berimpak besar. Penglibatan syarikat Bumiputera ini menunjukkan kepercayaan Perdana Menteri kepada keupayaan mereka melaksanakan semua projek ini dengan jayanya.

Kontrak pembinaan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kedua Sungai Buloh- Serdang-Putrajaya (SSP) telah dikhaskan sebanyak 45 peratus kepada bumiputera. Kontrak ini membabitkan pakej nilai kerja sebanyak RM14 bilion. Sesuatu yang boleh dibanggakan.

Syarikat bumiputera yang menyertai projek ini dibuat berdasarkan kejayaan mereka sebelum ini dalam projek laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) yang hanya membabitkan 43 peratus bumiputera sahaja. 

Ini jelas kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib memberi peluang seluasnya kepda syarikat-syarikat bumiputera dalam melaksanakan projek mega. Inisiatif ini juga turut mema­sukkan kontraktor bumiputera gred satu hingga gred enam dengan peningkatan peruntukan subkontrak untuk mereka..

Sebanyak RM900 juta diperuntukkan kepada kontraktor bumiputera dari gred satu hingga gred enam dengan pecahannya adalah RM450 juta untuk gred satu hingga gred empat manakala RM450 juta lagi kepada gred lima dan gred enam.

“Bagi meningkatkan kompetensi kontrak bumiputera dalam projek rel yang kompleks, subkontrak bernilai RM600 juta diperuntukkan untuk skop pembinaan berstruktur tinggi atau elevated dan sub kontrak bernilai RM300 juta untuk kerja-kerja bawah tanah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau ber­kata, sebanyak 54 graduan bumiputera yang menjadi peserta program Usahawan Muda MRT berjaya dibantu menubuhkan 24 syarikat kontraktor gred dua.

Justeru, katanya, program selama 12 bulan dengan kerjasama MRT Corp., Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) itu akan diteruskan bagi membantu golongan bumiputera menjadi kontraktor yang berjaya.

“Sebanyak lima syarikat kontraktor ini telah berjaya mendapat kontrak di bawah projek MRT Laluan Kedua SSP,” katanya.



No comments:

Post a Comment