Monday, January 8, 2018

CHIN TONG TERUS SERANG KEM TENTERA




Nama pun dah dekat sama macam Chin Peng, Liew Chin Tong terus menerus memanaskan isu kem tentera di Parlimen Sembrong. Agaknya kenapa ya pemimpin DAP begitu sensituf dengan kem tentera? Apakah mereka ada agenda tertentu terhadap tentera Malaysia ?

Admin tidak percaya jika hanya faktor politik sahaja DAP membantah kem tentera di Parlimen Sembrong, ia mesti ada maksud tersirat lain yang ada faktor keselamatan negara. Bukan sembunyi lagi hubungan DAP dengan Israel, dikatakan mereka pernah membuat perjanjian dengan Israel jika mereka berjaya menguasai negara. 

Walaupun kenyataan Ketua Pemuda UMNO Sembrong, Onn Hafiz Ghazi menyatakan tindakan Chin tong ini bertujuan mengalihkan perhatian memanipulasi fakta kononnya berlaku pergerakan anggota tentera di kawasan Parlimen Sembrong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pada Admin itu semua cipataan Chin Tong yang mahu menutup agenda rahsia mereka yang tidak mahu ada ketumbukan tentera di kawasan Johor. Seperti yang kita tahu DAP adalah pelopor kepada kekacauan dan haru hara dalam negara. Jadi tuduhan membawa tentera sebagai pengundi di Sembrong hanyalah satu helah sahaja.

Pada Admin genetik yang mempunyai dna komunis ini langsung tidak boleh dipercayai langsung. Ada sahaja muslihat mereka untuk memerangakp kita. Jangan sesekali kita memperdulikan apa yang mereka kata tetapi berilah perhatian apa yang mereka buat. 

Mereka cuba memainkan sentimen kaum Cina dengan menakut-nakutkan kaum Cina bagi mendapat sokongan, sedangkan tidak ada apa-apa pun khidmat yang mereka beri kepada rakyat untuk kesejahteraan. 

Penduduk dan pengundi di tempatnya sendiri Kluang  tertanya-tanya apa yang Chin Tong ni buat sebenarnya  untuk rakyat diKluang selain sibuk membuat spekulasi serta tuduhan berkenan isu nasional. Apa pula jasanya dalam memperjuangkan rakyat ?


"Budaya ini tidak ubah seperti Penasihat mereka, Lim Kit Siang di Gelang Patah yang hanya kelihatan sewaktu pilihan raya sahaja tetapi tidak kunjung tiba ketika rakyat memerlukan. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sebelum ini, Chin Tong menerusi sebuah portal berita telah mendakwa pembinaan kem dalam kawasan Parlimen Sembrong bermotifkan politik bagi memberi kelebihan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mendapatkan kerusi parlimen Sembrong pada PRU-14.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz yang juga Setiausaha Politik Menteri Pertahanan memberitahu, beliau menawarkan kepada Chin Tong pada 22 Disember lalu untuk menunjukkan bahawa tiada sebarang pergerakan perpindahan anggota mahupun pendaftaran pengundi berlaku, termasuklah semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Bagaimanapun, beliau masih enggan berhubung dan kekal dengan motif jahat untuk terus melakukan tuduhan serta memanipulasi isu berkenaan," katanya.

Selain itu, Onn Hafiz berpendapat, tindakan Chin Tong itu juga bagi mengalih perhatian berhubung isu penentangan dalam kalangan ahli DAP yang melihat parti tersebut seolah-olah menjadi boneka kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga membawa kepada pergolakan dalaman.

"Maka, saya menasihatkan agar Chin Tong dan sekutunya selesaikan masalah dalaman mereka serta buktikan bahawa mereka benar-benar layak untuk berkhidmat kepada rakyat selain menjadi ejen propaganda dan perpecahan dalam kalangan rakyat," katanya. - UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment