Satu operasi bersepadu antara Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dijalankan di seluruh negara bermula 20 November lalu. Operasi Khas ini dijalan selama 11 hari dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan yang membabitkan pengangkutan awam.
Operasi ini lebih memberi fokus kepada semua jenis bas iaitu bas ekspres, bas persiaran, bas henti-henti, basi mini dan bas sekolah. Kebelakangan ini jumlah kemalangan dilihat semakin meningkat walaupun kadar kemalangan bas secara keseluruhannya menunjukkan ada penurunan.
Menurut Pengarah JSPT Bukit Aman, Senoir Asisten Komisioner Sharul Othman Mansur dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu, sebanyak 5975 kes kemalangan bas direkodkan berbanding tahun lepas 9462 kemalangan bas direkodkan.
Operasi ini dilaksanakan bagi memastiakn pemandu bas dan pengusaha bas sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. Ini kerana kita mahu kadar kemalangan yang menurun ini berterusan.
"Jumlah kemalangan bas pada tahun ini ada penurunan dan kita tidak mahu kadar itu terus meningkat, justeru operasi khas ini untuk memastikan pemandu serta pengusaha bas sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelak kemalangan.
"Selain operasi di lebuh raya dan jalan raya utama seluruh negara, ujian saringan air kencing ke atas pemandu bas turut dibuat di terminal-terminal bas besar dan kecil sebelum mereka memulakan perjalanan," katanya dalam sidang media, malam tadi.
Beliau sebelum itu mengetuai Operasi Khas Bas di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke ibu negara bersama SPAD, JPJ, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen.
Pada operasi berkenaan, pemeriksaan ke atas motosikal serta kenderaan berat seperti lori dan treler turut dilakukan.
"Sejak operasi khas ini dimulakan 20 November lalu, sebanyak 5,692 bas diperiksa dengan 1,619 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
"Seramai 2,544 pemandu bas pula menjalani ujian saringan air kencing dan daripada jumlah itu, seramai 47 orang didapati positif dadah," katanya lagi.
Tambah beliau, sebahagian mereka sudah dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1957 dan sebahagian lagi sedang menunggu keputusan laporan patologi.
Katanya, walaupun Operasi Khas Bas sudah masuk hari ke-11 dan berakhir tengah malam tadi, operasi sedemikian akan diteruskan daripada semasa ke semasa demi keselamatan penumpang bas serta pengguna jalan raya yang lain.
No comments:
Post a Comment