Saturday, November 25, 2017

SPAD TINGKATKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN MUSIM CUTI SEKOLAH, KRISMAS DAN TAHUN BARU



Lazimnya musim cuti sekolah, musim perayaan dan tahun baru ramai orang ambil cuti untuk pulang k kampung halaman atau pergi bercuti di destinasi pelancongan dalam negara. Masa inilah kenderaan bersesak-sesak d jalan raya. Walaupun pelbagai langkah telah diambil sebelum ini, namun kemalangan jalan raya tetap berlaku dan yang sedihnya ada yang sehingga kehilangan nyawa. 

Oleh itu pada tahun ini Suruhanjaya Pengkutan Awam Darat (SPAD) akan mengambil langkah awal dengan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan sempena musim cuti sekolah, perayaan Krismas dan sambutan Tahun baru 2018.

Langkah ini bagi mengawal dan menjaga keselamatan penumpang perkhidmatan awam dan pengguna jalan raya ketika musim perayaan, cuti sekolah dan Tahun baru 2018 yang bakal menjelma.

Dalam operasi ini agensi SPAD akan berkerjasama dengan PDRM, JPJ, AADK dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya. Operasi ini akan bermula pada 23 hingga 26 November 2017 selama empat hari, manakala untuk perayaan Krismas dan Tahun Baru 2018 ianya akan dilaksana pada 22 Disember 2017 sehingga 2 Januari 2018.

Penglibatan lain-lain agensi penguatkuasa sebelum ini banyak membantu menangani pemandu yang melanggar peraturan jalan raya. Operasi yang dijalankan pada 12 hingga 22 Oktober 2017, pada musim perayaan Deepavali sebanyak 313 kesalahan dikenalpasti dan tindakan penguatkuasaan selanjutnya telah diambil keatas pengendali dan pengusaha yang terlibat.

Kerjasama ini  memberikan impak yang positif apabila dapat menangani banyak isu pengendali dan pemandu yang melanggar undang-undang dan peraturan antaranya audit penguatkuasaan terhadap rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran khas untuk pengendali yang berisiko tinggi, rondaan di lokasi berisiko tinggi dan perangkap kelajuan serta pemantauan CCTV di Pusat Operasi Lebuh Raya. 

Memandangkan kegiatan ulat tiket aktif ketika musim perayaan dan cuti sekolah, oleh  itu bagi menangani aktiviti ulat tiket, pegawai penguatkuasa SPAD akan melakukan akitviti meronda di beberapa lokasi terutama di pusat bandar atau yang berhampiran dengan pusat membeli belah terutama di terminal-terminal, pemeriksaan terus ke kaunter-kuanter tiket serta meneliiti dokumen-dokumen yang berkaitan, semua ini akan dilaksanakan di terminal- terminal bas.

Pengendali bas ekspress telah diberi peringatan oleh SPAD agar sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya serta menekankan agar mematuhi Kod Amalan Industri SPAD (ICOP) serta peraturan keselamatan pada setiap masa. Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pengendali yang cuai dalam pengurusan operasi. Keselamatan penumpang tidak boleh dikompromi, oleh itu aspek keselamatan, pemandu dan penyelengara perlu berada ditahap optimum. 

Lesen pengendali Syarikat bas boleh digantung atau dibatalkan bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan. Bagi kes-kes yang serius dan berat, keseluruhan kumpulan kenderaan milik syarikat boleh digantung sementara menunggu audit keselamatan dijalankan sekiranya didapati terdapat sebarang pelanggaran syarat, tindakan perundangan dan pentadbiran akan diambil. 

Orang ramai juga dapat memainkan peranan dengan melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang atau peraturan oleh pengendali kepada SPAD melalui hotline 24-jam SPAD di 1-800-88-SPAD (7723), menerusi emel kepada aduan@spad.gov.my atau melalui Twitter kepada @aduanSPAD. Penumpang bas ekspres juga boleh memuat turun aplikasi MeterOn bagi telefon pintar iOS dan Android yang membolehkan mereka menyemak status syarikat bas ekspres atau terus melaporkan sebarang kesalahan.

No comments:

Post a Comment