Sudah di beri peluang untuk menambah pendapatan, masih tak berpuashati - nak dapat lebih pendapatan sehingga sanggup menipu pelanggan. Inilah yang berlaku kepada pemandu grabcar dan Uber. Sebelum ini kita selalu mendengar kecaman masyarakat terhadap pemandu teksi yang mencekik darah, kini penyakit ini berjangkit pula. Mereka yang terkena jangkitan penyakit tamak ini adalah 153 pemandu yang ditahan oleh penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Oktober tahun lalu kerana menipu pelanggan.
Menurut Pengurus Besar Kanan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad kesalahan mereka ialah mematikan aplikasi dan mengenakan caj tinggi kepada pelanggan. Ada sebahgian mereka sengaja yang membawa pelanggan ikut jalan jauh semata-mata ingin mengenakan caj yang lebih.
Kepercayaan yang masyarakat berikan kepada mereka dikhianati oelh segelintir mereka yang tamak haloba. Sikap tamak mereka telah memberi imej negatif kepada pemandu Grab Car dan Uber yang lain. Sepertimana yang berlaku kepada pemandu teksi dulu. Perbuatan ini tidak adil kepada mereka yang berkerja mencar irezeki yang halal.
Sepatutnya pemandu Grab Car dan Uber ini bersyukur, setelah beberapa lama mereka menajalankan perkerjaan ini tanpa perlindungan undang-undang, hari ini setelah mendapat peluang ini mereka menyalahgunakan pula.
Dalam perlembangan teknologi hari ini yang menggunakan aplikasi tempahan secara online melalui aplikasi pintar yang lebih cepat dan mudah mendapatkan pelanggan mereka sewajarnya menggunakan sepenuhnya untuk mendapat pendapatan yang halal dan bersih dengan menjalankan perkhidmatan yang terbaik dan jujur.
Menurut Che Hasni lagi, SPAD banyak menerima laporan berkaitan penyalahgunaan aplikasi di kawasan yang mempunyai persaingan tinggi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2.
Mereka yan didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara da tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 2015 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Ingatlah, susah payah SPAD dan kerajaan berhadapan dengan pelbagai desakan dari pengusaha dan pemandu teksi dahulu berkenaan membenarkan Grab Car dan Uber beroperasi secara sah, hari ini mereka pula buat hal yang boleh merosakkan imej mereka dan negara.
Carilah rezeki yang halal, jangan ambil jalan mudah untuk kaut keuntungan yang cepat tapi sementara. Semoga perbuatan ini menjadi yang terakhir dan tidak berulang lagi.
No comments:
Post a Comment