Itulah kata-kata Lim Guan Eng, Ketua Menteri paling tak guna dalam sejarah Pulau Pinang. Dulu bukan main sombong dan angkuh lagi si Lim Guan Eng dan bapaknya mengelar Malaysia ni negara yang gagal. Jika disoroti, sejak 47 tahun yang lalu lagi bapaknya pun pernah Kit Siang melaungkan Malaysia sebuah negara yang gagal. Namun hari ini kita sendiri dapar melihat betapa anaknya sendiri gagal mentadbir dan menjaga sebuah negeri yang kecil. Itu pun sembang besar nak tadbir negara.
Segala macam bencana yang melanda cukup membuktikan Guan Eng seorang Ketua Menteri yang GAGAL. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, banjir bukanlah isu yang membuktikan kerajaan DAP Pulau Pinang gagal, tetapi kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah merupakan bukti jelas kerajaan negeri tidak dapat mentadbir dengan baik. Hinggakan meragut 11 nyawa yang tidak berdosa.
Dahulu dengan megah dan sombong sekali mendabik dada kononnya mereka dapat menyelesaikan masalah banjir jika di beri mandat. Guan Eng pada 15 Disember 2013 dengan sombong dan angkuh menyatakan masalah banjir ini akan diselesaikannya dalam satu penggal sahaja.
Nampaknya bukan bertambah baik, tapi semakin buruk pula banjir yang melanda. Nampaknya negeri yang digelar negeri bukan Taliban oleh Guan Eng semakin penuh dengan air yang berwarna kuning, sesuai sangatlah dengan gerakan Kuning "BERSIH" yang mereka lancarkan dulu di Kuala Lumpur. Cuma kali ini Kuning yang datang ini tidak mengira sesiapa, semuanya dilanda tanpa belas kasihan.
Annuar membidas kepimpinan klepet pembangkang bahawa mereka harus belajar daripada BN bagaimana untuk berjiwa besar dan jangan hanya berpolitik setiap masa.
Berikut antara fakta kegagalan DAP mentadbir Pulau Pinang;
▪Berkaitan penarahan bukit, banyak pihak termasuk NGO telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang kerakusan kerajaan negeri dalam menarah bukit juga pembinaan rumah di lereng-lereng bukit namun ia tidak dipedulikan.
▪Tanah di negeri itu habis digadai. Ada tanah dijual tanpa tender dan kepada syarikat kroni. Laporan Ketua Audit Negara menyatakan perolehan yang Guan Eng dapat menerusi jualan tanah, 2008 hingga 2015 adalah sejumlah RM1.22 billion. Sejak 2008, aset dan tanah yang Guan Eng jual dan gadai sudah bernilai RM37 billion.
▪Hutang kerajaan negeri melonjak tinggi.
Mana ada kurang hutang sampai 95% seperti yang didakwa Prof Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655 juta telah diubah kepada bayaran ansuran selama 45 tahun. Hutang tidak kurang 95% tetapi makin bertambah. Tidak cukup dengan itu berhutang lagi dengan China Exim Bank.
▪ Pelaburan makin kurang. Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30% pelaburan ke Pulau Pinang. Pada Januari hingga Ogos 2016, pelaburan ke Penang hanya berjumlah RM3.77 billion berbanding RM5.34 billion pada tahun 2015.
▪Kerajaan Pulau Pinang berada dalam keadaan defisit. Setiap tahun sejak 2011, Guan Eng membentangkan bajet defisit enam tahun berturut turut. Pada 2011, defisit sejumlah RM108 juta. Pada 2017, defisit bajet berjumlah RM667 juta. Bajet defisit tetapi peruntukan untuk Pejabat Ketua Menteri Guan Eng bertambah setiap tahun.
▪Pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang lembab. Purata gaji pekerja di Pulau Pinang sejumlah RM2,434 adalah dibawah gaji purata nasional, RM2,463. KDNK Pulau Pinang adalah ke-4 paling rendah di Malaysia antara tahun 2008-2015. Pendapatan isirumah rakyat Pulau Pinang adalah yang ke-4 terendah di Malaysia.
▪Pelbagai caj dikenakan kepada rakyat. Surcaj air naik 4 kali sejak DAP memerintah Penang. Satu-satunya negeri yang mengenakan caj parking sampai waktu tengah malam adalah di Pulau Pinang. Cukai katil, caj plastik 20 sen, cukai pintu naik 14.29% pada 2015, sewa warung naik dan harga rumah naik. Inilah padah yang rakyat Pulau Pinang dapat.
▪Ini adalah antara bukti jelas menunjukkan DAP telah gagal tadbir Pulau Pinang. Guan Eng telah jadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang gagal sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment