Monday, May 22, 2017

AGENDA KRISTIAN HANNAH YEOH PERLU DI SEKAT



Sememangnya sudah lama kita mensyaki adanya pemimpin politik yang membawa agenda kristianisasi dalam negara Malaysia. Dari nama-nama mereka kita boleh mengetahui siapa mereka. Namun kelicikan mereka menyembunyikan kegiatan mereka dengan kempen masyarakat dan mengabui mata pihak berkuasa dengan aktiviti kemasyarakatan.

Kita pernah digejutkan dengan kempen Pegang Anjing dan juga majlis berbuka puasa di Gereja. Semua ini merupakan antara gerakan halus yang cuba mempengaruhi umat Islam. Ingatlah mereka tidak pernah berhenti setakat itu sahaja.

Pendedahan oleh Dr Kamarul Zaman Yusof baru-baru ini berkenaan agenda dakwah Kristian Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Yeoh Tseow Suan atau lebih dikenali sebagai Hannah Yeoh begitu mengejutkan natizen. Dr Kamarul merupakan Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkap Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN

Menurut Dr Kamarul, Hannah Yeoh dalam satu kenyataannya dalam buku yang bertajuk ‘Becoming Hannah’ menyatakan sejelas-jelasnya agenda kristianisasi melalui kedudukan politiknya.

“Saya juga merasakan bahawa politik membawa saya jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakwah. Tetapi, jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang. Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuatkan ianya berlaku melalui jawatan politik saya.”

Kenyataan ini bukan lagi sekadar memberi pandangan seperti yang di pertahankan oleh pemimpin DAP. Ianya sangat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana Hannah Yeoh secara terang-terangan telah melakukan kesalahan dengan menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam.

Kenapa Hannah Yeoh patut ditahan ? 

Dr Kamarul menjelaskan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988) yang menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu”.

Dalam pada itu, Hannah turut menyatakan dalam bukunya, “Di sini saya ingin bercakap secara khusus kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut, di mana saja kamu berada sekarang, untuk tidak lupa misi yang telah dilatih dan dilengkapi dan pulang untuk berkhidmat… Kami ingin menggalakkan kawan-kawan Felo Kristian Seberang Laut untuk pulang. Terdapat banyak kerja perlu dibuat untuk membina semula negara yang indah ini. Seperti Nehemiah mengawasi pembinaan semula tembok-tembok Jerusalem, setiap orang perlu terlibat, bekerja.”

Dalam kenyataan ini jelas menyebut satu bentuk ajakan untuk menyebarkan ajaran kristian di Malaysia. Ancaman terhadap akidah umat Islam benar-benar berlaku dan ia bukan khayalan lagi. 

Jika kita merujuk kepada perlembagaan, Artikel 3 dengan jelas menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dalam negara ini. Islam merupakan agama yang dianuti majoriti rakyat dalam negara Malaysia, dalam pada itu hak-hak agama lain diberikan dengan sewajarnya. Agama lain boleh diamalkan dengan harmoni tetapi dalam perlembagaan Malaysia jelas  menyatakan bahawa penganut agama lain tidak boleh berdakwah kepada umat Islam.

Dalam hal ini Hannah mungkin boleh didakwa di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama.

Diatas sebab itulah Dr. Kamarul telah membuat laporan polis terhadapnya dan selepas itu bermulalah serangan jijik pemimpin DAP terhadap Dr Kamarul. Mereka mula memainkan sentimen mempertikai keilmuan Dr. Kamarul dengan memperlecehkan universiti tempatan, mempertikai kelayakan akademi Dr Kamarul dan melabelkannya sebagai seorang ekstremis. Hannah tanpa ada usaha menjawab  dakwaan Dr Kamarul namun cuba untuk menutup kesilapannya membuat laporan polis kononnya dia di fitnah.

Kita tunggu dan lihat bagaimana mereka hendak bersilat  lidah dan menari-nari jari bagi mempertahankan kesilapan yang telah pun berlaku. 

Apa yang penulis boleh katakan kepada Hannah Yeoh dan pemimpin DAP, keyakinan mereka yang terlalu tinggi terhadap sokongan rakyat telah membuat mereka mengorek lubang perang mereka sendiri, cuma yang pasti kita tak tahu siapa yang akan terjun dulu. 












No comments:

Post a Comment