Monday, April 10, 2017

KIT SIANG PETUALANG NEGARA, BUKAN PATRIOT !



Sejak Lim Kit Siang berkawan baik dengan Tun Mahathir, dia punya kegilaan kononnya terhadap kempen "Selamatkan Malaysia" menjadikan dia lebih kurang nyanyuk semacam Tun juga.

Mengelar dirinya dan Tun Mahathir sebagai seorang "PATRIOT"  sudah cukup meloyakan anak tekak, nak menyebut pun boleh termuntah. Dia tahukah maksud patriot tu ? Patriot itu bermaksud seorang yang sanggup mempertahankan tanah air, padahal Kit Siang kerjanya siang malam, pagi petang meruntuhkan kerajaan. 

Elok Kit Siang cerminkan diri tu sikit sebelum nak mengaku sebagai seorang patriot. Jika diperatikan dari sejarah politiknya bukan sahaja tidak layak dengan perkataan itu bahkan sebaliknya dia lebih wajar disebut pengkhianat kepada rakyat dan negara Malaysia. 

Dalam DAP dia sendiri pun dianggap sebagai seorang yang Ditaktor yang masih gila nak berkuasa, ada hati nak mengaku seorang patriot. Betullah apa yang telah diperkatakan oleh bekas Naib presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, politik Kit Siang hanyalah untuk menyelamatkan anaknya Lim Guan Eng dan bukannya nak menyelamatkan Malaysia. Samalah macam kawan baik dia tu, Tun Mahathir, dua kali lima.

Jika diperhatikan ciri-ciri dan latarbelakang sejarah politiknya, Kit Siang ini lebih sesuai disamakan dengan komunis. Dengan sikap ditaktornya, menyingkirkan pemimpin yang ada potensi mengantikannya, sabotaj ekonomi negara, anti Islam, rasis dan peranan besarnya dalam tragedi 13 Mei 1969 memang sesuai sangatlah digelar tokoh yang ada jiwa komunis. 

Lagaknya dalam parlimen semasa RUU 355 dibentang pada minggu lepas pun sudah cukup menunjukkan dia anti Islam. Tiba-tiba ingin membentuk imej baru sebagai seorang patriot, memang cukup aneh. Apa dia ingat rakyat Malaysia mudah di gula-gulakan dengan label dan gelaran ? Bukan orang tak tahu yang dia sedang mencuba untuk meyelamatkan anaknya dari dakwaan rasuah. 





No comments:

Post a Comment