“Saya bersetuju adalah sangat sukar untuk menyingkirkan UMNO dan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) dari Putrajaya.
“Ini terutama apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) seorang muslim kekal sebagai Perdana Menteri jauh lebih penting berbanding isu lain dalam Malaysia,”
DAP tidak habis-habis dengan sikap anti-Islamnya. Macam-macam cara mereka menunjukan sikap mereka yang jelas anti Islam walaupun mereka tidak menafikannya.
Antara contohnya mereka pernah berkata, jika mereka menguasai negara, parti yang berteraskan agama dan kebangsaan akan di hapuskan, dengan kata lain UMNO dan PAS akan diharamkan. Selain itu salah seorang MP pernah berkata Pusat Pengajian Pondok tempat tumbuh suburnya benih pengganas.
Mereka juga pernah mencuba menghapuskan tulisan jawi di papan tanda jalan. Tulisan jawi merupakan antara satu-satunya medium umat Islam belajar agama Islam.
Mereka juga pernah mempertikai jumlah peruntukan yang kerajaan UMNO/BN peruntukan kepada Masjid dan surau di seluruh Malaysia. Bahkan mahu agama lain pun disama tarafkan dengan Islam di Malaysia dan peruntukan yang diberikan kepada masjid juga perlu sama dengan peruntukan kepada kuil dan tokong.
Dan banyak lagi perkara yang jelas menunjukkan mereka anti Islam. Jelas sekali jika mereka berjaya memerintah Malaysia PAS dan UMNO antara parti yang akan diharamkan oleh mereka.
Lim Kit Siang juga berkata, jika pakatan dalam pembangkang kuat berpendirian Islam dalam politik, UMNO sukar ditumbangkan. Ini jelas menunjukkan DAP mahu orang Islam dalam pembangkang jangan mengamalkan ajaran Islam dalam politik.
Politik bagi mereka perlu dipisahkan daripada Islam. Islam sebagai cara hidup tidak boleh diamalkan dalam politik. Lawan politik perlu diserang tanpa memikir dosa dan pahala. Saudara atau pun sahabat handai.
Apa lagi yang nak dibuktikan lagi ? Segala-galanya terserlah kebusukan hati mereka terhadap agama Islam. Apa kah pengundi Islam yang anti UMNO fikirkan lagi ? Adakah anda sanggup gadaikan agama hanya kerana dendam kesumat anda kepada UMNO?
Sedarlah selama ini UMNO lah yang kuat mempertahankan Islam. Kuatnya Islam di Malaysia kerana kuatnya Melayu yang menyokong UMNO. Itu jelas dan juga diakui oleh PAS sendiri.
No comments:
Post a Comment