Tuesday, February 14, 2017

BENTONG BAKAL JADI BANDAR SETELIT BARU



Sudah beberapa kali admin pergi ke Kelantan melalui Pekan Bentong. Semakin hari semakin bersih dan menarik pekan Bentong. Banyak sudah perubahan-perubahan yang berlaku di Bentong. 

Daerah Bentong sememangnya tidak jauh dengan Kuala Lumpur. Limpahan kemajuan di Kuala Lumpur sedikit sebanyak sampai juga ke Bentong. Jadi tidak hairanlah jika Bentong bakal melalui fasa tranformasi untuk menjadi sebuah bandar setelit baharu yang moden.

Kenyataan ini juga dikongsi bersama ahli Parlimen Bentong, Datuk  Seri Liow Tiong Lai yang mana pada pendapat beliau kelebihan Bentong adalah terletak berhampiran ibu negara, oleh itu segala usaha kerajaan akan memungkinkan hasrat merealisasikan Bandar Bentong sebagai bandar satelit menjadi kenyataan. 

Kepelbagaian yang tersendiri bandar Bentong antara ciri-ciri istimewa yang menjadikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan berusaha untuk memajukan Bentong menjadi bandar satelit kepada Kuala Lumpur.

Liow ketika berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina di Dataran Bentong menyatakan terima kasihnya kepada Perdana Menteri yang memberi sokongan dalam melaksanakan impian penduduk Bentong bagi membina landasan kereta api yang akan menghubungkan Bentong - Kuantan dan Kuala Lumpur. Katanya : - 

“Dengan ada­nya sokongan Per­­dana Mente­ri, kita dapat laksanakan impian untuk membina landasan kereta api yang menghubungkan Bentong ke Kuantan dan juga Kuala Lumpur sekali gus melonjakkan kemajuan Ben­tong,” 


Majlis anju­ran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerja­sa­ma kerajaan negeri itu diserikan dengan keha­diran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Yang hadir sama, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.


Liow menambah kedudukan Bentong yang strategik , tanah yang subur dan alam semulajadi yang kekal terpelihara dengan kehidupan masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni, aman dan saling menghormati menjadikan  daerah Bentong amat sesuai didiami dan menjadi contoh kepada bandar-bandar lain. 

Dibawah kepimpinan Perdana Menteri, negara telah berjaya menghadapi pelbagai cabaran dan seterusnya memacu pembangunan ekonomi negara. 


Negara dalam proses tranformasi yang bakal menarik sekali anak-anak muda bersama dalam memacu idea Transformasi Nasional (2050) TN50. Sudah tentu tenaga dan idea anak muda akan digarap bersama dalam merealisasikan visi 30 tahun negara. 


No comments:

Post a Comment