Monday, January 30, 2017

PENGIKUT TUN DISERANG HISTERIA BERKENAAN ISU BMF



Mat-mat bunga membuat cubaan  untuk kaitkan skandal BMF dengan Najib, kononnya ketika itu Najib adalah Timbalan Menteri Kewangan sebagainyalah.

Namun apabila diminta didedahkan kebenaran kaitan ini, mereka tidak berani.....kerana pusing macam-mana pun akan tetap terpalit kepada Idola Keramat mereka.

Sedangkan mereka tidak mampu nak kaitkan sediikit pun skandal BMF dengan Najib sebagaimana cubaan mereka memanipulasi isu 1MDB tidak pernah berjaya sehingga hari ini. Kenapa tidak berjaya ? Kerana mereka PEMBOHONG.

Jika mereka berani cubalah dedahkan, kalau beranilah. 

Saturday, January 28, 2017

DAP SAYANG PAS -



Selepas seminggu Lim Kit Siang menyatakan kesedia­an DAP untuk memulihkan kembali hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini Presiden Pas itu membuka mulut dengan menegaskan Pas sudah menutup pintu untuk berbaik semula dengan DAP.


Malah, tegas Abdul Hadi, Kit Siang yang merupakan Penasihat DAP sebelum ini kerap kali berdolak-dalik mengeluarkan kenyataan berhubung kerjasama antara parti berkenaan.
Beliau menjelaskan, Pas tidak dapat menerima kembali DAP atas beberapa alasan termasuk parti itu terbukti menentang pelaksanaan undang-undang Islam khususnya berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) 355 dibentangkan oleh Pas.

Selain itu, kata Abdul Hadi, DAP juga didapati telah gagal menangani pelbagai masalah rakyat sejak memerintah Pulau Pinang sehingga sekarang.

“Banyak kali dah nak berbaik, keluar pun acap kali dah. Dia (Kit Siang) tak ada bukti yang dia terima secara prerogatif, dia masih menentang negara Islam termasuk RUU 355 pun dia tak setuju. Itu perkara yang berkait dengan prinsip.

“(Malah) sikap dia terhadap rakyat Pulau Pinang juga ter­bukti, masalah di Pulau Pinang dia tak selesai. Antaranya ma­salah rakyat, masalah nelayan, kita beri dia (DAP) perintah satu penggal, masalah rakyat (Pulau Pinang) tak boleh selesai de­ngan baik,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parli­men Marang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang menyatakan perkara itu ketika ditemui pemberita sejurus selesai me­ngadakan kuliah Jumaat di Masjid Rusila dekat sini hari ini.
Presiden Pas itu diminta re­ak­si berhubung pelawaan daripada Kit Siang untuk bekerja­sama semula dengan alasan sebagai komitmen untuk menyelamatkan Malaysia.

Sebelum itu, DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi berikutan ketegasan Pas ingin melaksanakan hudud di Kelantan sambil menuduh Pre­siden Pas itu sebagai pemimpin yang tidak jujur dan tidak bermaruah.

Abdul Hadi seterusnya me­ngakui Kit Siang mempunyai agenda tertentu berhubung pe­lawaannya mengadakan kerja­sama sekali lagi dengan Pas iaitu semata-mata untuk menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kita tak terima dan tolak (pelawaan DAP bekerjasama dengan Pas). Dia tak tunjuk tan­da-tanda prerogatif, sekadar nak menang pilihan raya. Kita bukan nak menang pilihan raya tapi kita nak buat perubahan.

“Memang (DAP) ada agenda, kita pun ada agenda. Kalau ada agenda yang bercanggah (antara Pas dan DAP), tak bolehlah (be­kerjasama),” jelas beliau.

Ditanya mengenai gesaan Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad agar pakatan pembangkang menolak Pas, Abdul Hadi menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai tidak konsisten.

“Sudah berapa kali Tun M keluar masuk UMNO, masuk selepas itu keluar balik, (beliau) tak konsisten,” bidasnya.

Friday, January 27, 2017

SIAPA PEMILIK KERUSI PRESIDEN FAM ?




Kemelut perebutan kerusi Presiden FAM semakin panas. Masing-masing mempunyai visi dan misi bagi meningkatkan mutu bolasepak negara. Walaupun ramai peminat memberi reaksi positif, namun bagi sesetengah orang lama dalam arena bolasepak tanahair mereka melihat suasana ini bukanlah satu suasana yang diinginkan.

Arena bolasepak negera bakal melihat empat tokoh mengisi kerusi Presiden FAM. FAM telah menerima empat pencalonan bagi jawatan presiden diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa serta Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau tidak cenderung kepada mana-mana individu yang telah dicalonkan untuk jawatan itu kerana yang penting baginya adalah masa depan bola sepak negara.

Menurut beliau, dia tidak pilih samada calon A atau B, "saya tidak favour mana-mana calon. Yang penting, FAM kena buat perubahan drastik, boleh bawa bola sepak kita ke tahap yang tidak memalukan seperti pada masa ini
.
“Seluruh rakyat Malaysia malu dengan ranking skuad kebangsaan di tempat ke-168 dunia, lebih teruk daripada Bhutan. Kita mahu Presiden FAM nanti boleh membawa kita keluar daripada aib ini, tegas beliau lagi. 

Lain pula dengan tokoh bola sepak negara Datuk Peter Velappan, beliau menyifatkan tiada seorang pun daripada individu yang mendapat pencalonan bagi merebut kerusi No. 1 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) layak untuk bertanding.

Beliau yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berkata, FAM sepatutnya ditadbir golongan yang bukan terdiri daripada ahli politik dan kerabat diraja, selain turut mempersoalkan apakah tujuan mereka untuk memimpin badan induk tersebut. Bagi beliau, FAM ini perlu berubah dan mahukan golongan profesional yang faham tentang bolasepak berada di kerusi tersebut. 

Semalam, Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan jelas bahawa beliau tidak akan bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mahu mengisi kekosongan kerusi No. 1 badan induk negara itu. 

Manakala Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pula berkata beliau akan menarik diri sekiranya Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan untuk mengisi kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan beliau yakin dua lagi yang dicalonkan untuk jawatan itu akan turut berbuat demikian.

Katanya, matlamat utama mencari presiden baharu bukan untuk memenuhi kepentingan peribadi sebaliknya mencari siapa yang mampu menyatukan semua pihak dan memajukan sukan bola sepak negara, dan beliau melihat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail adalah calon paling tepat untuk melakukannya.

Nampak gayanya ramai yakin dengan kebolehan dan kemampuan Tunku Mahkota Johor. Mungkin keyakinan ini berasaskan kejayaan beliau menguruskan pasukan JDT sehingga menjadi satu pasukan bolasepak yang di geruni di dalam negara dan Asia. 

Sama-sama kita nantikan siapa yang bakal menduduki kerusi no 1 bolasepak negara.  

dari Page : Malaysia Menjerit


DAP AGEN PERPECAHAN KEPADA PERPADUAN NEGARA



Apa manfaat dari kejayaan DAP menguasai kerajaan di negeri Pulau Pinang dan Selangor kepada rakyat? Tidak ada satu pun usaha mereka membantu rakyat melainkan mereka menambah beban kepada rakyat dengan menaikan cukai-cukai tertentu dan merobohkan kampung-kampung tradisi. 
Perkara seperti ini tidak pernah berlaku ketika BN menguasai kerajaan negeri di sana. 

Masyarakat Cina tidak mendapat apa-apa manfaat pun dari mengundi DAP. Malahan Pemimpin DAP mengunakan undi yang diberi oleh kaum Cina untuk kepentingan politik mereka sendiri. 

Apa manfaat yang masyarakat Cina dapat dengan memberi 37 kerusi kepada DAP ? Mereka bahkan telah menyusahkan negara memburuk-burukan Malaysia di luar negara yang mana akan memberi impak kepada ekonomi negara. 

Tidakkan mereka yang memburukkan negara di luar negara hanya akan menakutkan pelabur untuk melabur dalam negara. Tidakkan tindakan bodoh mereka itu akan memberi impak negatif kepada ekonomi ? Tidakkan kebanyakan ia juga akan menjejaskan ekonomi masyarakat Cina yang terdiri daripada peniaga-peniaga yang berjaya dalam negara ?

Inilah yang Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mahukan kaum Cina fikirkan. Menurut beliau parti pembangkang itu hanya pandai membuat dakwaan yang tidak berasas, fitnah dan mengelirukan rakyat kepada kerajaan. "Meraka hanya pandai mengkritik Barisan Nasional dan MCA".

Beliau memberi contoh bagaimana DAP menggunakan isu lawatan kerja Perdana Menteri ke China dengan mmebawa cerita karut akan nasib buruk menimpa negara hasil daripada pelaburan besar negara China di Malaysia. 

Mereka menuduh MCA sebagai agen China dan menakut-nakutkan rakyat akan kerugian negara dengan kedatangan pelabur China ke Malaysia. Padahal  pemimpin mereka Lim Guan Eng pun pernah pergi ke China bersama-sama exco kerajaan negerinya.

Guan Eng pernah diminta media untuk menjelaskan isu rombongan mereka ke China, dia cuma berkata, ia ‘urusan rasmi antara kerajaan dengan kerajaan’ yang membabitkan beberapa exco.

“ Ia adalah urusan rasmi antara kerajaan dengan kerajaan yang mana mesyuarat itu dianjurkan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang. Perbelanjaan (untuk ahli exco ) dibayar oleh kerajaan negeri.
“Kita semua dijemput untuk menghadiri persidangan antarabangsa yang diadakan di China. Lain-lain, tidak perlu saya beri komen,” katanya kepada media hari ini.

Itulah ucapan si manusia hipokit Guan Eng. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka mengelupur bagaikan cacing kepanasan. 

Mereka sering mendabik dada kononnya mereka (DAP) parti yang bersih dari korupsi, tetapi apabila pemimpin mereka didakwa pecah amanah dan rasuah, mereka membela dan mempertahankan pemimpin kotor mereka. 

Inilah sikap  double standard yang mereka kenakan terhadap lawan mereka. Kaum Cina perlu membuka mata dan melihat kebaikan Barisan Nasional yang telah berjasa kepada rakyat. 



Thursday, January 26, 2017

ELVIS PRESLEY DISEBALIK KEJAYAANNYA



SIFAT RENDAH DIRI, RAMAH TAMAH, MENGHORMATI WANITA DAN MELAYAN ORANG SUSAH SEBAGAI SAHABAT merupakan ciri-ciri diri seorang ikon muzik Rock and Roll terkenal dunia Elvis Presley.

Walaupun empat dekat dia telah meninggalkan dunia, sikapnya yang begitu istimewa menjadikan dirinya ikon yang dikenang sepanjang zaman. 

Seorang yang pemalu, Elvis dilahirkan bersama pasangan kembarnya dalam keluarga yang susah. Ayahnya, Vernon pernah dipenjara kerana menipu wang bernilai $4 di tanah kelahiran Elvis, Tupelo, Amerika Syarikat. Manakala kembarnya meninggal dunia ketika dilahirkan, menjadikan Elvis satu-satunya anak yang paling dekat dan dicintai ibunya, Gladys Love. 

Dibawah admin berkongsi beberapa info berkenaan kehidupan Elvis Presley :

► Elvis Presley merupakan ikon muzik dan budaya pop kelahiran Tupelo, Mississippi pada tahun 1935 ini kekal sebagai penyanyi paling terkenal di dunia. 

► 13 tahun kemudian, dia berpindah le Memphis dan mula dikenali sebagai penyanyi tempatan dengan mengelar dirinya The Hillbilly Cat. 

► Pada 1955, menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman RCA dan era rock and roll Elvis Presley mula menakluk dunia dan diberi jolokan "Elvis The Pelvis" kerana terkenal dengan goyangan rancak di pentas. 

► Kolenel Tom Parker adalah pengurus peribadi untuk sepanjang hayat Elvis. Dia juga bertanggungjawab mengawal ketat karier bintang filem ini.

► 18 buah lagunya berada di nombor satu Billbord dengan lagu pertama Heartbreak Hotel pada 1956 dan terakhir Suspicious Minds 1969.

► Elvis adalah salah satu dari seniman yang namanya tercatat di Country Hall of Fame dan The Rock And Roll Hall of Fame. 

► Elvid membeli mansion du Graceland pada 1957 dengan harga $102,000. Rumah besar ini memiliki 23 kamar dan dikeilingi olh tanah 13 hektar. Ia merupakan rumah kedua paling banyak dikunjungi di Amerika setelah White House. 

► Elvis sangat dikagumi oleh golongan raja dan pemimpin. Dia sering diajak untuk membuat persembahan dalam istana di seluruh dunia, selain kediaman rasmi Presiden. 

► Perkahwinan dengan Priscilla Presley pada 1 April 1967 memberinya cahaya mata Lisa Marie Presley yang kemudiannya berkahwin dengan Raja Pop dunia Michael Jackson. 

► Perkahwinannya menemui kegagalan apabila Elvis terlalu sibuk dengan kerjayanya serta mempunyai skandal dengan wanita lain. Kerana sering kesepian dan selalu ditinggalkan Priscilla menagih cinta dengan lelaki lain, iaitu jurulatih karatenya sendiri. 

Wednesday, January 25, 2017

MISI PENCARIAN TERAKHIR MH370




Bolehkah MH370 ditemui ? Itulah antara persoalan yang menjadi mainan dalam minda setiap peduduk dunia. Namun bagi Paul Kennedy, orang yang bertanggungjawab mengetuai pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370  percaya pesawat itu boleh dan akan ditemui. Menurut beliau dia akan dengan segera melancarkan operasi baru menjelajah ke kawasan baru yang pada anggapannya "Besar kemungkinan" untuk menemui pesawat misteri tersebut. 

MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 orang termasuk anak kapal. Transponder radar kemudiannya dimatikan dan komunikasi radio terpotong selepas 40 minit penerbangan. Radar utama secara automatik mengesan pesawat tersebut berpatah balik ke Malaysia kemudiannya menuju ke Laut Andaman dan seterusnya menuju ke selatan. 

Walaupun Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menyiasat  pesawat yang hilang kerana ia telah didaftarkan di Malaysia, namun Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengetuai pencarian di dasar laut dengan kos yang dikongsi antara tiga kerajaan Malaysia, China dan Australia.

Isnin lepas, Komisioner Biro Ke­selamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Greg Hood berkata ia adalah "kemungkinan besar" bangkai pesawat yang hilang itu berada di kawasan 25,000sq km yang baru dikenal pasti sejak bulan lepas oleh panel pakar antarabangsa. 

Menurut laporan Hood lagi, terdapat kemungkinan besar bahawa kawasan yang diperhalusi oleh pakar antarabangsa merupakan lokasi di mana pesawat itu bersemadi, namun ia bukanlah satu tempat yang boleh disahkan kesahihannya. Apa pun sebarang keputusan akan ditentukan oleh kerajaan. 

Bulan lalu, ATSB melaporkan pesawat yang malang itu ber­ada sekitar kawasan 25,000 kaki persegi ke utara zon pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Julai lalu, Malaysia, Australia dan China bersetuju menangguhkan pencarian pesawat ber­kenaan sekiranya ia tidak ditemui atau tiada bukti baharu yang dapat menentukan lokasi sebenar MH370.


Dalam pada itu Menteri Pengangkutan, Datuk Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, satu pasukan khas tindak balas yang akan diketuai Jabatan Awam (DCA) akan ditubuhkan bagi mengendalikan semua perkara berkaitan MH370 selepas misi pencarian pesawat tersebut digantung. 

Menurutnya lagi segala maklumat termasuk penemuan serpihan pesawat akan diteliti oleh pasukan berkenaan dibantu dengan komitmen berterusan daripada Australia dan China. 

Malaysia akan terus berpegang dengan setiap maklumat yang telah diperolehi agar membawa kepada bukti yang lebih jelas dan dipercayai. Maklumat ini sangat penting bagi mendapat petunjuk yang lebih tepat di mana lokasi sebenar bangkai pesawat tersebut. 

“Apa yang penting semua keputusan berkaitan MH370 sudah dilakukan dan akan sentiasa berada dalam semangat kerjasama tiga negara berkenaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Facebook (FB) milik beliau dari Perth, Australia, semalam.


Kenyataan itu dikeluarkan Liow sempena majlis menyambut ketibaan kapal terbabit misi pencarian MH370, Furgo Equator di Kompleks Marin Australia di Pelabuhan Henderson, Perth, Australia.



Mohammad Firdaus Hasnel 
Pemuda Selempang Merah

HORMATI ADAT BUDAYA TEMPATAN



Entah apa punya kegilaan manusia zaman moden ini, semakin tinggi pelajaran semakin terkebelakang pemikiran mereka. Nilai tamadun manusia semakin terhakis - malangnya perkara seperti ini berulang lagi.

Insiden kes kem motivasi bogel pada awal tahun ini sekali menggemparkan negara. 39 peserta motivasi di sebuah resot di sini yang dilapor berbogel di kawasan padang permainan semasa menyertai satu jenis permainan ‘All Out’ pada Sabtu lalu. Sebelum ini, pada Mac tahun lepas kejadian yang hampir sama pernah berlaku di  Teluk Bahang apabila sekumpulan pelawat yang meminta untuk tidak berpakaian ketika mengadakan aktiviti di pantai Teluk Kampi, Pulau Pinang. 

Ahli Parlimen Bentong yang juga Presiden MCA kecewa kejadian ini  berlaku dalam kawasan parlimennya. Menurut Liow, penduduk tempatan amat mengalu-alukan kedatangan pelancong ke kawasan mereka, namun mereka perlulah memahami budaya dan sensitiviti rakyat tempatan. Kelakuan seperti ini (bogel) bukan sahaja tidak diterima disini bahkan diseluruh negara. 

Beliau mahu tindakan segera daripada pihak polis, ini budaya yang tidak sihat, kelakuan seperti ini tidak boleh dibiarkan. Negara kita berbilang kaum, agama, adat dan budaya. Apatah lagi kita ini negara Asia yang kuat dengan adat ketimuran. Jangan kita terikut-ikut dengan budaya "KUNING" amalan masyarakat barat. 

Supritenden Mohamad Mansor Mohamad Nor, Ketua Polis Daerah Bentong telah mengesahkan kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya minggu ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan daerah tersebut, perbuatan tak senonoh penganjur kem motivasi tersebut memang diluar pengetahuan mereka. Pegawai Daerah, Datuk Azhar Arshad menyatakan, sepatutnya pengajur perlu memahami senstitivit masyarakat negara ini, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

Pada pendapat admin, sememangnya kita tidak perlu nak menyediakan garis panduan yang berjela-jela kepada penganjur, kerana kita semua sedia maklum negara ini negara Islam dan budaya adat ketimuran menjadi amalan seharian rakyat negara ini. 

Sememangnya penganjur mencari masalah. 




AZMIN JANGAN MAIN WAYANG



Kerajaan PKR Selangor yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus didesak supaya tidak lagi bermain wayang berhubung isu lambakan premis mesin judi di negeri itu, sebaliknya mesti mengambil tindakan tegas menanganinya.

Desakan itu disuarakan oleh Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh yang kecewa apabila isu berkaitan premis mesin judi di Selangor khususnya Ampang tidak berkesudahan meskipun pelbagai laporan telah dibuat pertubuhan itu selama ini.

Kata Hamdan, bukan hanya pertubuhan bukan ke­rajaan, tetapi masyarakat setempat juga sudah muak dengan per­masalahan yang tiada penghujungnya itu.

“Jadi, kami mendesak Kerajaan PKR Selangor tampil dengan tindakan tegas iaitu membekukan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga dan lesen sedia ada. Basmi perkara ini habis-habisan, jangan hanya main wayang.

“Kami sudah muak dengan masalah ini. Apa peranan Mohamed Azmin dalam isu ini? Kenapa seolah-olah tiada tindakan daripada kerajaan negeri? Adakah perkara ini mempunyai kaitan dengan pihak dalaman,” soalnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo di Taman Kosas, Ampang dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut Hamdan ber­kata, Mohamed Azmin seolah-olah tidak peka dengan per­masalahan tersebut yang akhir­nya akan memberi kesan buruk kepada masyarakat setempat khususnya anak-anak muda.

“Beliau tidak peka. Ini bukan­nya isu politik tetapi membabitkan rakyat di Selangor,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Ismail pula kecewa apabila isu tersebut yang telah beberapa tahun disuarakan oleh penduduk di sekitar Ampang dipandang endah tidak endah oleh kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri, pihak ber­kuasa tempatan perlu siasat per­kara ini. Jangan sampai premis-premis judi yang menjadi parasit dalam kalangan masyarakat merosakkan penduduk di Selangor,” ujar beliau.

Tuesday, January 24, 2017

KTMB TAWAR DISKUAN 50% KEPADA PESARA KERAJAAN, ATM



KTMB menawarkan 50% diskaun untuk pesara kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpencen serta isteri mereka bagi semua perkhidmatan ETS dan Intercity kecuali bagi perkhidmatan shuttle Tebrau JB Sentral-Woodslands-JB Sentral sejak 15 Jan 2017.
Tiket ini boleh dibeli di kaunter tiket KTMB dengan menunjukkan salinan asal kad pesara daripada Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia dengan kad pengenalan.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau laman sesawang www.ktmb.com.my.

PAS TOLAK CINTA DAP



Pas memberi isyarat bahawa parti itu menolak salam perdamaian yang dihulurkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memandangkan pengkhianatan yang dilakukan oleh parti itu masih berbekas.

Mohd Khairuddin Aman Razali
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, selain itu agenda anti-Islam yang sinonim dengan DAP juga tidak dapat diterima oleh Pas kerana ia merosakkan kerangka negara ini.

“Kit Siang tidak perlu bermadah dengan kata-kata untuk menyelamatkan Malaysia. Pengkhianatan DAP terhadap Pas ketika di dalam pakatan sudah cukup sebagai isyarat bahawa DAP bukan rakan politik yang baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Penasihat DAP itu berkata, dia sanggup bekerjasama sekali lagi dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika Abdul Hadi bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia.

Sebelum ini, DAP mengambil keputusan memutuskan hubu­ngan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan Pas yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan dan pada masa sama DAP menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur.

Menurut Mohd. Khairuddin, DAP boleh mengajak mana-mana parti lain yang boleh berkompromi dengan dasar sosialis dan pragmatik parti itu khususnya PAN yang setia kepada DAP untuk menjalinkan kerjasama.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, Pas bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti dengan syarat agenda utama parti itu mesti konsisten dengan perjuangan Islam yang menjadi keutamaan Pas.

“Pas konsisten dengan agenda Islam, parti yang ingin bersama dengan Pas mesti mengikut syarat ini. Pas tiada masalah kalau syarat ini dipersetujui,” jelasnya.

Sunday, January 22, 2017

SPAD HARAP E-PANGGILAN UBER GRABCAR DILULUSKAN






Konflik Grabcar / Uber dengan pemandu teksi bagaikan tidak pernah berakhir. Bila-bila masa sahaja boleh mencetuskan "perang dunia ketiga". 

Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan melalui SPAD bagi menangani Grab dan Uber ini. Namun rakyat masih lagi memberi sokongan dengan memilih perkhidmatan ini. Bahkan perkhidmatan ini digunakan juga oleh pelancong asing. 

Kerajaan tidak boleh menolak kehendak rakyat yang mahukan perkhidmatan yang terbaik. Lagipun sudah bermacam-macam karenah pemandu teksi yang membuatkan rakyat meluat untuk mengunakan perkhidmatan mereka. 

Oleh itu, mahu tak mahu kerajaan perlu merangka atau meminda satu undang-undang khusus berkenaan perkhidmatan awam ini. 

Pada Jun 2016 lepas, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu  cadangan iaiitu Program Transformasi Industri Teksinya antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan Grab serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.

Ianya bertujuan membenarkan dari segi undang-undang pola permintaan yang dipacu teknologi bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grab, di samping menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi sedia ada agar mereka mempunyai peluang secara adil untuk terus berdaya saing,

Oleh itu pada tahun ini SPAD berharap pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat yang berkaitan perkhidmatan e-panggilan Grabcar dan Uber berjaya dibentangkan dan diluluskan dalam Dewan Rakyat.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar berharap pindaan akta itu diluluskan dengan segera agar dapat memastikan penyedia perkhidmatan sistem e-panggilan mematuhi segala undang-undang sama seperti yang dilalui oleh pemandu teksi.

Pindaan terhadap akta tersebut dikatakan bakal dibentangkan pad sidang Dewan Rakyat sesi Mac atau April depan. 

Walaupun Kabinet mengambarkan memberi persetujuan agar perkhidmatan e-panggilan diguna pakai, namun sehingga kini undang-undang itu belum lagi wujud. Bahkan akta berkenaan masih lagi dalam proses penelitian praperundangan oleh Jabatab Peguam Negara. e-panggilan ini nanti bila di pinda dan di luluskan perlu beroperasi mengikut kepada peruntukan serta selian undang-undang yang sedai ada. 



Kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan ini , mereka akan tertakluk kepada syarat-syarat agar kualiti perkhidmatan yang diberikan serta keselamatan pengguna lebih terjamin sepertimana yang telah dikenakan juga kepada pemandu-pemandu teksi. 

"Dengan itu syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan e-panggilan wajib diperbadankan di Malaysia, dan semua pemandu e-panggilan mesti mempunyai Kad Pemandu yang dikeluarkan oleh SPAD, kenderaan digunapakai hendaklah menjalani pemeriksaan berkala dan syarikat perlu menyediakan insurans yang melindungi pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga



DONALD BUAT GILA LAGI



Bilionair terkemuka, Donald Trump yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 semalam mengumumkan beberapa langkah drastik yang mengejutkan dalam usahanya membina ‘jenama’ sendiri di mata dunia.

Berpaksikan kepada slogan America First (Utamakan Amerika), beberapa aspirasi Barack Obama turut menjadi ‘mangsa’ antaranya Obamacare iaitu program penjagaan kesihatan yang diperkenalkan pada tahun 2010.

Antara kejutan Trump yang terkenal dengan ayat You are fired menerusi rancangan realiti The Apprentice, beliau bertindak memecat semua duta AS lantikan Barack Obama di seluruh dunia tanpa menyenaraikan calon bagi menggantikan kekosongan tersebut.

Lapor The Independent, sekurang-kurangnya 80 duta AS bagi negara dunia dan pelbagai agensi serta duta yang dilantik untuk isu-isu khusus seperti wanita, dipecat daripada jawatan masing-masing.

Tindakan itu kini menyaksikan kebanyakan negara di dunia tidak mempunyai duta yang disahkan oleh Dewan Senat AS dalam beberapa bulan akan datang sekali gus memutuskan hubungan langsung dengan Presiden AS terma­suk di negara-negara yang mempunyai hubungan sensitif.

Negara-negara yang tidak mempunyai duta termasuk Jerman, UK dan Kanada dan juga sekutu penting selain China, India, Jepun dan Arab Saudi.

Setakat ini, hanya beberapa pelantikan yang dilakukan Trump seperti pelantikan Gabenor South Carolina Nikki Hayley sebagai duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengantikan Samantha Power, Peguam David Friedman sebagai duta ke Israel dan Gabenor Iowa, Terry Branstad ke China.

Sementara itu, Trump pada hari pertama pentadbirannya tidak menunggu lama melaksanakan janji semasa kempen pilihan raya beliau apabila menandatangani perintah eksekutif dengan me­ngarahkan agensi-agensi kerajaan supaya membekukan peraturan selain mengambil langkah melemahkan Obamacare.

Sejurus memasuki Pejabat Oval, Trump menandatangani satu perintah berhubung Akta Penjaga­an Mampu Bayar de­ngan menggesa jabatan-jabatan kerajaan supaya mengetepikan, menangguhkan, mengecualikan atau menangguhkan pelaksanaan peruntukan yang mendatangkan beban kewangan ke atas negeri, syarikat atau individu termasuk mengenakan penalti kepada yang tidak mempunyai insurans.

Beliau juga meminta supaya lebih usaha dilaksanakan untuk memberikan kelonggaran kepada negeri-negeri di negara ini untuk melaksanakan program penjagaan kesihatan.
Tidak cukup dengan rancangan untuk memansuhkan Obama­care, Trump turut komited untuk menghapuskan Pelan Tindakan Iklim dan pelbagai inisiatif alam sekitar lain yang digubal semasa pentadbiran Obama.

Menerusi kemaskini laman sesawang White House, Trump komited untuk menghapuskan dasar tidak perlu dan berbahaya Obama seperti Pelan Tindakan Iklim dan peraturan Air AS.
“Penarikan balik sekatan ini, akan banyak membantu pekerja Amerika, menaikkan gaji kepada lebih AS$30 bilion (RM133 bilion) dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Langkah drastik Trump itu dilihat selaras dengan ucapan pertama beliau yang menetapkan setiap keputusan negara itu hanya akan berpandukan wawasan yang meletakkan ‘hanya Amerika di­utamakan’.

“Mulai hari ini dan seterusnya, visi baharu akan mentadbir negara kita. Mulai hari ini dan sete­rusnya, hanya Amerika menjadi keutamaan. Bersama kita jadikan Amerika kembali kuat, kaya, bangga, selamat dan bersama kita akan jadikan Amerika hebat semula.

“Kita tetapkan dua peraturan mudah. Beli produk buatan Amerika dan lantik rakyat Amerika bekerja. Setiap keputusan tentang perdagangan, cukai, imigresen dalam hal ehwal luar akan dibuat bagi melindungi pekerja dan rakyat Amerika,” tegas Trump dalam ucapan sepanjang 1,453 patah perkataan yang merupakan ucapan terpendek sejak Jimmy Carter pada tahun 1977.

Pada masa sama, Trump mele­takkan perang terhadap pengganas sebagai dasar luar utama beliau dan berjanji untuk bekerjasama dengan negara sekutu AS bagi memusnahkan ancaman militan.

Friday, January 20, 2017

HARGA RUMAH NAIK MENGGILA



Rumah mampu milik RM600k ??? Apakah semakin gila pemaju di Malaysia ini. Sukar dipercayai rumah mampu milik pada masa ini terutama di Lembah Klang mencecah RM600k. Memang tidak padan dan tidak mungkin mampu dimiliki walaupun bagi rumah kos rendah. Sebenarnya kepada siapa sasaran pemaju untuk rumah yang sebegitu mahal ? 

Trend harga rumah meningkat mendadak di Lembah Klang terutama Selangor  ni boleh dikatakan bermula awal 2009. Entah kenapa tiba-tiba di Selangor boleh naik mendadak harga rumah mampu milik. Ada rumah ‘single storey’ yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dahulu hanya berharga RM15 ribu. Kini semua ini sudah tidak ada lagi. 

Harga tidak munasabah yang diletakkan pemaju ini rupa-rupanya bukan sahaja bagi kawasan di sekitar Lembah Klang, tetapi sudah merebak ke kawasan-kawasan lain seperti Sungai Buloh, Rawang, Semenyih dan Nilai.

Bagi rumah teres dua tingkat di kawasan Lembah Klang apatah lagi, harganya tidak kurang setengah juta walaupun hanya untuk lot tengah. 

Pangsapuri atau rumah teres setingkat juga sudah memadai asalkan rumah itu bersesuaian dan harganya mampu dimiliki. Tapi malangnya, amat sukar mencari rumah yang berharga sekitar RM200,000-RM300,000 .

Jika kita buat perbandingan, hartanah di bandar raya besar seperti Tokyo atau London memang mahal berbanding di kawasan bandar biasa. Tetapi, penduduk di bandar raya Tokyo dan London menerima gaji dua hingga tiga kali ganda lebih besar daripada penduduk di kawasan luar bandar.

Oleh itu, harga rumah yang mahal dianggap sepadan dengan gaji yang mereka terima.

Sedangkan di Malaysia, penduduk di kawasan bandar raya besar seperti Kuala Lumpur, dan Lembah Klang  menerima gaji yang tidak jauh beza dengan penduduk di tempat-tempat lain tetapi terpaksa menanggung harga rumah yang jauh lebih mahal.

Keadaan ini menjadi cabaran kepada pembeli untuk mengenal pasti rumah mampu milik yang boleh dimiliki terutama untuk pembeli rumah pertama, sedangkan permintaan untuk kediaman terus meningkat. 

Dari tinjuaan Prospek Pasaran Hartanah Asia Pasifik-Malaysia CBRE WTW, jumlah kondominum mewah di Kuala Lumpur mencecah 37,824 buah sehingga penghujung 2016.

Sebanyak 86 peratus daripada jumlah tersebut, berharga antara RM700 hingga RM1000 kaki persegi. Itu belum lagi kondominium kelas atasan yang berharga RM1001 hingga RM1500 kaki persegi. 

Dengan pelbagai beban kenaikan kos sara hidup, rakyat bertambah terhimpit dengan harga rumah yang tidak munasabah. Semoga kerajaan Pusat dapat memikirkan sesuatu untuk kebaikan rakyat yang berpandapatan sederhana dan rendah. 


sumber asal : Page Malaysia Menjerit









CAMERON DICEROBOH LAGI !!!



Penceroboh dan peneroka haram Tanah Cameron Hingland kembali menunjukkan taringnya kembali apabila kembali menjarah tanah yang telah di rampas oleh Majlis Kelsematan Negara (MKN) 2 tahun lalu. Dua tahun lepas MKN merampas kira-kira 2,000 hektar kebun sayur haram di Ca­meron Highlands dari sindiket dan peneroka haram. 

Pada Mei tahun lepas, MKN telah memantau kawasan bekas tanah yang diceroboh melalui satelit. Setiausaha MKN, Datuk Seri Alias Ahmad yang kesal dengan kemusnahan alam sekitar di kawasan bersempadan Cameron Highlands, Pahang itu telah me­ngarahkan siasatan terperinci dilakukan.

Siasatan terkini mendapati daripada 2,000 hektar yang dirampas MKN, lebih 1,000 hektar yang menyamai keluasan 2,500 padang bola sepak telah di­ceroboh semula.

Jelas sekali peneroka haram langsung tidak takut tindakkan undang-undang yang telah dikenakan sebelum ini. 

Ini menimbulkan tanda-tanya besar kepada masyarakat kenapa mereka begitu berani sekali bertindak sedemikian seolah-olah ada "the hidden hand"dibelakang mereka semua ini. 

Pada Disember 2014 yang lalu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin pernah menempatkan anggota komando secara berterusan di Kem Slim Cameron Higlands dalam usaha mengekang aktiviti pencerobohan tanah secara haram di kawasan ini.

Beberapa pemimpin NGO setempat melihat kerakusan pekebun haram menarah kawasan itu sesuka hati  membabitkan tanah kebun yang telah dimusnahkan oleh MKN melalui Ops Gading, bahkan juga ke beberapa kawasan baharu, termasuk milik individu turut diceroboh untuk dijadikan kebun sayur ko­mersial.

Kerajaan melalui agensi MKN perlu bertindak tegas dan tidak boleh membiarkan perkara ini berulang sekali lagi. Ini akan memberi imej buruk kepada Kerajaan terutama MKN dan angkatan tentera. 

Tindakan penceroboh ini seolah-olah mempersendakan dan perolok-olokkan undang-undang negara. Ianya amat mendukacitakan rakyat yang mahu penguatkuasaan undang-undang dihormati. Jika perlu SPRM boleh menjalankan siasatan kenapa perkara ini berlaku lagi. Ia sungguh amat memalukan. 

NEGARA INI ADA TUANNYA. 


#CameronHighlandsDiceroboh
#PenerokaHaramCameronHighlads




BEG PLASTIK 20 SEN, SIAPA UNTUNG ?


Sebenar apa masalah dengan 20 sen nii ? Susah sangat ke rakyat Selangor nak kuarkan duit 20 sen ni ? Kata negeri kaya, rakyatnya kaya raya, Menteri Besarnya gaji lebh tinggi dari Perdana Menteri, takkan 20 sen pun nak bising ?

Namun itulah hakikatnya yang berlaku di negeri Selangor. Rata-rata rakyat kecewa dengan keputusan kerajaan negeri yang menetapkan bayaran 20 sen untuk bag plastik di setiap pasaraya-pasaraya di negeri Selangor.

Bagi mereka bukan soal 20 sen itu yang mereka pertikaikan, tetapi keputusan yang tidak adil, lebih memberi keuntungan kepada peniaga daripada pengguna. Masakan bag plastik yang bernilai 2,3 sen itu dijual dengan harga 20 sen. Itu tidak masuk akal, kata mereka.
Baru-baru ini apabila Menteri Besar disoal oleh wartawan tentang reaksi rakyat Selangor berkenaan isu bag plastik 20 sen ini, beliau menjawab hasil kaji selidik pegawai-pegawainya rakyat menyambut baik kempen bag plastik 20 sen.

Nampak sungguh bijak sekali pegawai-pegawai MB yang menjalankan tugas tersebut. Adakah betul mereka turun ke padang betul-betul, hanya Tuhan saja yang tahu. Dan adakah benar rakyat Selangor gembira dan menyokong kempen ini ?


Kempen bag plastik 20 sen ini dikatakan dilaksanakan bagi menyahut kempen mesra alam. Misi memelihara dan memulihara alam sekitar memang mesti ditekankan dan disokong. Namun, apa juga dasar yang diambil oleh mana-mana kerajaan mestilah dianalisa secara kritikal.


Namun apa yang dibuat oleh kerajaan Selangor dikatakan terlalu mendadak, mengejut, tanpa ada ‘tempoh bertenang’ bahkan tanpa pilihan mulai 1 Ja­nuari lalu.


Jika sebelum ini hanya satu hari dalam satu minggu iaitu hari Sabtu, sekarang tiap-tiap hari. Patutlah dengan wajah manis dan senyum meleret juruwang pasar raya atau pemilik kedai itu sendiri menawarkan beg plastik. Sudah untung bertambah untung.


Mungkin bagi kerajaan negeri Selangor, inilah satu-satunya cara untuk mendisiplinkan rakyatnya agar tidak menggunakan beg plastik, namun rakyat pula menganggap ini bukan satu-satunya cara yang betul bagi menjaga alam sekitar.


Ada banyak lagi cara untuk memelihara alam sekitar selain dari memberi keuntungan "free" kepada peniaga. Bagi mereka cara ini hanya menambahkan beban ditambahkan lagi dengan kos barang-barangan yang semakin naik.


Kenapa tidak disediakan dahulu beg yang mesra alam sebelum memansuhkan beg plastik ? soal salah seorang pengguna di Selangor

PROJEK BRT - KUALA LUMPUR - KLANG, TAWARAN DIBUKA



Kuala Lumpur - Klang merupakan laluan paling utama dan sibuk di Lembah Klang ini. Pelbagai perancangan yang telah kerajaan laksanakan bagi mengurangkan kesesakan di laluan ini. Namun kesakan masih lagi berlaku terutama diwaktu puncak. 

Antaranya yang terbaru ialah projek Bas Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur - Klang sepanjang Lebuhraya Persekutuan. 

Projek ini merupakan laluan khusus untuk perkhidmatan bas sahaja.Kawasan lalauannya merentasi 1.9 juta penduduk disekitar Lembah Klang dan bakal memberi manfaat kepada lebih 400,00 penumpang.

Justeru itu bagi melaksanakan projek ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjemput mana-mana pihak yang berminat untuk membida bagi pelaksanaan projek Bas Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur - Klang sepanjang Lebuhraya Persekutuan.

Tawaran itu dibuka selepas SPAD melancarkan permintaan untuk cadangan (RFP) kepada semua syarikat pembinaan. Daripada 12 koridor BRT, BRT Kuala Lumpur - Klang merupakan laluan paling utama. 

Semua tawaran RFP itu dibuka kepada pembida-pembida yang berdaftar dan sudah tentulah yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan projek-projek transit atau infrastruktur dan pembinaan. 

Projek ni akan dimulakan dengan kerja-kerja pelebaran Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur ke Klang bagi membolehkan laluan BRT dibina di bahagian tengah Lebuhraya Persekutuan. Perkhidmatan pengangkutan BRT (Bus Rapid Transit) KL-Klang dijangka akan memulakan operasinya pada tahun 2018.

Apabila siap nanti laluan ini akan mempunyai 25 buah stesen yang mana 80 peratus daripada stesen tersebut akan dihubungkan sama ada dengan kemudahan KTM Komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT) dan semua stesen akan mempunyai kemudahan bas perantara.


Thursday, January 19, 2017

FOREST CITY JB



1. Kontroversi isu Forest City yang menjadi hangat di media maya telah digembar-gemburkan oleh Bloomberg serta dipanjangkan oleh Tun Mahathir dengan menggunakan faktor penggadaian kedaulatan negara yang ditekankan dlm isu ini agar menjadi topik hangat politik negara.

Pelbagai pendapat telah diberikan dan sehingga baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar terpaksa bersuara untuk memperjelaskan kepada rakyat jelata akan kepentingan projek ini.

Ada pihak tertentu yang telah mengambarkan Forest City sebagai projek yang  boleh mendatangkan ancaman kepada kedaulatan negara. Mereka menyerang kerajaan kerana membenarkan projek Forest City dilaksanakan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengambil peluang  memperkatakan berkenaan isu kedaulatan ini dan menganggap projek tersebut tidak perlu untuk negeri Johor.

2. Sebagai informasi, sebenarnya Forest City ialah sebuah projek pembangunan campuran jangka panjang bernilai  RM100 billion dan dibiayai oleh syarikat China dan dilaksanakan bersama GLC kerajaan negeri. Ia dibangunkan di kawasan paya laut di Pantai Lido Johor Bahru.

Jelas sekali, Forest City ialah One International Enclave seperti Dubai. Konsep Forest City jelas sebagai hub antrabangsa di selatan tanahair.

Hub antarabangsa Forest City antara lain akan menjadikanya sebagai pusat ;
(a) Strategic Trade Exchange atau pusat tukaran perdagangan antarabangsa ,
(b) Strategic Financial Exchange , pusat tukaran perniagaan kewangan antarabangsa ,
(c) Military Strategic Zone , kepentingan military ,diplomatik politik ekonomi dan lain-lain.

3. Pertimbangan untuk kelulusan projek Forest City ini bukan satu perkara mudah dan ianya bukan dibuat sesuka hati mahupun dibuat secara bersahaja seperti mana projek-projek lain.

Projek Forest City adalah satu projek yang bersifat berkepentingan menyeluruh kepada kepentingan strategik negara.

Tekanan keatas projek ini oleh media Bloomberg dan lain-lain media membuktikan kewujudan Forest City mampu untuk menjadi pesaing yang berpotensi menyebabkan saingan hebat kepada negara jiran Singapura yang selama ini menguasai 100 tahun lebih ekonomi politik dan kepentingan military di kawasan barat barat daya negara dan Selat Melaka.

Kelulusan untuk projek Forest City telah mengambil kira pelbagai pertimbangan ekonomi politik diplomatik dan militari dan kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA). Impak alam sekitar projek seperti ini bersandarkan piawaian antarabangsa kerana ia melibatkan aktiviti  penambakan.
Begitu juga pertimbangan lain yang sensitif seperti kepentingan politik dan millitari, ianya dibuat dengan kajian menyeluruh dan feasibility studies yang comprehensif sebelum kerajaan membenarkannya.

Kelulusan projek ini juga sudah lama dibuat iaitu ketika Tan Sri Muhyiddin Yasssin masih lagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri , dan sudah pastilah terlibat dalam jawatankuasa yang meluluskan projek yang besar lagi sensitif ini. Ia bukan satu keputusan yang mudah memandangkan impak kepada kepentingan ekonomi dan militer di rantau ASEAN khususnya.

4.Penglibatan negara China dalam projek ini merupakan punca kepada kemelut kontroversi ini. Kerajaan Malaysia digambarkan  mempertaruhkan kedaulatan negara dalam  projek Forest City ini.

Kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri Johor telah bersepakat untuk membangunan Forest City setelah berpuashati dengan faedah manfaat kepada kepentingan ekonomi, politik, diplomatik dan militer negara.

Kita dapat melihat dengan jelas, penglibatan negara China dalam projek ini telah mendatangkan kegusaran kepentingan strategik militer ekonomi dan politik kepada Amerika.

Faktor geo-politik antara lima negara ASEAN iaitu Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand dan Malaysia juga akan terkesan dengan kewujudan hub ini kelak, Indonesia, Singapura dan Taiwan yang  merupakan sekutu kuat US akan diimbangi oleh faktor China, Russia  dan lain-lain.

Amerika dilihat tidak lagi dapat menguasai kepentingan ekonomi politik militer secara mutlak dirantau Selat Melaka dan ASEAN,  Malaysia akan jadi negara yang penting dipersada antarabangsa dan akan mendapat status entiti terpenting di ASEAN.

Malaysia telah menaikan status quonya dalam kepentingan politik ekonomi military ASEAN di arena politik dunia dan tidak boleh menolak atau menidakkan peluang ini dan amat perlu menguasai pelbagai kepentingan strategik yang wujud daripada international enclave Forest City di Johor Bahru.

5. Belum tercatat di dalam mana-mana dokumen rasmi dunia bahawa negara China telah menjajah kedaulatan negara lain melalui pelaburan luar mereka. 

China bukan sahaja mempunyai pelaburan besar di ASEAN, malah ,China juga adalah antara pelabur terbesar di US dan  Europe.

Percaturan politik ekonomi yang bijak dalam pembangunan Forest City, Johor membolehkan negara mendapat pelbagai faedah ekonomi politik, militer status dan lain-lain.  Dan ianya merupakan satu pencapaian yang cukup tinggi.

Kerakusan politik ekonomi militer dunia dan dikalangan negara ASEAN dapat distabilkan dan diimbangi melalui pendudukan kepentingan China dirantau Selat Melaka.
Malaysia tidak lagi boleh dibuli sewenang-wenangnya. Kesannya Malaysia akan lebih terlindung daripada ancaman tekanan politik dunia.

Mohammad Firdaus Hasnel
TMX