Thursday, December 15, 2016

PM UMUM MRT PERCUMA SEBULAN


Rakyat Malaysia hari terutama yang berada di Lembah Klang sangat gembira kerana Mereka akan menikmati pengangkutan awam baru bertaraf dunia iaitu Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh - Kajang (MRT SBK)  dan yang paling penting ianya percuma selama sebulan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  ketika berucap merasmikan MRT Fasa pertama beliau juga mengumumkan ianya percuma bermula esok selama sebulan sehingga 17 Januari depan.


Katanya, pembukaan laluan Fasa 1 MRT SBK bermula daripada Sungai Buloh hingga ke Semantan yang turut melalui 10 stesen lain sekitar Damansara yang menghala ke pusat bandar.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT SBK di Stesen MRT Kwasa Damansara di sini hari ini.

Kewujudan MRT ini akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di Kawasan Lembah Klang ini serta dapat mewujudkan peluang pekerjaan. 130,000 peluang pekerjaan dikatakan dapat diwujudkan dengan ada perkhidmatan MRT ini. 

Perdana Menteri dalam majlis yang sama juga menyatakan kerajaan telah menjimatkan kira-kira RM2 bilion dari sasaran asal projek MRT. Menurut beliau keseluruhan projek MRT SBK disiapkan dengan kos kira-kira RM21 bilion, berbanding sasaran awal RM23 bilion. 

Projek MRT SBK bukan sahaja berjaya kurangkan kos, bahkan ia berjaya disiapkan tepat pada masanya. 

Tahniah kepada semua yang menjayakan projek MRT. 

No comments:

Post a Comment