Sunday, December 25, 2016

NAHAS BAS EXPRESS : SPAD GANTUNG LESEN SERTA MERTA



 Tragedi kemalangan bas ekspres Alisan Golden Coach yang mengorbankan 14 nyawa di kilometer 137.4 Lebuh Raya Utara Selatan awal pagi semalam mengharuskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertindak mengantung serta merta Lesen Pengendali Goldstar Express (M) Sdn Bhd serta kesemua bas di bawah pengendali itu, bagi menjalankan siasatan terhadap kejadian tragedi kemalangan bas tersebut.

Berkuatkuasa hari ini juga, SPAD menggantung operasi syarikat bas terbabit sehingga siasatan menyeluruh dilengkapkan. Tindakan ini atas sebab-sebab keselamatan penumpang serta bagi membantu siasatan agensi-agensi yang terlibat. 

Dalam pada itu SPAD turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. SPAD memberi jaminan akan membuat siasatan menyeluruh ke atas tragedi yang menyedihkan itu.

Dalam pada itu Ketua Pengarah MIROS,  Prof Dr Wong Shaw Voon berkata pihaknya juga akan turut berkerjasama dengan SPAD bagi mengumpul data dan maklumat bagi mengenal pasti punca kejadian dan beliau yakin hasil siasatan ini akan dapat dalam masa terdekat ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri turut merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa tragedi bas ekspres tersebut. 


Dia juga telah memaklumkan kepada SPAD akan perlunya mempercepatkan siasatan dan mahukan hukuman yang setimpal kepada pihak yang bertanggungjawab dalam nahas ini. 

Selain itu agensi-agensi seperti Polis dan JPJ juga akan turut serta dalam siasatan penuh keatas tragedi kecelakaan ini. 

No comments:

Post a Comment