Tidak pernah serik langsung. Tak tau erti dosa dan pahala. Hidup macam orang tak ada pendidikan agama. Penulis merujuk kepada Rafizi yang di mulutnya sentiasa melafazkan kata-kata fitnah dan dusta.
Siapa yang tidak pernah kenal Rafizi, hasil dari Fitnahnya kepada NFC, usaha yang baik untuk umat Islam bagi memnuhi industri daging halal musnah. Inilah Rafizi, penfitnah akhir zaman ini.
Belum puas dengan itu,baru-baru ini Rafizi sekali lagi menfitnah MRT kononnya kos projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang berjumlah RM21 bilion hanya untuk fasa pertama projek, padahal dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kos tersebut meliputi fasa pertama dan kedua laluan sejauh 51 kilometer.
Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) menafikan dakwaan Rafizi, MRT Corp. berkata, jumlah RM21 bilion tersebut meliputi fasa pertama dan kedua laluan sejauh 51.
Sebelum ini Rafizi pernah berkata, kos MRT ini akan mencecah RM100 bilion, namun akhirnya tertelan sendiri fitnahnya apabila Perdana Menteri mengumumkan kosnya.
Niat jahat Rafizi untuk melihat projek MRT ini gagal tidak berjaya. Dia dan rakan-rakan pembangkang lain kecewa apabila rakyat menerima baik projek yang bakal memberi impak positif terhadap perkembangan ekonomi negera.
Dibawah adalah petikan dari fitnah yang Rafizi katakan dalam suara keadilan :
KEADILAN mendesak kerajaan menyatakan kos sebenar projek My Rapid Transit (MRT) menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), kos tersebut kini meningkat kepada RM100 bilion berbanding anggaran asal RM37 bilion.
“Kita tidak mahu kos berubah-ubah dan berlaku ketirisan dalam projek ini. Sebab itu, kita lontarkan persoalan ini supaya kerajaan lebih telus,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Rafizi, ketirisan dalam projek tersebut menyebabkan negara bakal menanggung hutang yang tinggi dan memberi kesan kepada generasi akan datang.
Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu bagi memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan betul.
Nampaknya Rafizi tidak pernah serik dan insaf terhadap fitnah-fitnah yang dilakukannya. Di harap pihak berkuasa bertindak terhadap fitnahnya yanng tidak pernah habis.
No comments:
Post a Comment