Thursday, November 24, 2016

COMELNYA "REZEKI" DI TINGGALKAN DI MASJID



"Assalamualaikum, jika anda membaca nota ini, bayi ini dilahirkan pada 21 November 2016. Tindakan saya terhadap bayi ini adalah bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu.

"Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu. Insya Allah jika punya jodoh kita akan berjumpa. I love you," 

Tidakkah si ibu tahu bahawa anak itu adalah rezeki dari Allah. Malang dan rugi betul pada mereka yang meninggalkan begitu sahaja. 

Namun, adalah lebih baik dia serahkan kepada orang lain daripada dia buangnya. Apa pun kita doakan kepada ibu tersebut supaya insaf dan sedar. 

Bayi yang diletakkan di dalam kotak itu dipercayai ditinggalkan oleh ibunya sebelum dijumpai orang awam.

Difahamkan, satu anak patung turut ditinggalkan bersama bayi tersebut selain sekeping nota yang disyaki ditulis oleh ibu kandungnya.

No comments:

Post a Comment