Saturday, August 27, 2016

USAHAWAN PKS PERLU BERUBAH



Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu bergerak ke depan seiring dengan persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah. PKS menyumbang 33 peratus kepada keluaran dalam negara kasar dan terus memainkan peranan penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

PKS juga telah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. Menyedari kepentingan peranan tersebut, berbagai dasar dan program sokongan telah dibangunkan oleh kerajaan bagi meyokong pembangunannya yang melibatkan berbagai kementerian dan agensi. 

Kerajaan telah melakukan apa yang terdaya bagi membantu dan menyokong usahawan PKS dengan mengukuh dan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk operasi perniagaan dan pelaburan dalam bidang seperti membantu akses kepada pasaran, pembiayaan, pemudahaan perdagangan serta latihan.

Dalam situasi ekonomi yang mencabar, tidak dapat dinafikan bahawa akses kepada pembiayaan merupakan pemangkin dalam menjana pertumbuhan yang berterusan dan mampan dalam sektor PKS.

Namun begitu Usahawan PKS juga perlu berubah sikap agar lebih profesional dan proaktif terutama dalam membuat pembayaran. Pembayaran hutang dan pengurusan kewangan perlu dibuat mengikut jadual dan berdsiplin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA  menyarankan agar usahawan PKS mencontohi budaya perniagaan orang Jepun. 

Masyarakat Jepun terkenal dengan prinsip disiplin yang kuat  dalam kehidupan seharian mereka termasuklah dalam hal ehwal urusan perniagaan. Amat sukar untuk  kita lihat syarikat Jepun tidak melunaskan hutang piutang mereka mengikut jadual. 

Justeru itu beliau menasihati agar usahawan PKS sentiasa melakukan perubahan kearah yang lebih positif untuk mereka lebih maju kehadapan. Amalan melenggah-lenggahkan pembayaran hutang piutang bakal merosakan perniagaan dan menghilangkan keyakinan terhadap syarikat sendiri.

Disebabkan pembayaran lewat dua tiga bulan, usahawan PKS akan sukar untuk mendapat pinjaman untuk mengembangkan perniagaan kerana disenarai hitamkan oleh pihak CCRIS dan lain-lain agensi serta bank. 


Kerajaan mahukan PKS ini menjadi agenda terpenting negara kerana ia melibatkan 645,000 usahawan dan menjadi nadi dari segi peluang pekerjaan dengan 60 peratus rakyat Malaysia bekerja dalam bidang berkaitan PKS. 





No comments:

Post a Comment