Thursday, July 28, 2016

KESELAMATAN JALAN RAYA : KERAJAAN TIDAK AKAN TUNDUK



Keselamatan orang ramai yang mengunakan perkhidmatan awam lebih penting dan perlu diutamakan. Syarikat bas yang tidak mahu mematuhi undang-undang dan paraturan perlu diambil tindakan tegas.Kerajaan tidak tunduk pada ugutan pemandu bas yang ingin mengadakan mogok diebabkan kerajaan ingin melaksanakan sistem bersepadu. 

Kerajaan perlu lebih memikirkan keselamatan rakyat bukan kehendak pengusaha bas yang suka melanggar peraturan. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa JPJ akan mengetuai operasi penguatkuasaan terhadap pemandu yang engkar melalui sistem bersepadu yang melibatkan SPAD, JPJ dan Polis. Sistem ini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. 

Tidak usahlah pengusaha bas hendak mengada-ngada hendak membuat demo atau mengugut kerajaan dengan melancarkan mogok. Jika mereka mematuhi undang-undang dan menjaga keselamatan awam, semua ini tidak akan terjadi. 

Mereka sepatutnya mendidik pemandu bas mereka lebih berdisiplin dan mematuhi undang-undang jalan raya. Jangan sampai terjadi insiden kemalangan hingga meragut nyawa baru nak buat bermacam-macam undang-undang. Ketika itu sudah terlambat. 

Ketua Aktivis Persatuan Penguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan menegaskan, kerajaan tidak boleh mengambil ringan serta jangan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama berkenaan isu keselamatan jalan raya. 

Bagi beliau setiap nyawa amat berharga kepada negara masyarakat dan ahli keluarga tersebut.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, dengan kadar kemalangan yang semakin meningkat kini, kerajaan perlu bertegas dan tidak tunduk de­ngan apa juga bentuk ugutan.

“Kalau tiada tindakan bersepadu sebegini, tiada guna undang-undang keselamatan jalan raya diwujudkan di negara kita. Kalau pemandu bas tidak buat salah, mereka tidak perlu takut,” katanya.

Kerajaan perlu bertegas dan tidak perlu tunduk kepada desakan yang tidak berasas. Kepentingan dan keselamatan rakyat perlu diutamakan. 

No comments:

Post a Comment