Monday, July 11, 2016

DAVID NGA KOR MING AHLI POLITIK BANKRAP ISU



Ahli Parlimen Taiping, DAVID Nga Kor Ming tidak pernah merasa puas dengan kenyataannya yang penuh kontroversi. Beliau yang sebelum ini menyatakan duit raya Eidul Fitri merupakan satu bentuk rasuah telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia. 

Kenyataan beliau merupakan satu kesalahan jenayah yang serius dan boleh didakwa bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan. Perayaan Eidul Fitri merupakan hari kebesaran agama Islam dan disambut di seluruh dunia.

Kenyataan DAVID Nga sebenarnya memperlekeh dan menghina agama dan umat Islam Islam dan tidak wajar diberi kemaafan, sebaliknya perlu disiasat oleh pihak berwajib dan tindakan undang-undang perlu dikenakan jika sabit kesalahan.

Sebagai seorang Ahli Parlimen, DAVID Nga sepatutnya lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Jika beliau seorang yang bertanggungjawab, kenyataan seperti ini tidak wajar dikeluarkannya. 

Jelas kepimpinan DAP sering memainkan sentimen politik perkauman melampau yang boleh menggugat keharmonian dan toleransi di kalangan masyarakat serta mampu memberi ancaman terhadap keamanan dan keselamatan negara. Rakyat Malaysia tegas menolak golongan yang suka menghina bangsa dan agama golongan lain ini.

Sumber : Page Kaki Bakar Line

No comments:

Post a Comment