Sunday, June 5, 2016

MUHAMMAD ALI DALAM KENANGAN


Bekas juara heavyweight dunia Muhammad Ali menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jumaat lepas pada usia 74 tahun. Beliau merupakan individu yang menjadi penanda aras bagi setiap peninju dunia yang ingin mengatasi rekodnya. Setiap kali beraksi, beliau menunjukkan bakatnya yang luar biasa. Lelaki yang penuh kontroversi ini adalah antara orang yang paling berpengaruh dan terkenal pada abad ke 20.

Kematianya disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap keluarga, Bob Gunnell pada jumaat lepas selepas beliau dimasukkan ke salah satu hospital dikawasan Phoenix yang dikatakan berpunca dari masalah pernafasan.

Punca sebenar kematian dan dihospital mana dia meninggal masih lagi dirahsiakan bagi mengelakan sebarang kontroversi. Penyakit Parkinson yang dihidapinya selama ini menganggu pertuturannya bagaikan memenjarakan suaranya yang pernah lantang digelanggang.

Ali yang pernah mengelarkan dirinya sebagai “the greatest” sememangnya amat wajar kerana sehingga ke hari ini berjuta-juta orang seluruh dunia mengagumi dirinya bukan sekadar hanya didalam gelanggang tetapi juga diluar gelanggang.

Salah seorang lawannya yang paling dihormatinya, George Foreman, yang juga bekas juara heavyweight tinju berkata dalam akaun twitternya “Sebahagian daripada diri aku telah hilang,… sebahagian yang besar”, selepas mengetahui pemergian lawannya itu.

Ray Jones Jr. yang juga bekas juara tinju yang membesar di zaman kegemilangan Ali berkata dalam twitternya, “betapa hati aku amat sedih yang mendalam dalam pada masa yang sama aku merasai gembira apabila megetahui bahawa “Sang Raja” sedang “berehat” ditempat yang terbaik”.

Ramai menyanjungi kehebatan dirinya sebagai seorang atlit yang amat berjaya diera 60an. “Dia bagaikan diawangan dengan kaki yang lincah menari-nari dan tangan yang pantas mencapai sasaran – terapung seperti rama-rama dan menyegat seperti lebah. Muhammad Ali merupakan orang pertama yang memenangi tiga kali berturut-turut kejuaraan heavyweight dunia.

Namun kehidupan sebenarnya Muhammad Ali penuh dengan warna warni dan menarik. Dia antara orang yang paling lantang menentang perkauman pada era tahun 60an dan juga perang di Vietnam.

Semasa zaman kegemilangannya dan juga selepas bersara, Ali bertemu dengan ramai pemimpin-pemimpin dunia dan pernah suatu masa dia dianggap sebagai antara orang yang paling berpengaruh dan dikenali di planet bumi. Dia terkenal dari ceruk rantau kampung terpencil hinggalah ke seluruh dunia.

Ali disahkan mengidap Parkinson setelah tiga tahun bersara dari arena sukan tinju pada tahun 1981. Pengaruhnya lebih besar daripada seorang peninju. Bahkan dia dianggap sebagai jurucakap tidak rasmi kepada berjuta-juta orang kulit hitam yang tertindas diseluruh dunia kerana keengganan beliau berkompromi dengan penguasa kulit putih.

Bila di tanya bagaimana dia mahu dunia dan generasi akan dating mengenalinya, Ali berkata,” saya mahu dikenang sebagai seorang yang telah memenangi tiga kali gelaran heavyweight dunia, seorang yang kelakar dan seorang yang sentiasa memperjuangkan hak setiap orang.

Dia juga orang yang tidak memandang rendah mereka yang memandang tinggi kepadanya, berdiri teguh dengan kepercayaan sendiri dan seorang yang ingin menyatukan semua manusia menerusi iman dan kasih sayang. "Jika semua itu terlalu banyak, maka saya cukup berpuashati jika dikenang hanya sebagai peninju yang hebat yang menjadi pemimpin dan juara kepada kaumnya.

Ali dilahirkan di Louisville, Kentucky, pada 17 Januari 1942, sebagai Cassius Marcellus Clay Jr. sebelum beliau menukar namanya kepada Muhammad Ali selepas memeluk Islam.

Muhamad Ali bukan sekadar menjadi jaguh dunia di gelanggang tinju, tetapi juga seorang wira kepada umat Islam pada abad ke 20.

Sepanjang kehidupannya Muhammad Ali tidak memerlukan wadah politik untuk berdakwah dan mengajak orang kepada Islam. Selepas bersara dari dunia tinju Muhammad Ali menumpukan kepada beribadah dan usaha dakwah. Ramai yang memeluk Islam dari usahanya itu.

Ali disenangi semua orang seluruh dunia termasuk dari mereka yang bukan Islam. Sepanjang kunjungannya diseluruh dunia Islam, beliau mengajak umat Islam bersatu padu dan jangan berpecah belah.

Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment