Ustaz ‘Kuat Kondem’ Di FB Kembali Serang Dr. Zakir Naik
USTAZ Abu Syafiq, selepas dikecam teruk kerana mempersoalkan kredibiliti pendakwah Dr. Zakir Naik yang mengislamkan seorang pelajar, Nur Nina Farisha, nampaknya sekali lagi mencetuskan kebencian di media sosial.
Menerui posting bertarikh 12 April yang dimuat naik di halaman Facebooknya, dia dilihat cuba pula mempersoal cara sebutan yang dituturkan oleh tokoh pendakwah Maal Hijrah 2013 itu.
Tulisnya, “Eh.. ni surah apa nama Bakara sepatutnya Al-Baqaroh… bunyi dah lain.. baca Quran yang dalam Bahasa Arab pun bunyi jauh sangat bezanya.. kalau sikit beza takpelah.. ni melangit.. eh! Dia ni biar betul.”
Pengikut gerakan ASWAJA itu turut mempersoal penggunaan bacaan ayat dalam surah Al-Baqarah yang mana dakwanya, Dr. Zakir telah tersalah fakta apabila menyatakan ayat ke-299 dalam surah tersebut.
“Lepas tu juzuk 4 terletak dalam Surah Aal-‘Imran dan bukan dalam Surah Al-Baqarah.. lagipun Surah Al-Baqarah akhir ayatnya 286.. mana datang plak ayat 299 dalam Al-Baqarah,” dakwa Abu Syafiq.
Lantas, tindakannya itu dikecam oleh pengguna Facebook yang melihat dakwaan ‘maha hebat’ Abu Syafiq itu, selain mempersoalkan adakah dia menabur fitnah kepada Dr. Zakir dengan mengatakan sedemikian.
“Nampak sangat ustaz ni memang cap ayam. Even bahasa mana-mana pun.. kalau disebut oleh bangsa berbeza.. perkataan yang sama.. tapi bunyinya ikut slang yang biasa digunakan. Payah kalau ada ramai lagi ustaz cap ayam macam ni,” tulis pengguna Facebook Dian Aziz.
“Manusiakan berbeza. Kalau manusia ni semua sama, kenapa Allah turunkan bacaan Al-Quran berqiraat 7 jenis bacaan. Cubalah merantau sikit. Kalau di negara mediteranian seperti Maghribi, Tunisia, dll saudara seagama kita ni tak dapat sebut perkataan ‘Allah’ macam orang arab menyebut. Begitu juga dengan saudara seagama kita dari Pakistan, India & Bangladesh. Memang lidah mereka kemampuan macam tu.
“Apa jenis orang la macam kau ni. Memalukan Islam je. Pakai nama depan letak ‘ustaz’ tapi menyemai kebencian. Kalau salah pergi tegur depan2. Kan dah jemput untuk semua hadir & tanya soalan. Bukan macam anjing menyalak bukit. Sembang kencang dalam Facebook je,” komen Ameirul Anwar Mustadza berkenaan sikap tidak profesional ustaz tersebut.
Pemerhatian di laman Facebook mendapati Ustaz Abu Syafiq sememangnya seorang yang terbuka dan tidak malu-malu untuk mengutuk pihak yang tidak sehaluan dengannya.
Namun dalam kes Dr. Zakir yang didakwanya tersalah fakta agama sewaktu berucap, sehingga kini belum ada sebarang aduan tentang kesilapan penceramah tersohor itu ketika menyampaikan mana-mana bahagian surah mahupun verse ayat al-Quran dalam hujahnya, dilaporkan. – MYNEWSHUB.CC
http://www.mynewshub.cc/2016/04/18/207973/

No comments:
Post a Comment