Segala usaha yang proaktif telah dilaksanakan oleh SPAD bagi menyelesaikan segala masalah dan isu-isu operasi dalam pada masa yang sama memantau operasi pengendalian melalui sistem Hab Pemantauan Prestasi (Performance Moitoring Hub System atau PMHS). Mereka yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti kekerapan perkhidmatan dan kapasiti bas akan dikenakan tindakan oleh SPAD.
Oleh itu bagi penambahbaikan, SPAD menyelaras semula empat laluan bas bagi Koridor Sungai Besi untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi penduduk setempat dan kawasan yang terlibat dalam laluan tersebut. Usaha ini bagi menstabilkan semula perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti BNR.
Tindakan atau penambahbaikan ini dilakukan setelah SPAD membuat penilaian terhadap pengendali bas yang gagal mematuhi piawaian minima yang telah ditetapkan oleh SPAD.
Dibawah adalah jadual laluan yang telah diselaraskan bagi kawasan dan masa yang telah ditetapkan :
- Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh Nadi Putra. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.
- Laluan 540 (Bandar Putra Permai – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.30 malam dengan kekerapan 15 minit.
- Laluan 570 (Serdang Jaya – Serdang Raya – LRT Bukit Jalil) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.
- Laluan T571(Taman Sri Pulai – Stesen LRT Sungai Besi) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 45 minit.
Manakala bagi mereka yang berada dilaluan 502 dan laluan 541 dibawah ini adalah jadual perjalanan bagi laluan tersebut.
- Laluan 502 yang beroperasi dari Putrajaya Sentral – KTM Serdang akan digabungkan dengan Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) dan dinomborkan semula sebagai Laluan 501. Laluan ini akan dikendalikan oleh Nadi Putra dengan waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.
- Laluan 541 (Pangsapuri Enggang – Bandar Putra Permai – KTM Serdang) akan dipanjangkan sehingga stesen LRT Kinrara BK5. Laluan ini kini akan beroperasi dari stesen LRT Kinrara BK5 - Pangsapuri Enggang- Bandar Putra Permai dan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.
Sepertimana yang telah ditegaskan oleh SPAD sebelum ini, Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti ini bukanlah satu tindakan yang statik. SPAD sentiasa memantau dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Oleh itu orang ramai dan pengguna digalakan memberi maklumat dan menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723 (SPAD) bagi menyuarakan pandangan dan aduan mereka. Mereka juga boleh menghantar aduan ke e-mel aduan@spad.gov.my atau boleh juga berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my .
No comments:
Post a Comment