Thursday, April 14, 2016

PEMANDU TEKSI MOGOK, PENGGUNA ADA ALTERNATIF LAIN



Sebenar orang ramai sudah penat, letih dan bosan. Penat dengan karenah, letih dengan tabiat buruk dan bosan dengan sikap pemandu teksi yan tidak mahu berubah. Apakah pemandu teksi merasakan dengan melakukan mogok ini orang ramai akan kembali kepada mereka ? atau pelancong akan memilih perkhidmatan mereka ? Jika itu yang mereka fikir, mereka silap besar. Orang ramai menyampah !

Sudah-sudahlah buat kerja yang tak berfaedah tu. Hentikanlah, bukan orang suka pun. Sudah bermacam-macam kehendak mereka kerajaan turutkan, tapi perkhidmatan mereka masih tidak berubah. Sikap menipu pelanggan, mengenakan caj yang lebih dan tidak mengunakan meter masih lagi berlaku. 

Tak usahlah hanya menyalahkan uber dan grabcar jika mutu perkhidmatan masih lagi ditapuk lama. Memang benar Uber dan GrabCar tidak mengikut undang-undang seperti yang pemandu teksi perlu ikut. Namun dari mutu perkhidmatan dan sikap, GrabCar dan Uber terbaik. Caj mereka berpatutan, layanan mereka "class" dan mutu perkhidmatan mereka terbaik. Mereka boleh datang dan menunggu pelanggan tanpa menunjukkan masam muka, pemandu teksi boleh buat macam tu ?

Sebenarnya tindakan pemandu teksi buat mogok di Kuala Lumpur tempoh hari membuatkan orang ramai lebih menyampah dan benci dengan pemandu teksi. Salah seorang artis selebriti terkenal Harith Iskandar berkata dalam nada menyindir, "pemandu teksi berkumpul di Bukit Bintang kerana protes Uber dan Grab Car, baguslah tu...pelanggan terpaksa menggunakan perkhidmatan Uber dan Grab Car untuk ambil mereka."

Bahkan ada pemandu teksi yang menolak untuk mogok pada hari tersebut kerana tidak bersetuju dengan tindakan segelintir rakan-rakan mereka walaupun mereka tidak bersetuju dengan Uber dan GrabCar. 

Salah seorang pemandu teksi pakcik Samsudin (bukan nama sebenar) yang saya tanya kenapa dia tidak menyertai mogok pada hari tersebut berkata, semua ini adalah salah pemandu teksi sendiri. Menurutnya lagi, punca orang ramai menolak perkhidmatan teksi adalah kerana sikap pemandu itu sendiri yang suka mengambil kesempatan terhadap penumpang antaranya mengenakan caj yang lebih, tidak mahu ke destinasi pelanggan, tidak mengunakan meter dan banyak lagi. 

Katanya lagi, warga asing seperti Myanmar dan Bangladesh seringkali menjadi mangsa penipuan pemandu teksi kerana mereka tidak ada pilihan lain dan terpaksa mengikut kehendak pemandu teksi tersebut. Tidak kurang juga pelancong yang baru tiba menjadi mangsa pemandu teksi yang tamak dengan megenakan caj yang tidak munasabah. 

Seorang pelanggan Ahmad Zulizwan turut menyatakan kekecewaannya terhadap mutu perkhidmatan teksi. Menurutnya, sudah berpuluh tahun orang ramai komplen dengan perkhidmatan teksi, namun langsung tidak ada perubahan. Pada pendapatnya pemandu teksi yang meyebabkan orang ramai mencemuh mereka. Setelah ada persaingan dengan Uber dan GrabCar barulah mereka mengelabah dan menunjukkan perangai samseng. Ini semua akan menambahkan lagi meluat dihati penumpang.

Tak usahlah hendak menyalahkan kerajaan dan SPAD. Sudah banyak kerajaan bantu pemandu teksi, namun semuanya tidak membawa perubahan sikap kepada pemandu. Sudah berbuih mulut orang ramai komplen dengan sikap pemandu teksi,semuanya bagaikan mencurah air didaun keladi, tak berguna langsung. 

Oleh itu kehadiran Uber dan GrabCar bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Sebenarnya banyak lagi komen yang saya dapat dari orang ramai, cuma tak mampu nak pamirkan semuanya disini. 

SPAD sebagai sebuah agensi kerajaan tidak seharusnya dipersalahkan kerana kehadiran GrabCar dan Uber ini adalah hasil dari mutu perkhidmatan teksi yang teruk. Jangan lupa, negara kita adalah negara yang paling teruk perkhidmatannya didunia. Lagipun SPAD sudah banyak kali menjalankan operasi untuk menahan dan menyita kereta yang dijadikan uber dan Grabcar. Tahun lepas sahaja lebih kurang 80 kereta telah disita oleh SPAD kerana mengunakan aplikasi Grabcar dan Uber, namun orang ramai tetap mahukan perkhidmatan mereka. 

Untuk kesekian kalinya, berubahlah wahai pemandu teksi! berubahlah demi kemajuan dan kemasyalatan rakyat. Jangan menipu pelanggan anda lagi kerana mereka banyak pilihan lain selain anda. Jangan membuat sesuatu yang akan merugikan diri sendiri. 





No comments:

Post a Comment