ARAU: Hujan lebat yang melanda negeri ini, petang semalam, masih tidak mencukupi untuk meningkatkan
paras air di Empangan Timah Tasoh, malah semakin berada di paras kritikal. Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Abdul Najib Abdullah, berkata paras air di empangan pada hari ini adalah
26.10 meter berbanding 26.12 meter semalam, sekali gus terus menyusut 0.02 meter. “Operasi pembenihan awan (OPA) yang dilakukan di negeri ini sejak 12 April lalu berjaya menghasilkan hujan di beberapa tempat termasuk Kangar, Kuala Perlis, Arau dan Padang Besar. “Bagaimanapun, hujan yang terhasil
daripada OPA itu dilihat masih tidak mencukupi untuk menaikkan paras air di Empangan Timah Tasoh,”
katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat sunat Istisqa, di pekarangan Istana Arau, di sini, pagi tadi.
No comments:
Post a Comment