Sunday, April 3, 2016

CINTA SAMPAI KE AKHIR HAYAT


Mereka sering dilihat bersama-sama kemana pun termasuklah ke masjid menunai solat Lima waktu dan juga ke kedai ketika membeli barang keperluan Harian. Kemesraan mereka menimbulkan rasa 'cemburu' kepada penduduk kampung. 

Walaupun sudah menjangkai usia emas, mereka seolah-olah seperti  pasangan baru berkahwin kerana sentiasa bersama-sama tidak pernah berenggang bagaikan pasangan sejoli sentiasa berdua.

Bacalah kisah cinta suci mereka di Harian Metro hari ini.


Amran Yahya 
am@hmetro.com.my
Kuala Pilah: Meskipun berusia emas, namun kebahagiaan mereka seperti pasangan baru mendirikan rumah tangga, apatah lagi mereka tidak pernah berenggang dan ke mana saja sentiasa berdua sehingga digelar pasangan sejoli.
Mereka sentiasa dilihat menunggang motosikal bersama ke masjid menunaikan solat lima waktu dan ke kedai membeli barang keperluan membuatkan penduduk kampung ‘cemburu’ melihat keakraban itu.
Apa yang menariknya, usia perkahwinan Adam Omar, 93, dan Ipun Obob, 86, bukan baru, tetapi sudah menjangkau 73 tahun.
Hasil perkongsian hidup sejak 1943 itu, mereka memiliki 15 anak, termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU) selain 17 cucu dan 10 cicit.
Adam dan isteri yang menetap di Kampung Parit Mainau, Tanjung Ipoh, di sini, masih bertenaga seperti berusia 50-an, malah mereka juga mempunyai daya ingatan dan penglihatan yang baik.

No comments:

Post a Comment