Setiap tahun FELDA banyak menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan antara yang paling best adalah GEMPAK KELUARGA FELDA (GKF). Kali ini program Gempak Keluarga FELDA yang ke sembilan telah diadakan di Felda Lok Heng Barat, Wilayah Johor Baharu. Program santai yang berirama Salam Muzik memang sesuai untuk seisi keluarga.
Keutamaan program ini adalah untuk memperatkan silaturahim keluarga besar peneroka Felda disamping menyuntik sikit hiburan berbentuk ilmiah dan kerohanian. Tidak lupa penceramah dan artis juga turut dijemput memeriahkan program Gempak Keluarga FELDA. Memang sesuailah untuk semua lapisan masyarakat menyertainya.
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrrashid bersama dengan beberapa kepimpinan Felda antaranya Dato' Zakaria Arshad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV.
Anak syarikat Felda tidak melepaskan peluang memperkenalkan dan mempromosi produk keluaran masing-masing. Pengunjung boleh mendapatkan produk keluaran Felda secara terus.
Program GKF ini merupakan satu tanggunjawab sosial kumpulan Felda yang mana matlamat program ini adalah untuk mendekatkan kepimpinan Felda dengan masyarakat. Untuk makluman program GFK ini adalah program koloborasi Kumpulan Felda dan Astro bagi siri jelajah Kumpulan Felda bersama beberapa anak syarikat dibawahnya menjayakan karnival ini.
Menurut satu kenyataan program ini berjaya menarik pengunjung sehingga 24 ribu orang. Satu program yang boleh katakan mencatat kejayaan yang gemilang.
No comments:
Post a Comment