Serpihan kapal terbang yang dikatakan dari pesawat MH370 telah dibawa ke Australia bagi tujuan siasatan. Serpihan yang ditemui di Mozambique baru-baru ini telah dibawa ke Australia oleh Pasukan Penyiasatan Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia (Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370). Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diputuskan walaupun serpihan pesawat itu diyakini dari sebuah kapal terbang.
Oleh kerana proses ini amat rumit maka kita memerlukan kepakaran dan bantuan dari pakar-pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Airlines (MAS), Boeing dan juga dari Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370.
Proses siasatan ini memerlukan ketelusan dan akauntibilit. Dimana semua protokol antarabangsa perlu diikuti bagi mendapat keputusan yang betul-betul sah dan diakui oleh semua pihak. Ketelitian dan kepakaran mereka amat diperlukan ketia ini.
Justeru itu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru agar rakyat Malaysia bersabar menunggu keputusan ini. Janganlah menimbulkan sebarang khabar angin atau spekulasi sehingga menganggu dan menyusahkan kaum keluarga Mangsa.
Bersabar lah dan tunggu keputusan yang sah dikeluarkan.
Beliau juga berharap agar keputusan mengenai siasatan ini segera diketahui secepat mungkin. Menurut Liow kerajaan tidak pernah berputus ASA dan berikrar akan meneruskan pencarian ini sehingga akhir.
Kerajaan juga amat prihatin dengan hal ehwal keluarga Mangsa dan sentiasa berhubung dengan mereka bagi memaklumkan maklumat terkini berkenaan siasatan MH370.
Kepada rakyat Malaysia, saya mohon Mengingatkan, Usahlah susah-susah diri dengan membuat pelbagai teori berkenaan Nahas ini. Jika tidak mampu menolong, jangan menyusahkan kerajaan dan keluarga Mangsa. Hormatilah hak-hak privasi mereka.
Pandanglah usaha kerajaan kita yang begitu komited dan bersungguh-sungguh dalam pencarian MH370 yang menjadi satu misteri dunia hari ini.
No comments:
Post a Comment