Sambutan Tahun Baru Cina kali ini diraikan dengan meriah walau dalam suasana sederhana. Bagi masyarakat Tiong Hua Tahun Monyet Api digambarkan sebagai tahun yang membawa keriangan, Tuah dan kemakmuran.
Kemeriah sambutan Tahun Baru Cina dirumah terbuka anjuran MCA di Wisma MCA kali ini diserikan lagi dengan semangat perpaduan dan setiakawan dalam Barisan Nasional dengan kehadiran tetamu istimewa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi serta isteri.
Menurut timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, tahun monyet ini dianggap oleh kaum cina sebagai tahun yang penuh dengan cabaran. Oleh itu rakyat perlu mengunakan segala kepintaran dan kecergasan dalam menghadapi apa jua cabaran yang bakal dihadapi tahun ini.
"Monyet" juga dikatakan juga haiwan yang boleh menerima perubahan dan bijak bertindak mengikut keadaan. Justeru itu dalam suasana seperti sekarang, rakyat digesa agar perlu bersedia membuat perubahan yang baik dan cuba menyesuaikan diri dengan apa sahaja perubahan yang berlaku.
Dr. Wee juga berharap tahun monyet ini negara dapat menghadapi semua cabaran dan ekonomi negara terus kekal stabil.
Turut memeriahkan sambutan Majlis Tahun Baru Cina tersebut termasuklah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan INDUSTRI Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.
No comments:
Post a Comment