Ada sesetengah pendapat menyatakan kadar kompaun bagi kesalahan trafik wajar dinaikan memandangkan kadar sedia ada telah diguna pakai sejak tahun 1987.
Bunyinya semacam kenaikan tambang bas yang dah lama tak naik.
Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, senior Asisten Komisioner Muhammad Akhir Darus, kononnya kadar itu lebih realistik untuk mendidik pesalah jalan raya agar tidak terus melanggar undang-undang.
Namun realitinya, kadar kompaun yang ada sekarang pun masih banyak yang tak mampu bayar, bagaimana pula jika kadar ini dinaikan. Tentulah akan bertambah lagi tunggakkan saman yang tidak dijelaskan. Jadi apa pula tindakkan selepas itu ?
Nak tangkap dan penjarakan pesalah trafik bersama penjenayah lain ? Entah dari mana datangnya pemikiran yang dikatakan realistik ini ? Semua ini hanya akan mendatangkan kemarahan rakyat sahaja.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berpendapat dengan menaikan kadar saman trafik ianya tidak akan mendidik pemandu menjadi lebih berhemah di jalan raya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah.
Menurut Liow, penguatkuasaan sistem pemberian mata demerit kesalahan jalan raya (Kejara) disamping menguatkuasakan sistem penguatkuasaan automatik (AES) adalah lebih praktikal dan lebih berkesan.
Pengguna yang melakukan kesalahan trafik akan ditolak mata dalam kadar tententu sehingga mencapai tahap tertentu lesen mereka akan digantung. Kaedah ini lebih berkesan dan memberi impak kepada masyarakat kerana terdapat peluan untuk mereka membetulkan kesalahan trafik. Ianya akan menjadi peringatkan kepada mereka agar jangan melakukan kesalahan yang berulang.
Namun jika kita mengenakan denda dengan kadar yang tinggi, rakyat akan berasa kerajaan cuba melakuan penganiayaan kepada mereka. Betullah siapa yang ikut peraturan undang-undang akan selamat dan tidak perlu risau dengan kadar ini, tetapi kesan dari denda itu pula apa ? Bagaimana mereka yang sengaja melakukan kesalahan trafik ini anak seorang kaya atau memang dia berada, tentulah jumlah saman tidak menjadi masalah baginya.
Yang penting pendidikan patuhi undang-undang jalan raya patut diajar dari usia yang muda agar apabila dewasa mereka sudah biasa mengikut undang-undang bukannya menjadi keras kepala dan macam-macam lagi masalah akan timbul.
No comments:
Post a Comment