Monday, February 15, 2016

IMAN ORANG YANG SABAR


Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Nabi Ayyub diberi ujian penyakit selama 18 tahun. Sehingga seluruh keluarga sama ada yang dekat mahupun yang jauh menghindari diri daripadanya kecuali dua orang lelaki yang masih ada termasuk termasuk teman rapatnya.

Setiap pagi dan petang kedua-dua kawannya itu mengunjungi Nabi Ayyub. Suatu hari salah seorang antaranya berkata, 'Demi Allah, tahukah kamu bahawasanya selama ini Ayyub berbuat dosa yang tidak pernah dilakukan seorang pun ?'
Kawannya bertanya,'Dosa apakah yang dilakukannya?'
Dia menjawab,'Bukankah sudah 18 tahun dia tidak disayangi Allah sehingga Dia tidak berkenan menyembuhkan penyakitnya juga.'

Pada petang hari, kedua-duanya bertemu Nabi Ayyub. Salah seorang antaranya nampak tidak sabar untuk segera memberitahu Ayyub, lantas Ayyub menjawab, Aku tidak faham apa maksud yang diucapkannya, selain bahawasanya Allah mengetahui suatu ketika dua orang lelaki yang sedang berselisih faham bertemu, kemudian kedua-duanya menyebut nama Allah. Lalu aku pulang ke rumah dan membayar kafarah (penebus dosa) untuk kedua-dua orang itu kerana aku khuatir mereka telah menyalahgunakan nama Allah dengan jalan yang tidak benar.

Suatu hari Nabi Ayub keluar untuk suatu keperluan, seteah selesai isterinya memegang tangan Nabi Ayub hingga tiba di rumah. Namun pada suatu hari Nabi Ayub berjalan agak lambat. Ternyata ketika itu Nabi Ayub sedang memperoleh wahyu di tempat tersebut iaitu dari surah Shad ayat 42 yang bermaksud :

"Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum".

Kemudian isterinya menanyakan sebab kelewatannya, ia masih setia menunggu.

Ketika Ayub bertemu isterinya, Allah telah menghilangkan penyakitnya. Kini Ayub kelihatan lebih segar daripada sebelumnya. Isterinya menyaksikan Ayub dalam keadaan demikian itu, ia berkata,'Semoga Allah memberkatimu, apakah engkau melihat nabiyullah yang mendapat ujian? Demi Allah, aku tidak pernah melihat seorang yang menyerupai dia daripada dirimu, apabila dia dalam keadaan sihat.'

Nabi Ayub berkata,'Akulah nabi yang kau maksudkan itu!'


Dipetik dari buku : 101 Kisah dan Pengajaran daripada Al-Quran, Al-Hadis dan Hayatus Sahabah.

No comments:

Post a Comment