MCA mengorak selangkah kehadapan apabila menandatangi MoU dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan pengunaan modul pencegahan rasuah bagi meningkatkan kesedaran tentang berapa buruknya Jenayah rasuah.
Ini satu langkah terkehadapan kerana MCA satu-satunya parti politik yang berbuat demikian di Malaysia. Tindakan positif ini sewajarnya menjadi contoh kepada lain-lain parti politik yang selalu mencanangkan integriti dan bebas rasuah seperti DAP dan PKR.
MoU ini telah ditandatangani di ibu pejabat MCA di jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pengetua Sekolah Pengajian Politik MCA, Datin Paduka Chee Mei Fun mewakili bagi pihak parti MCA manakala bagi pihak SPRM pula diwakili oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencerahan) SPRM Dato' Sri Haji Mustafar Haji Ali.
Turut hadir dalam Majlis tersebut, Datuk Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA danTimbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Abdul Samat Kasah.
Saya yakin masyarakat akan memandang tinggi terhadap usaha MCA dan bertambah yakin dengan barisan kepimpinan MCA.
Menurut Wee, pekara ini sudah lama dibincangkan denganSPRM dan dipersetujui oleh presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai. Beliau berharap sekolah Pengajian Politik inj dijadikan tempat untuk mendidik pemimpin-pemimpin pelapis akan datang yang datang dari akar umbi.
Wee berharap dengan adanya kursus ini, semua peringkat kepimpinan dapat disuntik dengan elemen anti rasuah. MCA mahu menjelmakan kepimpinan teladan dan menjadi contoh terbaik kepada semua parti politik.
Bersetuju dengan saranan itu, Mustafar berharap serta mengesa parti-parti politik lain mencontohi transformasi politik yang dilakukan oleh MCA.
Justeru itu pelbagai inisiatif dan program dalam perancangan untuk dilaksanakan bagi mencapai matlamat murni ini. Antara langkah awal yang telah dikenalpasti termasuk:
•Meningkatkan produktiviti di semua peringkat Kementerian.
•Penempatan pegawai SPRM di Kementerian Pengangkutan dan Jabatan serta Agensinya.
•Pertimbangan untuk melanjutkan waktu perkhidmatan di pusat-pusat yang padat dengan pengguna.
•Pertimbangan untuk menggunakan lebih banyak kiosk dan sistem berkomputer bagi memudahkan urusan permohonan.
•Penubuhan Gabungan Pencegahan Rasuah Rantaian Bekalan Logistik (Anti Corruption Logistic Supply Chain Coalition).
•Sesi dialog antara MOT, Jabatan dan Agensi dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mengenal pasti punca perkara berhubung tadbir urus dan rasuah.
•Sewajarnya, parti politik yang menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran patut terlebih dahulu memulakan langkah seperti yang dibuat oleh MCA.
Tidak mungkin keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan dengan mengheret rakyat dijalanan dan menghasut rakyat membenci kerajaan.
Semoga apa yang dimulakan oleh MCA ini menjadi inspirasi kepada parti-parti politik yang lain.

No comments:
Post a Comment