Semua lori yang membawa bauksit perlu mematuhi had laju yang telah ditetapkan. Ini kerana Kementerian Pengangkutan telah menetapkan had laju dan laluan tertentu untuk lori yang membawa bauksit.
Ini bagi memastikan pencemaran terkawal ketika bauksit diangkut diangkut keluar. Kerajaan berusaha untuk mengurangkan pencemaran yang berpunca dari bauksit.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setelah berbincang dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar peraturan baru ini akan dilaksanakan dalam usaha menambahbaik kaedah pengangkutan bauksit. Perlaksanaan ini akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk mengawalnya.
Namun begitu jika kaedah ini juga tidak berkesan dan pemandu lori bauksit memandu melebihi had laju yang dibenarkan, Kerajaan tidak teragak-agak mengunakan kotak atau teknologi baru yang lain bagi memastikan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Setiap pemandu lori perlu memastikan kenderaan mereka ditutup dan dicuci setiap kali ingin melalui jalan besar. Ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang perlu dipatuhi oleh pemandu lori yang membawa bauksit.
Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Saripuddin Kasim telah diberi tanggungjawab agar lebih memberi tumpuan dikawasan pelabuhan bagi memastikan laut tidak cemari oleh bauksit.
Selain bekerja sama dengan JAS, Kementerian juga mengadakan usahasama dengan Pertubuhan Maritim Antarabangsa bangi mengawal pencemaran bauksit. Ini kerana pernah berlaku dimana kapal yang membawa bauksit tengelam dan mengorbankan 18 nyawa.

No comments:
Post a Comment