Tahap kewarasan pembangkang makin kritikal sejak parlimen mula bersidang. Ia bermula dengan kegagalan mereka bersatupada dalam menbawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Setelah itu dua anggota parlimen DAP, Lim Lip Eng dan Gobind Singh Deo diarah keluar dari sidang Dewan Rakyat kerana mencelah ketika usul berkenaan perlantikan ahli baru Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang dibawa Perdana Menteri.
Dewan Rakyat dihangatkan lagi dengan pengantungan samseng tua, ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang susulan kegagalannya memohon maaf serta menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin.
Kegagalan demi kegagalan usaha jahat mereka tidak berhenti disitu. Kali ini mereka mengunakan keadah yang lebih licik dan jahat dalam usaha terdesak mereka menumbangkan Perdana Menteri.
Pakatan pembangkang kali ini menggunakan Kumpulan Pembaharuan Pilihan Raya (BERSIH) mencipta dan mengedar sampul yang mengandungi surat atas talian kononnya dibuat oleh setiap pengundi dari setiap kawasan parlimen Barisan Nasional berkenaan dengan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Maria Chin, Presiden BERSIH dengan bantuan ahli parlimen Batu, Tian Chua membawa surat tersebut ke Parlimen untuk diserahkan kepada ahli parlimen BN, seolah-olah parlimen ini macam rumah dia sendiri, suka hati masuk, suka hati edar surat.
Surat tersebut telah diedar dan diserahkan kepada Pengerusi Majlis-Majlis Ahli Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid (Ahli Parlimen Kota Tinggi), Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad (Ahli Parlimen Mersing) dan Anuar Abdul Manap (Ahli Parlimen Sekijang).
Opera dan wayang kulit mereka tidak berakhir disitu. Bagi menunjukkan kononnya mereka ini adil, telus dan tulus, surat ini juga diserahkan kepada ahli parlimen pembangkang. Maka ahli parlimen pembangkang pun pura-puralah tergejut menerima surat berkenaan.
Kesudahan drama bodoh ini akhirnya terbongkar apabila semakan berdasarkan nama dan no kad pengenalan dalam surat yang menyokong usul tersebut adalah palsu dan tidak ditandatangani. Sekadar taip satu surat, letak nama dan nombor kad pengenalan baik suruh budak sekolah buat.
Bagi Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin, inilah rupa sebenar pembangkang. Tindakan tergesa-gesa dan terdesak mereka untuk menumbangkan Perdana Menteri bukan sahaja gagal bahkan menunjukkan sikap mereka yang sanggup melakukan apa sahaja dan menghalalkan segala cara bagi menumbangkan Perdana Menteri.
Cukup malang mereka ini, dalam mereka memperjuangkan dan melaungkan BERSIH, akhirnya mereka sendiri membuat kerja-kerja kotor dengan cubaan menipu rakyat.
Menurut Datuk Ehsan lagi, mereka cuba menutup kelemahan mereka kepada rakyat dengan mencipta isu yang bukan-bukan. Sebenarnya rakyat sedar permasalahan dalaman yang mereka hadapi. Tak payahlah mereka mencipta isu untuk menipu rakyat. Mereka sendiri mempunyai konflik defisit kepercayaan rakyat, oleh itu mereka mencipta pelbagai isu bagi mengelirukan rakyat dan mengalih perhatian rakyat kepada masalah mereka.
"Saya tidak fikir mereka berminat untuk membahaskan isu bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. Mereka lebih sibuk berkenaan RM2.6 bilion yang tidak ada kena mengena langsung dengan bajet 2016".
Pesanan buat pembangkang, kalau tahu diri tu tak berapa cerdik, simpan sajalah kebebalan tu dalam poket. Rakyat makin muak dengan segala lakonan dan drama murahan.
No comments:
Post a Comment