BUKAN semua barang-barang dan perkhidmatan dikenakan GST. Ada lebih 900 senarai barang-barang kegunaan harian yang dikecualikan GST. GST adalah satu sistem cukai ganti kepada SST. Sistem cukai lama SST mempunyai banyak kelemahan dan sering dimanipulasikan oleh peniaga-peniaga tamak untuk mengaut keuntungan secara berlebihan. Dengan sistem GST keuntungan mereka dikesan, lagi banyak keuntungan mereka buat, lagi banyaklah mereka kena cukai. Oleh itu ramai peniaga yang sebelum ini menipu kerajaan dalam transaksi pembayaran cukai merasa bahangnya kini, kerana dengan melaksanakan GST mereka tidak boleh lari dari membayar cukai.
Lantaran itu saya amat bersetuju apabila Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid membidas kenyataan Rafizi Ramli yang menyatakan GST hanya akan membebankan rakyat. Ahli Parlimen Pandan itu jelas cuba mengelirukan rakyat berkenaan GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015 ini. Sedangkan selama ini rakyat sudah pun dikenakan cukai SST sebanyak 10% ke 16%.
GST akan memberi manfaat besar kepada rakyat keseluruhannya. Dari segi peningkatan taraf hidup, pendapatan dari GST akan digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur sosial seperti kemudahan kesihatan, institusi pendidikan dan kemudahan awam.
Apakah Ahli Parlimen Pandan cuba menutup kelemahan sistem SST, GST akan menghapuskan cukai berganda kepada pengguna selama ini ? Menurut Datuk Noor Ehsanuddin lagi, rakyat yang berpendapatan rendah tidak perlu gusar kerana kebanyakan barang asas dan pengangkutan awam tidak dikenakan GST (berkadar sifar atau dikecualikan).
Menurut Datuk Noor Ehsanuddin, GST adalah selaras Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan di mana peniaga tidak boleh mengenakan harga jualan dengan kadar yang sangat tinggi kerana kerajaan mengawal harga berdasarkan sistem rebat yang dikenakan kepada setiap peniaga, pengilang mahupun pembekal.
Kesemua yang terlibat akan mendapat manfaatnya, pengguna akan mendapat harga yang berpatutan serta dapat berbelanja pada harga dibawah kawal, peniaga akan mendapat keuntungan dan kerajaan akan mendapat sumber pendapatan melalui sumber cukai yang mana akhirnya akan dnikmati oleh semua rakyat.
"penggunaan GST juga akan dapat meyakinkan para pelabur untuk melabur di Malaysia memandangkan negara kita akan turut menyertai 160 negara lain mengenakan cukai yang sama.
“Ini bermakna cukai GST ini bertaraf antarabangsa kerana banyak negara luar yang telah menggunakan cukai tersebut lebih awal daripada kita,” tambah Datuk Noor Ehsanuddin. -BNBBC
Bagi memastikan sumber hasil bagi negara mampan dimasa akan datang, kerajaan perlu menyusun semula sistem percukaian yang sedia ada. Kerajaan perlu mengurangkan pergantungan negara kepada hasil petroleum kerana hasil petroleum dijangka akan berkurangan. Pada msa yang sama, satu sistem percukaian yang lebih telus, efisyen dan efektif perlu diwujudkan untuk memenuhi tuntutan masa kini dan mengatasi kelemahan cukai yang kini digunapakai.
No comments:
Post a Comment