Malam ni Pak Ngah nak tidur awai, esok nak ke kebun menoreh getah. Mak Ngah hangpa tadi ajak pi "Giant".... dia dok pot pet, pot pet dari semalam lagi, katanya esok barang semua naik harga kerana kerajaan nak kenakan GST kat semua barang, ramai orang beli barang siap-siap dah malam ni katanya.
Lantak pi laa kat depa. Depa banyak duit, habih seribu semalam pun tak luak harta depa.
Pak Ngah bukan apa, malaih nak melayan karenah Mak Ngah hangpa tu. Lagipun, apa sangat nak beli kat Giant , Tesco , NSK tu !
Nak makan ikan laut, Pak Ngah boleh beli kat market, lagi morah. Nak makan ikan darat, esok pak Ngah boleh pasang pukat kat sungai.Cabai besaq, Pak Ngah tanam belakang rumah. Kangkung penuh atas batas bendang. Bayam pun tumbuh sendiri depan rumah (macam mana boleh tumbuh pun tak tau sampai hari ni).
Beras, bendang sebelah rumah. Kalau habih, boleh pi kat kedai kawan Pak Ngah "Mydin" ...dia jual morah-morah, dengaq kata ....GST dia tolong bayaq. Baguih sungguh "Mydin" ni, Pak Ngah doakan perniagaan dia maju jaya kerana banyak membantu orang yang berpendapatan rendah macam Pak Ngah ni. Pendek kata orang kampung macam Pak Ngah ni tak payah pening sangat pasai GST. Pak Ngah bukan hari-hari makan benda dalam tin.
Pak Ngah pernah marah kat anak dara Pak Ngah, perabih duit beli sardin dalam tin. Awat pemalas sangat anak dara zaman ni, nak goreng ikan pun kedekut tenaga. Bukan susah sangat pun.
Hari tu Pak Ngah pi Pekan Rabu, tengok anak-anak dara kita lepas balik sekolah pi makan kat KFC. Banyak duit mak bapa depa la ni. Sekali makan lebih dari RM10 termasuk la service caj dan Gov tax lagi. Tu tak kira tambang bas dan belanja kat sekolah lagi. Membaziaq betoi laa budak-budak zaman ni.
Bukan nak bangga laa, Pak Ngah balik sekolah dulu, sempat lagi Pak Ngah masak nasi dengan ikan goreng. Pak Ngah ajaq anak-anak Pak Ngah masak sendiri sayuq dan lain-lain. Nanti kalau orang pinang anak Pak Ngah, tak la buat malu mak bapa.
Orang zaman laa ni, nak kawin anak ...nak "grand-grand" kata orang putih. Hantaran nak berpuluh ribu, bersanding bagai nak "rak"..... tapi goreng telor pun tak reti. Bukan nak mengutuk, tapi nak pesan...hangpa jangan laa jadi macam tu. Pak Ngah kawin dengan Mak Ngah hangpa dulu dah laa harga berpatutan, anak guru besaq, lawa pula tu...hehehe. Tuah badan.
Ada orang kata, "Pak Ngah boleh la cakap besaq, Pak Ngah dok kampung bukan dok bandar macam kami kat KL". Ehh...!!! pasai apa pula hangpa nak salahkan Pak Ngah, bukan ka hangpa dulu juga yang kata, kalau dok kampung apa kami nak makan, apa kerja yang ada ? Hangpa tengok sendiri laa anak bongsu "Kak Chaq" si Zahari tu yang tak "pas" SRP 3 kali. Hari ni dia boleh beli rumah sendiri, boleh beli van sendiri...walauupun tak dak lesen, dia upah kawan-kawan jadi pemandu.
Hangpa tau dia kerja apa ? dia meniaga jual baju bola. Hangpa yang masuk universiti dapat ijazah bagai, makan minum kerajaan bela. Tak dak kerja kerajaan bagi, la ni hangpa pula nak lawan kerajaan yang suap hangpa makan dulu.
Sebenaqnya hangpa ni semua cuma ada satu masalah saja yang hangpa kena belajaq...., "Hangpa kena belajar BERSYUKUR".
Betoi dak ...???
Wassalam,
Mohammad Firdaus Hasnel
Langgaq, Aloq Setaq Kedah.
No comments:
Post a Comment