Tuesday, March 17, 2015

BUKA PELUANG BARU KEPADA WARGA EMAS




Mengikut kajian Ranstad Workmonitor, lebih 70% pekerja di malaysia percaya mereka perlu bekerja sehingga usia melebihi 60 tahun. Berbeza di Singapora, 59% dan Hong Kong 62%.
Hanya 10% pekerja di Malaysia yg menyimpan 40% dari gaji mereka utk usia tua. Atas dasar itu juga saya percaya kenapa Cuepecs mendesak kerajaan menganjak usia persaraan dari 60 ke 62.

Secara peribadi, saya berpendapat kerajaan tidak perlu menganjak usia persaraan kerana:
1. Semakin meningkat usia, pekerja menjadi kurang produktif. Golongan ini akan semakin kurang idea dan tidak lagi energetic. Secara psychology, golongan warga emas ini perlukan masa utk menikmati usia tua bersama keluarga
2. Negara memerlukan tenaga muda utk segera menggerak lancarkan visi memajukan negara
3. Peluang peningkatan kerjaya golongan muda akan semakin lambat.
4. Kadar pengangguran mungkin akan meningkat.

Namun begitu, kerajaan juga perlu melihat kepada keperluan sara hidup tinggi golongan warga emas. Saya mencadangkan:
1. Kerajaan perlu menyediakan skim latihan skil dan perniagaan untuk menggalakkan lebih ramai pekerja bersara awal.
2. Skim bantuan perniagaan utk golongan pekerja yg bersara awal
3. Memberi peluang kepada bekas pekerja memberi khidmat konsultansi supaya mereka masih boleh menyumbang tenaga kepada pembangunan negara dengan pendapatan berterusan.
Kerajaan harus berhati-hati menangani isu sumber manusia di negara ini kerana ianya akan memastikan pembangunan yang lancar di samping kestabilan kualiti hidup rakyat.
Salam sumber insan,

No comments:

Post a Comment