Wednesday, February 11, 2015

TUGAS PENDIDIK MELAHIRKAN INSAN YANG LEBIH BAIK



Alhamdulillah saya baru selesai menyampaikan kuliah kepada lebih kurang 80 orang pelajar. Mereka terdiri dari pelbagai bangsa yang datang dari seluruh pelusuk negara.
Saya katakan kepada mereka, I'm not a textbook lecturer and i dont depend much on slides. Saya banyak kongsikan dengan mereka apa yg sebenarnya berlaku di luar sana. Bagaimana pelajar perlu memahami jiwa marketing dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Anda datang ke business school, saya ajar anda bagaimana membuat wang. Namun lebih dari itu saya katakan juga...wang bukan matlamat utama kehidupan, sebaliknya kasih sayang dan kegembiraan. Marketing bukan tentang menjual untuk mendapatkan wang. Marketing adalah tentang memuaskan hati pelanggan dan memberikan kegembiraan. Hanya mereka yg gembira akan kembali membeli dari kita dan ianya syarat utama utk pastikan perniagaan boleh berkembang. Kenapa Toyota berjaya di dalam pasaran global? Ianya kerana Toyota mengenali dan memahami pelanggannya. Jika tidak mengenali target market, bagaimana anda boleh mengetahui apa yg pelanggan anda suka. Itu hanya sebahagian kecil dari kuliah.
Saya juga katakan kepada mereka saya berasal dari kawasan terpencil. Saya tiada favorite cartoon character kerana saya tidak menonton tv ketika zaman kanak-kanak. Kampung saya tiada bekalan elektrik dan air ketika itu. Namun jika hari ini saya boleh berdiri di hadapan anda semua sebagai pensyarah, saya mahu anda berdiri ditempat yg lebih tinggi dari saya bila anda seusia saya. Saya bukan hanya lecturer, saya juga adalah kawan dan ibu anda. Saya bukan hanya ingin menyampaikan ilmu, tetapi saya ingin membangunkan seorang insan.
Saya tegaskan bahawa saya lakukan yang terbaik untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut bukan hanya dari kemampuan fikiran, tetapi ianya datang dari benak hati.
Ada pelajar yang bergenang air mata mendengar saya bersyarah dan mereka memberikan tepukan yang begitu gemuruh untuk saya. Seperti luruh jantung saya setiap kali pelajar memberi tepukan dalam class. Ianya bukan ucapan perasmian majlis...ianya kuliah akademik.
Apa yg ingin saya sampaikan, matlamat sebenar kita menjadi pendidik bukan untuk menjadikan mereka lebih cerdik, tetapi untuk menjadikan mereka MANUSIA YG LEBIH BAIK.
Salam kemanusiaan,
Anina Saadudin
Lecturer& Project Manager
(Bank Rakyat/Unirazak Research Collaboration)
Bank Rakyat School of Business and Entrepreneurship
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

No comments:

Post a Comment