UMNO juga dikaitkan dengan tabiat buruk seperti suka berpoya-poya, menipu, tidak amanah dan sebegainya Dan ini dijadikan alasan untuk UMNO dibenci.
Malangnya apabila pekara ini berlaku kepada PAS, mereka mendiamkan diri dan menuduh ini adalah konspirasi UMNO dan kerajaan. Ini terbukti apabila Timbalan Presiden PAS ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di Kelantan, UMNO dan kerajaan di persalahkan pula.
Ada juga pemimpin PAS di sebuah negeri yang meliwat isterinya sehinggakan isterinya melapor kepada pihak berkuasa. Ada juga yang di tangkap berzina dengan isteri orang didalam koc keretapi dan ada yang melesapkan duit anak yatim memali, tetapi ini di diamkan mereka kerana status ahli PAS.
Hari ini, apabila Allah timpakan musibah banjir besar sehingga menghanyutkan beribu-ribu balak sehingga singgah di pintu rumah rakyat. Pemimpin PAS masih lagi tidak malu menuduh UMNO ada kaitan dengan banjir ini. Sedangkandari tangan-tangan merekalah berpuncanya malapetaka ini.
Mereka tidak sekali-kali mengambil dari iktibar kejadian ini sebagai amaran dari Alla kerana sering mempermain-mainkan ayat-ayat Allah untuk kepentingan politik peribadi mereka.
Ada yang berkepercayaan bahawa, daripada 73 golongan umat Islam yang berpecah belah, mereka dari golongan satu yang dipilih Allah untuk memasuki syurga kerana parti mereka berpelembagaan Al-Quran dan Sunnah.
Sebenarnya mereka lalai dari mengikuti Sirah, perjalanan dakwah dan hidup Rasulullah SAW.
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment