Friday, October 10, 2014

CADANGAN MEMPEKASAKAN BAJET UNTUK BELIA


Tanpa perlu kami berbaring di tepi jalan, tanpa terpekik dan terlolong macam anjing ,tanpa menyusahkan rakyat Malaysia dengan berdemo.... kami membawa aspirasi Anak Muda, golongan Belia khususnya dan Rakyat Malaysia amnya kepada kerajaan agar mendengar denyut nadi rakyat Malaysia yang cintakan negaranya. Sekalung tahniah diatas usaha yang gigih Ketua Penerangan MAYC Kebangsaan saudara Khairul Muzammil , Mayc Kebangsaan , saudara Wan Mohd Azmeerdeen dan sahabat-sahabat lainyang banyak membantu.
Ada sebelas pekara yang kami bawakan kepada pemerhatian kerajaan, antaranya:
1- Mencadangkan kepada kerajaan perkenalkan sistem subsidi minyak Khas buat golongan belia pelajar IPTA, IPTS dan kolej-kolej swasta.
2- Mencadangkan kepada kerajaan membantu golongan Muda Belia memiliki Rumah Mesra Belia agar tidak terlalu bergantung harap kepada PRIMA.
3. MEMPERKASA pengunaan MyKad iaitu kepada mereka yang layak menerima BR1M terutama golongan belia agar dimasukkan peruntukkan khas subsidi petrol kedalam MyKad.
4- Mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi elaun RM500 selama 6 bulan kepada golongan muda belia yang menamatkan pengajian tetapi masih gagal mendapat pekerjaan (mereka yang layak).
5- Memperbanyak dan menambah Dana Latihan dan kursus bagi melatih golongan Belia khususnya diluar bandar bagi mereka yang berminat dalam dunia perniagaan atau kemahiran.

6- Memberi diskaun khas tambang bas Express dan kapal terbang kepada golongan belia yang masih belajar di IPTA, IPTS serta kolej-kolej. Ini dapat mengurangkan bebanan kepada belia yang masih belajar.
7- Memohon kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan kos pengambilan lesen kereta dan motor yang saban tahun naik. Ini jelas dan terang membebankan golongan belia.
8- Memudahkan pembiayaan pinjaman perumahan atau perniagaan dengan melonggar syarat-syarat yang menyusahkan golongan belia yang berpotensi untuk maju terutama di PUNB, SME dan TEKUN.
Itulah antara harapan belia yang kami suarakan melalui pertubuhan MAYC untuk perhatian kerajaan. Apa pun usaha ini tidak akan terhenti disini, akan ada lagi gerak usaha yang lebih konkrit dan jitu untuk membantu golongan belia .Semoga apa yang kami usahakan mendapat keberkatan dan kejayaan.
Amiin.

No comments:

Post a Comment