Wednesday, August 6, 2014

GERAK 2.0 NASRUDIN TANTAWI

GERAK 2.0

1. Pada tahun 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dipecat dari UMNO oleh Tun Dr Mahathir sedang pada waktu itu, DSAI juga adalah Timbalan Perdana Menteri dengan tuduhan skandal liwat. Rakyat bangkit dan membela DSAI. Mereka tidak anggap ini masaalah dalaman UMNO sebaliknya mereka anggap ini satu kezaliman dan fitnah. DSAI mesti diberi pembelaan. Termasuklah yang membela DSAI ialah PAS.

2. Kini tahun 2014, berlaku pergolakan di Negeri Selangor. Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) akan diperlakukan oleh DSAI sebagaimana Tun Mahathir melakukannya keatas beliau ? Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa TSKI dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor ? Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit membela TSKI ?

3. Jika DSAI yang disingkir oleh Tun Dr Mahathir dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dengan pelbagai tuduhan, menyaksikan kebangkitan PAS yang dipimpin oleh Al Marhum Dato' Fadhil Mohd Noor membela beliau melalui GERAK pada waktu itu.

4. Saya kira , andai TSKI disingkir oleh DSAI dari kerusi Menteri Besar sekarang dengan pelbagai tuduhan, sewajarnya PAS yang dipimpin oleh Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi bangkit membela TSKI yang dizalimi dan diaibkan melalui GERAK 2 !

GERAK 2.0

Nasrudin bin Hassan

No comments:

Post a Comment