Sunday, August 10, 2014

DEMOTRASI CARA ORANG KAFIR

Allah SWT Melarang Demonstrasi Keji Cara Anwar Ibrahim
Sabda Nabi s.a.w berkaitan dengan demonstrasi itu adalah, maksudnya: " sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit dijalanan."
(riwayat ibnu abi dunya dari jabir
Nabi s.a.w bersabda maksudnya:
"akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat :
1). tempat makmur(masjid) telah lengang dan tempat lengang(pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai).
2) orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan(demonstrasi) .
3) Seorang menggesel Amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu ."
(Riwayat imam at-tabrani dalam al-kadir).
HADIS di atas menerangkan bahawa pada akhir zaman nanti timbul di kalangan umat islam mereka yang berjuang bagi menyatakan dan menzahirkan tuntutan dan tentangan terhadap pemerintah Islam melalui cara demontrasi / tunjuk perasaan.

ketika mengulas hadis permulaan di atas. 'Allaamah mufti brunei dalam kumpulan fatwanya bilangan 30, halaman 164 membuat komentar, katanya:
" SALAH SATU PERKARA YANG TIMBUL SEKARANG INI DIKALANGAN ORANG ISLAM IALAH MEREKA MENGIKUT CARA ORANG KAFIR, CARA ORANG EROPAH / CARA ORANG BARAT, IAITU MEREKA BERARAK DI JALANAN DENGAN MENINGGIKAN SUARA DAN MENJERIT-JERIT MENZAHIRKAN TUNTUTAN MEREKA, DENGAN BERIKTIQAD BAHAWA CARA ITU ADALAH SUATU JIHAD.
SEDANGKAN NABI S.A.W. TELAH MELARANG BAHAWA PERBUATAN BERJUANG CARA BERARAK DI JALANAN DAN MEMEKIK-MEKIK ITU SEBAGAI MENGIKUT CARA ORANG JAHILIAH YANG BUKAN ISLAM.
WALLAHU A'LAM

No comments:

Post a Comment