Monday, August 4, 2014

APA PERANCANGAN MEREKA SETERUSNYA ...???

Setelah sekian lama Israel berada di belakang pengkhianat-pengkhianat negara, membiayai kerja haram mereka didalam pelbagai NGO . Inilah kali pertama di era Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak , Israel mensasarkan serangan pertamanya kepada Kerajaan Malaysia khususnya kepimpinan Islam UMNO dengan menuduh Malaysia melatih pejuang Mujahiddin Hamas Al-Qassam.

Kita tidak hairan di Era Tun Mahathir Zionist sering melebel beliau dengan pelbagai gelaran termasuklah Anti Semitik. Beliau juga dilebelkan oleh Israel kononnya lebih berbahaya dari Al-Qaeda -tetapi dalam pada waktu yang sama juga Israel cukup berlembut dan memberi pelbagai pengiktirafan kepada Timbalan Beliau pada ketika itu iaitu Anwar Ibrahim. Mungkin sebab itu lah PAS dalam lidah rasminya HARAKAH menyatakan dengan keras bahawa mengundi Anwar Ibarat menempah NERAKA.

Apa yang menghairankan disaat Israel menghalakan muncung senapang kepada Kerajaan Malaysia dengan menuduh kita berkerjasama dengan Hamas , talibarut-talibarutnya pula menikam kita dari belakang dengan mencanangkan ke seluruh negara bahawa kerajaan menjalinkan hubungan dagangan dengan Israel. Sedangkan kita tahu polisi kerajaan tidak ada hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel. Apa yang berlaku hanyalah ada perniagaan-perniagaan yang dikaitkan dengan israel dan sekutu kuat Israel seperti McDonald, Starbuck dan sebagainya. Begitulah liciknya dan jahat sekali permainan zionist dan sekutu-sekutunya meracuni pemikiran.

Kita tidak pernah lupa bahawa zionist secara terang-terangan menyokong 100% Boneka kesayangannya Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada pru ke 13 lepas. Namun kegagalan mereka merubah lanskap politik tanah air pada pru ke 13 yang lalu menyebabkan Israel hari ini tidak dapat menyembunyikan lagi taring dan kukunya.Kenyataan Tian Chua bahawa akan menumbangkan kerajaan Najib dalam masa 5 bulan seolah-olah membayangkan sesuatu yang telah direncanakan sekian lama. Tragedi MH370 dan MH17 menambahkan syak wasangka kita terhadap hubungan pengkhianat ini dengan pengganas dunia.
Apa yang mereka rancang seterusnya ....MH ...???

No comments:

Post a Comment