Catatan seorang Zamzuri
20 Jamadil Akhir 1435H
Ahad 1.00a.m.
Ahad 1.00a.m.
Tatkala Nurul Izzah (PKR) menyatakan di dalam suatu forum bahawa orang-orang Melayu juga berhak bebas untuk murtad, Rakyat Malaysia mendapati ianya amat selari dengan faham kebebasan dan hak individu mengikut acuan zionis Barat.
Isu yang menjadi hangat pada suatu ketika dahulu sebenarnya menyentuh persoalan aQidah dan begitu bersifat mendasar (usul agama dan bukannya furu'iyyah/cabang).
Akibat tiadanya penguatkuasaan dan perundangan (yang sesuai), maka ianya dilihat sebagai pendapat peribadi yang tiada kaitan dengan aQidah dan ideologi sesebuah parti politik.
Ternyata gerakan untuk menghakis aQidah dan stratifikasi sosial masyarakat diteruskan dengan penuh konsisten tatkala Ngeh Khoo Ham (DAP) menyatakan suatu perundangan perlu digubal bagi membolehkan umat Islam Melayu dikahwini/mengahwini bukan Islam.
Lebih parah dari itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkahwin dengan seorang India beragama Hindu sedangkan beliau merupakan seorang Cina Kristian dan telah pun melahirkan seorang anak.
Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah ideologi zionis Yahudi, pluralisme agama serta liberalisasi sosial BUKAN SEKADAR menjadi prinsip dan ideologi perjuangan pakatan haram, BAHKAN MENJADI AMALAN HIDUP mereka.
Ianya suatu kaedah halus dan sistematik untuk menghapuskan identiti etnik masyarakat Malaysia dan meruntuhkan tamadun kemanusiaan secara halal dan sah dari perspektif perundangan dan sasarannya adalah agama dan bangsa yang dominan di Malaysia, iaitu Melayu Islam.
No comments:
Post a Comment