Saturday, December 7, 2013

ISLAM AGAMA ILMU BUKAN MENGIKUT EMOSI

Saya amat sedar bahawa rakyat Malaysia suka mengkritik orang lain tetapi dalam pada masa yang sama tidak suka dikritik. Apabila mereka mengkritik, pelbagai alasan digunakan untuk menghalalkan perbuatan mereka termasuklah hak kebebasan bersuara , ingin menegak kebenaran , ingin menentang kemungkaran dan sebagainya . Sebaliknya apabila mereka di kritik , orang yang mengkritik dituduh pula tidak Islamik , menentang Islam, pembodek , macai dan sebagainya. Inilah sebenarnya antara ragam dari pelbagai ragam yang saya perlu hadapi setiap hari. Ia tidak sedikit pun menguris perasaan saya atau membunuh minat saya dari terus menulis. Yang sebenarnya saya tidak suka dipuji, bahkan kejian dan cacian ini sebenarnya menguatkan lagi iltizam saya. Bagi saya pujian sebenarnya "pembunuh" dalam diam.

tuan-tuan pembaca Budiman Fb,

Saya sama sekali tidak dapat menerima sesetengah orang Islam mencanangkan Islam dengan tafsiran yang mundur lagi tidak berasas. Islam adalah agama yang dibina diatas hujah dan dalil dari sumber al-Quran dan as Sunnah. Tiada Islam tanpa hujah dan dalil. Segala cakap kosong tanpa alasan tidak layak untuk dikaitkan dengan agama Islam yang suci. Oleh Sebab itulah saya tidak melayan cabaran berdebat dengan sesetengah manusia disini kerana percakapan mereka tidak pernah diurus dengan nilai-nilai suci Islam. Orang seperti ini hanya menambah kerosakkan kepada nama Islam pada pandangan bukan Islam.

Tuan-tuan yang di hormati,

Islam adalah agama Allah yang Maha Suci lagi Maha Mengetahui , justeru itu mustahil terdapat dalam ajaran Islam sesuatu yang menyanggahi fakta yang benar dan hakikat ilmiah. Apa sahaja pendapat yang mengunakan nama Islam , namun tidak berpaksi pada hujah dan dalil daripada Al-Quran dan Assunnah maka ia bukan dari ajaran Islam sekalipun yang memberi pendapat itu menyangkutkan dirinya dengan pelbagai gelaran agamawan , ustaz , Tok Guru dan seangkatan dengannya atau memakai bermacam pakaian yang dikaitkan dengan agama.

Apa sahaja pandangan tentang Islam yang menyanggahi al-Quran atau assunah dan asas-asas kemaslahatan yang digariskan oleh Syariah adalah tertolak tanpa mengira siapa pun tokohnya. Maka pendapat setiap orang sekalipun dia mufti , tok guru atau ustaz boleh diterima atau ditolak kecuali al-Quran dan Asunnah. Pendapat siapa pun walaupun ulama besar berhak untuk di pertikaikan SELAGI TIDAK MENEPATI NAS-NAS AL-QURAN DAN RASUL yang diutuskan. Tiada siapa yang maksum dalam Islam melainkan rasul yang diutuskan Setiap pandangan agama yang dibuat oleh seorang tokoh atau ustaz tidak semestinya di telan bulat-bulat. 


Wallahulam.


Mohammad Firdaus Hasnel II

No comments:

Post a Comment