Monday, December 2, 2013
DAP LEBIH BAIK DARI UMNO
Salah satu usul yang diluluskan di Muktamar PAS adalah meneruskan Tahaluf Siyasi di antara parti tersebut dengan DAP & PKR dengan perubahan & pindaan dari semasa ke semasa. Dalam ertikata yang lain, PAS menolak sepenuhnya untuk bersatu bersama UMNO demi Agama, Bangsa & Negara.
Pertemuan Menteri Besar Kelantan bersama YAB Perdana Menteri tidak boleh dilihat dalam konteks kerjasama parti (UMNO & PAS) melainkan ia merupakan kunjungan kerja bersama Ketua Kerajaan.
Kenyataan Presiden parti di dalam ucapan penangguhan Muktamar tidak boleh juga dianggap sebagai perpaduan atau penyatuan fikrah perjuangan sesama parti Melayu tersebut memandangkan PAS hanya meletakkan BEBAN pada UMNO Barisan Nasional terhadap keGAGALan mereka melaksanakan Hudud setelah 23 memerintah Kelantan.
Apa yang RAKYAT terbanyak mahukan adalah:-
"SUATU USUL DINYATAKAN DAN DIGERAKKAN OLEH PARA PERWAKILAN UMNO UNTUK MENUBUHKAN SATU PASUKAN YANG AKAN MENCARI JALAN KE ARAH PERPADUAN FIKRAH & WADAH PERJUANGAN DENGAN PARTI PAS DEMI KEBAIKAN UMAT ISLAM/MELAYU & NEGARA MALAYSIA"
Sekiranya PAS membentangkan usul KEKAL BERTAHALUF SIYASI dengan DAP & PKR, maka UMNO PERLU MEMBENTANGKAN & MENGGERAKKAN USUL PERPADUAN BERSAMA PAS.
Ingatlah tunduk-tunduk padi berisi.
Ingatlah merendahkan diri ke arah perpaduan itu mendekati taQwa.
Ingatlah ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
UMNO tidak akan rugi sekiranya PAS enggan bersatu padu & bekerjasama di dalam hal ehwal yang menyentuh aQidah & kepentingan ummah.
PAS tidak akan untung bersama-sama dengan pakatan haram.
TETAPI UMAT ISLAM/MELAYU akan kerugian & terus dihina/terhina di tanahair sendiri sekiranya kedua-dua parti Melayu tersebut tidak menemui TITIK PERTEMUAN di dalam perjuangan memartabatkan Agama, Bangsa & Negara.
Pada akhirnya . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
T.A.K.D.I.R.
MENTERI FACEBOOK
Zamzuri Mohamed Tahir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment